Resepi: Tauhu Jepun & Fish Ball


Kalau hari minggu tak tau nak masak apa.
Plak tuh weekend dah tak sama ngan akak aku n budak2 sekolah.
So hari ahad mesti kena masak sebab ada orang balik kerja n sekolah nak makan.
Kekadang bila malas tuh aku g kedai beli jer tauhu jepun nih n fish ball digoreng.
Actually aku tak makan tauhu tapi minum air tauhu (soya).
Tauhu jepun jer yg boleh masuk tekak aku itu pun tgk brand hihihihi.
Meh nak share resepi ringkas nih.

Bahan-bahan
2 tiub tauhu jepun, dipotong, dilap n digoreng
Sebungkus fish ball, digoreng
1 labu bawang besar dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1 biji lada merah dihiris
1 biji lada hijau dihiris
3-5 biji lada padi (kalau nak pedas) dihiris
garam n bahan perasa secukup rasa
(guna maggi pasti sedap pun ok gak)
minyak masak n air secukup

Cara-cara
Tumis bawang besar, putih. lada padi, lada merah & lada hijau sampai naik bau. masukan air sikit (dalam suku cawan) masukan bahan perasa n garam secukup rasa. lepas didih, masukkan tauhu jepun n fish ball yang telah digoreng. gaul rata n siap!

Selamat mencuba!

*autopost

Comments

Post a Comment