Musim Umrah datang Lagi!

rindunyaaa

Skrg nih musim umrah telah kembali lagi. Sana-sini orang kat Facebook dok post gambar masa gi umrah. Tapi sadly this year buat wanita-wanita dibawah umur 45 tahun, Arab Saudi tak benarkan lagi menggunakan mahram tumpang. So kena lah pergi Umrah or Haji dengan mahram yang sah iaitu Suami, Ayah, Abang, Adik Lelaki or Datuk sahaja. Nasib baik masa aku pegi tahun 2011 belum kuatkuasa lagi. Kalau tak menangis lah aku. Persoalan ini lah yang aku tanya kat kaunter Tabung Haji pasal mahram nak pegi Haji nanti. Yang tak bestnya dia jawab suruh aku kahwin senang boleh pegi ngan laki aku je. Adoii kalau aku takde jodoh nak wat camner??? kena tunggu umur aku 45 tahun lah kot takpun tunggu abg-abg dulu. Takpelah lagipun giliran aku tahun 2030 kan? ibarat kata abang aku 2030 nanti dia buat Haji paling murah sekali. RM3K dah dapat. Haji untuk orang yang dah kembali ke rahmatullah huhuhu. 

Apa-apa pun aku nak ucapkan tahniah kat anak saudara aku, Ali sebab dapat jemputan menjadi tetamu Allah. Anak saudara aku nih di sponsor oleh company tempat dia kerja secara mengejut disebabkan orang yang sepatutnya pergi tahun nih tak dapat pergi disebabkan peraturan terbaru Arab Saudi mengenai mahram. Semoga semua urusan anak saudara aku dipermudahkan Insha Allah, aminn. Bukan senang nak dapat layangan kad jemputan tau. Ada orang yang mampu tapi sampai la nih pun belum dapat jemputan dari Allah. Ada yang nak pegi sangat tapi tak mampu. Macam register nak gi Haji,  register je lah kan lagipun gilirannya 20 tahun lagi n boleh kumpul duit sikit-sikit. Bila dah cukup duit nanti senang lah sebab nama kita dalam senarai. Tapi ada yang still tak terbukak lagi hatinya walaupun hanya untuk register. 

Huhuhu tetiba rasa rindunya nak pegi sana lagi. Tapi apakan daya kalau dulu disebabkan susah nak cuti sekarang nih mmg tak dapat lah nak nolong ya, tak ada mahram.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah