Resepi: Udang Goreng Eno


Udang Goreng Eno! memang fav. aku.
Masa mula-mula try resepi ni aku dok tiap2 minggu beli udang n goreng.
Akibatnya kolestrol aku naik mendadak n kena bambu ngan doktor hihihhi.
Tak tau dapat dari mana resepi nih. Akak aku nampak kat post facebook n dia try aku memorize resepinya.

Bahan-bahan
Udang dibuang kepala n kulit separuh, dibelah dibuang kotoran.
Eno perisa natural (colour biru)
Serbuk lada hitam/sulah
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
Serbuk pasti sedap/garam
Air secukupnya
Minyak secukupnya

Cara-cara
Udang yang telah dibersihkan di perap dengan lada hitam/lada sulah, 
sedikit garam or serbuk pasti sedap


Bancuh tepung gandum n tepung beras n serbuk pasti sedap. 
Jangan terlalu pekat or jangan terlalu cair.
Simpan batter nih dalam peti ais dalam 1/2 jam.


Lepas 1/2 jam keluarkan batter tadi n campurkan ngan setengah peket eno kaler biru nih
Nanti nampak berbuih, celupkan udang dalam adunan batter tuh n goreng dalam kuali.
Siap!

*autopost

Comments