Yahooooooo!

Sebelum apa2 aku nak jerit yahooooooooooooooooooo cuti aku approved. walaupun time genting tgh banyak keje nih bos aku tetap bagi aku cuti. yelah aku bukan nak ber hu ha hu ha pun. nak pegi spital ko. ada check-up yg tak sudah2 tuh. tiap2 bulan ada plak tuh. kali nih nak scan buah pinggang plak. next month pun ada lagi. tapi terpaksa amik full day off sbb aku selalunya penat n letih kalau pegi spital. lagipun time bila lagi aku nak amik cuti kan. time raya? jgn harap lah. abih public holiday yg wajib tuh mmg tong2 lepas tuh aku kena keje yer. kena berkorban utk org yg ada kampung. aku takde kampung sbb umah aku lah kampung wakakaka. 

seafood aglio olio
so camner mengacam tak gambar kat atas nih. sejak akhir2 nih bos aku rajin dok belanja makan. kekadang  tuh dia nak belanja timing tak kena. time aku ada kerja urgent lah diajaknyer kitaorg g makan. tapi kata orang rezeki jgn ditolak musuh jangan dicari tull tak? ikut kan jer lah. orang nak belanja. jimat sikit duit makan tghari aku. aku nak order lamb chop tapi takut pengsan lak aku. so aku pesan lah seafood aglio olio nih. pada aku so-so jer lah aglio olio nih. aku buat lagi sedap kot hihihi.

cerita pasal spaghetti nih. actually aku sgt lah suka ngan makanan orang itali nih. aku pernah berangan nak bukak satu restaurant yg specialty nya adalah pasta dan spaghetti. tapi ada org ke nak dtg makan kat restaurant aku tuh nanti. tapi sebelum bukak tuh kena lah berguru n khatam dulu selok belok makanan orang itali nih. nak tau camner aku leh dpt idea utk aku berangan sebelum tido nih? masa tuh aku ikut akak aku pegi library kat JB nih. so tgh2 cari buku nampak lah buku resepi nih.


Wahh masa tuh sgt teruja betul jumpa buku nih. nak pinjam tak jadi ahli plak. kuota buku akak aku pun da penuh so aku pun tunggu lagi seminggu utk tunggu kuota buku akak aku kosong. bila da dapat pinjam mcm tak best plak main salin2 resepi nih. akhirnya masa tgh jalan2 kat kedai buku kat angsana aku jumpa buku  nih. masa tuh rasa mcm nak lompat2 jer nampak buku nih. apa lagi sambar satu lah. serious mmg tak rugi kalau beli buku nih. mcm2 panduan resepi ada dalam buku nih. n lagi best dalam BM plak tuh. cuma tak best kalau istilah2 yg dah ditranslate kan mmg payah ler nak paham. mcm lagi baik beli dalam english. 

aku bagi 1st page jer. nak yg lain sila beli buku nih yer

kat dalam2 nih mcm2 panduan ada. dari nak buat spagetti n pasta tuh sendiri sampai lah ke resepi2 yg ada. lagi satu respi nak buat risoto pun ada. mmg tak rugi lah. dari korg beli kat luar lebih baik korg belajar daripada buku nih. jimat sikit. tapi kan aku nih warm2 chicken s***t. beli berapa bulan jer terus berhabuk buku nih kat rak. tak sentuh langsung. skrg nih jer baru terigt aku ada buku nih. igt nak start bali resepi2 yg aku belum cuba. hehehe boleh cuba time weekend sbb time tuh ada ramai yg suka rela jadi bahan uji kaji hehehe. apa2 yg aku cuba nanti aku try post kat sini. kalau lah aku rajin nak cuba lah yer skrg nih aku pemalas sikit hahhahah. okey adiossssss

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat