I Miss You

Haritu masa cuti panjang Maulidur Rasul & Thaipusam (wahhh cerita bulan 1 baru nak cerita sekarang ye), akak aku n family datang bercuti kat rumah aku nih. Suami & anak-anak dia semua ada kecuali dua orang yang sedang belajar di luar negara tuh. Dah besar-besar anak-anak saudara aku nih. Dah grad & kerja dah pun. Nak jadi cerita budak-budak nih 24jam ngan tablet or smartphone diorg yang besar2 tuh dok layan drama korea. So diorang pun pun adalah suggest kat aku drama korea baru yang gila best. Aku pun buat bodoh lah kan sebab aku nih jarang nak layan drama korea online nih. Kecuali drama tuh tengah tayang kat tv baru aku sibuk cari online sebab aku nih kurang penyabar sikit bab2 tuh. 

I Miss You... Too 

Yeahh sekali tengok iklan kat TV9 ada pulak drama nih dalam slot Hamsarang tiap-tiap hari Isnin-Selasa jam 9.30 malam. Tapi aku still buat bodoh lagi tapi akak aku kan pantang kalau bab drama korea nih kan so memang dia melayan drama nih. Tah camner aku boleh plak terlayan sama kan. So apa lagi bila abis jer episode 5 kat TV9 harituh terus zaasssss cari drama nih online kat website yang anak saudara aku cakap haritu. So apa lagi memang melayan lah drama korea nih dari awal sampai habis sebab tak sabar kan. Masa CNY haritu baru abis tgk drama nih.

cinta 3 segi

Drama nih berkisarkan cinta tragis antara Lee Soon Yeon & Young Joo Woo yang terpisah pada umur 15 tahun. Si Lee Soon Yeon tuh hilang masa kena culik sama-sama ngan Yong Joo Woo. 14 tahun kemudian si Lee Soon Yeon @ Zoe muncul semula n jumpa bekas kekasih dia Young Joo Woo yang sekarang nih dah jadi detektif. Si Joon Woo nih sanggup tinggalkan bapak dia yang jahat tuh semata-mata nak cari Soon Yeon nih.  Lepas 14 tahun diorg jumpa tapi si Soon Yeon @ Zoe nih tak nak ngaku yang dia adalah orang yang Joon Woo cari. Tapi naluri Joon Woo kuat mengatakan Zoe adalah Soon Yeon. Actually Soon Yeon nih marah kat Joon Woo sebab tinggalkan dia masa diaorang kena culik 14 tahun yang lepas. N Soon Yeon plak dah tunang ngan Harry Borrison @ Kang Hyung Joon, seorang heartless yang dendam ngan bapak si Joon Woo tuh. 

Joon Woo & Seon Yeon masa remaja

Opssss banyak plak yang aku cerita kan. Apa-apa pun drama Korea nih memang sangat-sangat best. Boleh jadi fenomena macam drama korea lama-lama dulu. Lagipun drama nih ditayangkan kat TV9 kan. So semua orang boleh tengok. Kalau korang jenis tak sabar macam aku boleh lah pegi link nih kalau nak tgk full episode I Miss You nih:-



Apa-apa pun jangan lupa sediakan tisu ya. Drama nih sangat sedih juga n perasaan tuh boleh terbawa-bawa sampai ke tidur dan ke tempat kerja. Joon Woo & Seon Yeon sangat suwitttt ok! Sebab dalam hati diorg tuh masih ada lagi perasaan cinta antara mereka. Chewaahhhhh hahahaha

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah