Posts

Showing posts from February, 2013

Resepi: Botok-botok Johor

Image
Botok-botok antara makanan kegemaran aku. mmg susah lah nak jumpa botok-botok yang sodap. eh tapi korg tau tak apa tuh botok-botok. Botok-botok nih salah satu makanan kegemaran orang-orang Johor. makan time panas2 ngan nasi panas perghhhh sodap. tapi kena tgk jugak kalau botok-botok nih dibuat dgn ikan tengiri segar n ulam2 yg segar n rempah yg betul mmg gerenti sodap lah. aku selalu beli botok2 nih kat pasar tani. tapi skrg nih org tuh tak jual plak. arituh kemas2 barang boleh jumpa plak resepi botok-botok nih yg aku dapat dari johor tourism. Bahan-bahan 2 ekor ikan tenggiri 8 ulas bawang merah (tumbuk) 4 ulas bawang putih (tumbuk) 2 halia muda (tumbuk) 1 sudu teh jintan manis (sangai & kisar) 1 sudu teh jintan putih (sangai & kisar) 1 sudu teh ketumbar (sangai & kisar) 2 biji buah keras (kisar) 1/2 cawan asam jawa 1 atau 2 sudu besar lada kisar (bahan2 rempah ini boleh diganti dgn rempah kari ikan) daun pucuk ubi daun kaduk daup pokok t

Cinta hati saya!

Image
Buah hati pengarang jatung aku.

Fav. Apps!

Image
Application yang paling aku suka sekali kat Apple apps store. Application nih aku download free masa 12 days Christmas free download last year. Tapi tak apps nih hanya available hanya utk iPad sahaja. iPhone tarak boleh maa. Bila tengok apps nih rasa macam nak masak jer semua resepi dalam tuh. Step by step bergambar lagi tu. Haishhhh bila mau diet nih! 

Gila ke aku?

Image
Aku nih semenjak 2-3 hari nih asyik sengeh memanjang. Kekadang tuh sengeh sorang-sorang sampai semua orang tegur aku kenapa aku sengeh sorang-sorang. Aku pun tak tahu apa yang aku sengeh kan tetiba jer aku nak sengeh macam tuh. Lepas tuh hati aku plak rasa macam satu perasaan masa tengah bercinta. Padahal aku takde plak bercinta nih. Tengah kenal-kenal ke pun takde. Korang tahu kan camner perasaan time bercinta. Alah tetiba korang rasa macam nak senyum sorang-sorang. Pastu hati korang rasa macam teruja je gitu. Padahal aku takde benda yang nak diterujakan. Dahlah tadi tension baru kena maki dengan client yang macam S***L tuh. Tapi boleh plak beberapa jam lepas tuh aku still tersengeh sorang-sorang lagi. Aishhhh parah dah nih. Rasa macam orang gila pun ada. Pueh jugak lah aku nak ilangkan perasaan teruja macam orang bercinta dalam hati aku nih. Ke penangan aku makan beriani kambing sabtu lepas. Kepala aku pun asyik sakit jer nih macam ada orang buat scan dalam kepala otak aku nih. Tuh

I Miss You

Image
Haritu masa cuti panjang Maulidur Rasul & Thaipusam (wahhh cerita bulan 1 baru nak cerita sekarang ye), akak aku n family datang bercuti kat rumah aku nih. Suami & anak-anak dia semua ada kecuali dua orang yang sedang belajar di luar negara tuh. Dah besar-besar anak-anak saudara aku nih. Dah grad & kerja dah pun. Nak jadi cerita budak-budak nih 24jam ngan tablet or smartphone diorg yang besar2 tuh dok layan drama korea. So diorang pun pun adalah suggest kat aku drama korea baru yang gila best. Aku pun buat bodoh lah kan sebab aku nih jarang nak layan drama korea online nih. Kecuali drama tuh tengah tayang kat tv baru aku sibuk cari online sebab aku nih kurang penyabar sikit bab2 tuh.  I Miss You... Too  Yeahh sekali tengok iklan kat TV9 ada pulak drama nih dalam slot Hamsarang tiap-tiap hari Isnin-Selasa jam 9.30 malam. Tapi aku still buat bodoh lagi tapi akak aku kan pantang kalau bab drama korea nih kan so memang dia melayan drama nih. Tah camner aku boleh plak

Lama menyepi

Image
Aku kalau dah layan drama Korea memang boleh bersawang lah blog nih. Kalau drama Korea tuh aku layan kat tv je, ada lah sikit aku rajin nak update blog nih. Tapi kalau aku layan drama Korea online memang lah. Balik kerja jer lepas mandi n buat apa2 yang wajib dulu terus layan drama Korea sampai waktu tidur. Kalau weekends plak memang time malam yang patutnya aku buat stok blog tapi aku dok layan drama Korea sampai pukul 3-4 pagi. Kalau ada aku post kat blog aku nih pun stok2 yang aku buat sebelum aku layan drama Korea tuh.  Dummy Mummy @ My Blessed Mom Awal tahun harituh aku dok layan cerita Dummy Mummy or kalau kat OneHD tajuknya My Blessed Mom. Cerita nih actually aku layan kat OneHD dulu. Itu pun drama nih adalah drama ulangan kat OneHD tuh. Sebelum nih tak silap aku drama nih ditayangkan sekitar bulan 8 last year. Tapi kitaorg tak rekod pun utk ikut drama tuh. Aku kan jenis tak sabar kalau tengok drama-drama bersiri nih. So memang setiap drama Korea yang aku layan kat On

Kawan

Saya tak berapa ingat zaman sekolah rendah saya. Mungkin ada banyak kenangan pahit jadi saya tak suka ingat kenangan itu. Saya bukan datang dari keluarga yang senang. Setiap kali saya datang sekolah, saya datang dengan baju yang tidak bergosok disebabkan rumah saya pada ketika itu tidak ada elektrik kerana saya tinggal di kawasan setinggan. Jadi kamu semua boleh bayangkan saya bersekolah dengan baju yang renyuk. Tapi pada ketika itu saya merasakan baju saya ok sahaja.  Rumah yang saya duduk itu juga tiada bekalan air. Kekadang saya mandi air hujan. Pernah tengok filem Setinggan lakonan S. Shamsudin dan Allahyarhamah Yusni Jaafar? Macam gitu lah kami hidup dengan berkongsi paip mengikut giliran. Cuma kami tak ada bergaduh berebut paip macam dalam filem itu.  Arwah bapa saya pula hanya memandu kereta Datsun 120Y. Kereta lama. Kawan sekolah saya sampai turun dari kereta saya ketika saya tumpangkan dia untuk pergi ke sekolah agama. Katanya dia hendak singgah ke rumah kawan tapi se

Resepi: Sushi

Image
Starter pack Sushi! Dah lama nak rasa buat sushi sendiri. Asyik beli je apa kata buat sendiri kan. Aku nih memang peminat sushi. Tapi mampu beli sushi kat Jusco jer lah ekekeke. Tapi tuhlah kan kalau beli tuh macam mahal kalau buat sendiri boleh dapat banyak. Lagi lah anak-anak saudara aku mmg hantu sushi. So seperti biasa hari Sabtu kan hari masak-masak so apa lagi gulung sushi lah.  Pada yang pertama kali buat sushi tuh boleh lah beli starter pack sushi nak kat Aeon or nama lamanya Jusco. Harganya RM29.90 kalau tak silap aku. Kat dalam starter pack tuh ada 1 bamboo untuk gulung sushi, satu pack halal seaweed, 1 botol cuka sushi yang halal dan 1 botol sos kicap cecah sushi yang halal. Beras sushi pulak boleh dibeli kat Aeon or Jusco jugak, nama berasnya Sumo, satu peket tuh 1 kg jer n harganya RM9.90. bahan inti sushi Mula-mula tuh masa beras sushi macam korang masak nasi biasa. Tapi jangan banyak sangat airnya nanti lembik pulak. Lepas tuh boleh lah sediakan inti-

Sometimes When We Touch

Image
You ask me if I love you And I choke on my reply i'd rather hurt you honestly Than mislead you with a lie and who am i to judge you On what you say or do? i'm only just beginning to see the real you And sometimes when we touch The honest's too much And I have to close my eyes and hide I wanna hold you till I die Till we both break down and cry  I wanna hold you till the fear in me subsides Romance and all its strategy Leaves me battling with my pride But through the insecurity Some tenderness survives I'm just another writer Still trapped within my truth A hesitant prize fighter Still trapped within my youth And sometimes when we touch The honest's too much And I have to close my eyes and hide I wanna hold you till I die Till we both break down and cry  I wanna hold you till the fear in me subsides At times I'd like to break you And drive you to your knees At time i'd like to break throu

Resepi: Sotong Goreng Telur Masin

Image
Makan kat restoran mahal. Buat sendiri murah plus puas hati! Bahan-bahan 4-5 ekor sotong 3-4 biji telur masin (direbus dan ambik kuningnya sahaja) Bawang putih di cincang Daun kari Majerin Sedikit susu cair Garam Cara membuatnya Sotong dibersihkan dan dibuang kulitnya. Potong sotong ikut kesukaan masing-masing. Toskan sotong dan tekap dengan tisu dapur supaya sotong kering.  Rebus telur masin dan amik kuningnya sahaja. Yang putih boleh diambik untuk gantikan garam. Kuning telur masin n sedikit putih telur masin (kalau nak gantikan garam) dicincang sampai halus.  Goreng sotong dahulu dengan tepung. Aku goreng sotong dengan tepung naik sendiri (tepung buat kek) untuk dapat kerangupan. Caranya celup dengan telur sotong tuh n balut golek2kan dalam tepung naik sendiri tuh n goreng. Sebelum tuh seasoning lah sikit sotong tuh dengan garam.  Lepas semuanya siap, panaskan majerin dan tumis dengan bawang putih n daun kari, lepas dah naik bau masukkan susu cair, masak

Sukanya diaaaa

Image
Suka lah tuh! Bukan birthday dia pun. Birthday dia dah lama berlalu. Tapi hari-hari dok mintak robot Transformer nih. Puaslah aku dok cari kat kedai RM2 sbb harituh aku ada macam nampak lah. Tapi bukan Transformer, dia tukar sikit namanya Transrobot ekekeke. Yelah kalau yg ori punya robot Transformer kan mahal pastu mana nak cari. Kalau kat JB nih selalunya jumpa kat Toys r Us je. Nak jadi cerita ada satu hari tuh aku n family aku pegi lah Jusco Taman U sekali boleh plak jumpa robot Transformer nih. Tapi yang tinggal Bumble Bee budak nih plak mmg peminat setia Optimus Prime. So nak tak nak mak dia pun beli jer lah robot tuh. Kopak lah akak aku RM119.00. Budak nih plak duduk kat playground bawah ngan tok mak dia. So akak aku decide balut robot nih kasi mcm hadiah. Heheh nih reaksi dia:- Budak nih cakap aku Megatron sebab aku jahat selalu sakat dia. Mak aku pulak Bumble Bee sebab baik. Dia pulak Optimus Prime. Tapi untuk mama dia takde lah pulak. 

Musim Umrah datang Lagi!

Image
rindunyaaa Skrg nih musim umrah telah kembali lagi. Sana-sini orang kat Facebook dok post gambar masa gi umrah. Tapi sadly this year buat wanita-wanita dibawah umur 45 tahun, Arab Saudi tak benarkan lagi menggunakan mahram tumpang. So kena lah pergi Umrah or Haji dengan mahram yang sah iaitu Suami, Ayah, Abang, Adik Lelaki or Datuk sahaja. Nasib baik masa aku pegi tahun 2011 belum kuatkuasa lagi. Kalau tak menangis lah aku. Persoalan ini lah yang aku tanya kat kaunter Tabung Haji pasal mahram nak pegi Haji nanti. Yang tak bestnya dia jawab suruh aku kahwin senang boleh pegi ngan laki aku je. Adoii kalau aku takde jodoh nak wat camner??? kena tunggu umur aku 45 tahun lah kot takpun tunggu abg-abg dulu. Takpelah lagipun giliran aku tahun 2030 kan? ibarat kata abang aku 2030 nanti dia buat Haji paling murah sekali. RM3K dah dapat. Haji untuk orang yang dah kembali ke rahmatullah huhuhu.  Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah kat anak saudara aku, Ali sebab dapat jemputan menjadi t

Lulian!

Image
adehh mana nak dpt skrg nih! Nak kata peminat tegar takdelah jugak. Sebab aku nih kalau dah tak nak makan, tunjuk durian sedap mana pun aku tak pandang. Tapi bila tetiba rasa macam nak makan berbiji2 aku boleh layan. Ada sekali tuh abg aku bawak punyalah banya durian siap diorg ckp ngan aku sodap durian nih, kuning lah tapi aku wat bodo jer. Masa tuh perut penuh mmg tak ingin langsung nak makan. Kat area rumah aku nih bila time musim durian mmg berderet2 orang jual tepi jalan. Al maklumlah aku kan duduk kat pinggir Johor Bahru dekat-dekat ngan sempadan Pontian yang kiri kanan mmg nampak pokok durian je. So mmg senanglah aku nak dapatkan durian yang sodap dan murah-murah berbanding masa duduk Larkin dulu. Dalam banyak2 orang jual tepi jalan aku paling suka satu uncle jual durian dekat jalan Johor Bahru - Pontian kat area Bandar Kangkar Pulai. Uncle nih jual dalam van warna putih. Seriously durian yang Uncle nih jual tak pernah mengecewakan. Memang sodap2! tapi tang harga tuh tak d