Posts

Showing posts from September, 2014

Resepi: Ikan Kukus

Image
Dah lama tak share resepi kat blog aku nih kan. Sejak akhir-akhir nih rasa macam malas nak masak. Aku sekarang dah kurang makan so memang malas ler nak buat masak-masak nih ler. Yang ni dah lama aku masak. Resepi ringkas jer. Main campak-campak. Tapi result dia alhamdulilah. Sedap! Bahan-bahan Seekor ikan cermin saiz besar Bawang Putih digoreng dengan minyak hingga kekuning-kuningan Jeruk halia Tauhu Jepun Kobis Bunga Jagung muda Lada merah Sos Plum Sos Pedas ABC Garam secukup rasa Cara-cara Tabur semua bahan macam dalam gambar kat atas tuh pastu kukus dalam 15-20 minig sampai masak. Pastu boleh makan dengan nasi panas-panas.

Alahai, tergoda plak!

Image
Bukak2 blog jer harini nampak iklan kereta Proton baru, Iriz . Tapi tak dpt pun lagi cpuv iklan nih. Haishhh tetiba tergoda plak tengok iklan nih. Sesajer jer tengok loan calculator. Teringin yang 1.6 auto transmission. Sebab sekarang bawak kereta manual plak tuh JB hari2 jem. Penat kaki. Amacam? Tapi rasanya tak perlu kot nak tukar kereta. Aku dah tak sabar nak tunggu kereta yg skrg nih abih bayar cos boleh simpan plak duit tuh. I love my Myvi banyak berjasa kat aku, walaupun dah 7 tahun pakai performance tetap tip top. Sebab tuannya tak pegi sebarang bengkel utk servis walaupun orang banyak ejek tuannya sebab buang duit pegi PERODUA SERVIS (yg Perodua punya bukan wakil sah).  Yang penting barang alat ganti semua ori.  Aku nak pakai lama kereta ni

Pantai Lido

Image
Masa tahun 80-an dulu, kat area Bandar Johor Bahru ada satu pantai yang sangat popular. Kalau original from JB mesti tau Pantai Lido. Tapi sekarang Pantai Lido dah takde. Dah kena telan dek pembangunan. Sedih. Banyak kenangan kat pantai ni. Bila hujung minggu jer mesti datang sini dengan mak dan arwah ayah aku. Makan aiskrim roti n rojak yang sedap sambil mandi manda. Masa zaman aku lom lahir, awal 70-an mak aku cerita kalau g pantai nih arwah ayah aku bawak sorg-sorg naik Lambretta. Tahu tak rupa Lambretta camner? lebih kurang camni ler rupa lambretta tapi yg arwah ayah aku punya  ada tayar kat belakang (gambar ihsan wikipedia) Anak-anak ramai kereta xda. Tak mampu nak beli so bawaklah sorg-sorg gi Pantai Lido gi berkelah kat sana. Bila aku lahir jer kehidupan ok sikit sebab akak-akak n abang-abang aku dah besar. Dah lepas sekolah n tengah belajar institusi-institusi pengajian awam ( formal seh ayat aku ) so awal 80-an arwah ayah aku beli lah kereta 2nd hand keluaran

Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 11 (Last Part)

Image
Sambungan daripada Part 10 Akak gue tunggu anak saudara gue beli kopi Hari ke-enam merangkap hari terakhir ke Shanghai. Fuhh sampai juga hari nak balik. Actually dah tak sabar nak balik, rindu benor ngan omak den yang eden tinggalkan kek JB tuh. Bukan itu sahaja, rindu nak makan nasi lomak, rindu nak makan nasi kerabu, rindu nak makan nasi goreng mak aku ekekeke. Hari terakhir kat Shanghai nih jalan kemana-mana pun. Sebagai ketua rombongan aku kena memastikan bag-bag yang nak dibawa balik nih kena menepati had timbangan yang dibenarkan tak. Kalau dah terlebih nak tak nak kena lah beli bag lebih kat website airasia. Bila dah kira-kira memang kena beli pun untuk flight dari Shanghai ke Kuala Lumpur & Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Sejuk2 pun makan frozen yogurt Akak aku n anak saudara aku diorg pagi2 dah keluar jalan kaki pegi Careffour cari ole-ole macam Chinese Tea kat situ. Diorg nih kat Shanghai boleh lah jalan kaki. Walaupun jauh 500 meter pun ada tapi sebab cuaca s

Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 10

Image
Sambungan daripada Part 9 Dinner Still hari yang sama, hari kedua terakhir di Shanghai. Sambungan daripada Part 9 . Lepas jer shopping kat bawah tanah tuh kitaorg terus rushing balik ke apartment family abg aku. Dah lah time balik kerja n jalan jem, kitaorg kena berkejaran cos nak solat maghrib kat apartment diorg. Lagi satu akak ipar aku dah buat reservation untuk dinner pukul 7.30 malam. Maghrib masuk pukul 6.15 petang kira sempat ler kot. Pulak tuh restoran tuh terletak kira-kira 45 minit perjalanan daripada apartment diorg. Dinner @ Spice Bazaar Akak ipar aku belanja kitaorg semua makan kat Spice Bazaar iaitu restoran masakan daerah Xinjiang iaitu daerah yang penduduk utamanya adalah orang Islam. Ramai juga makan kat restoran nih. Antara restoran halal yang ada kat Shanghai ni. Meh tengok menu dulu. Semua ahli rombongan dari Malaysia n family abg aku termasuk Simon join dinner nih kecuali anak saudara aku (anak abg aku yg kat Shanghai) ni hilang entah kemana.

Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 9

Image
Sambungan dari Part 8 Matahari terik tapi sejuk Masih hari ke-lima (khamis) cos hari ni lah banyak aktiviti daripada pagi sampai ler ke malam. Hari lain pun ada aktivit juga tapi tak sebanyak yang hari kedua terakhir kami di Shanghai. Lepas makan-makan kat restoran tuh, anak saudara aku minta dibawa pegi ke The Bund iaitu waterfront yang betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Shanghai. Kat kawasan the Bund nih banyak bangunan-bangunan bersejarah yang ada kat sini. Tapi sayangnya kitaorg tak lama pun kat sini sebab ada kaki-kaki shopping yang lebih suka bershopping. So amik-amik gambar terus pergi ke destinasi seterusnya. Budak yang kurus tinggi nih patutnya kena dpt 8A PMR baru boleh ikut kitaorg gi Shanghai, tapi cuma dpt 7A1B. Atas budi bicara mak dia akhirnya dpt lah naik kapal terbang buat kali pertama. Lawa sangat permandangan kat The Bund nih. The Bund ni adalah sebuah sungai yang memisahkan antara daerah Pudong dan Hangpu. Masa aku datang sini tak ramaii o

Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 8

Image
Sambungan dari Part 7 wahhhh Satay Kambing, Ayam & Sotong versi Shanghai! Lepas puas cari barang-barang cenderamata untuk sedara mara n kengkawan kat Malaysia, kitaorg pun pegi ler mencari restoran makanan halal. Dah lapar katanya. Dah pukul 2 petang baru nak lunch sebab khayal kat pasar borong kat Old City tuh. Actually tak susah nak cari makanan halal kat Shanghai nih. Nak cari Chinese style ada or nak cari Arab style pun ada. Mediterranean style pun ada. Cuma Malaysian style jer tak jumpa. Ada kot tapi dah alang-alang kat sini kita cari lah yang lain style. Sebab Malaysian style boleh masak sendiri kat umah abang aku hihihi. Restoran kecik jer nih Jalan depan Restoran. Baru habis winter n permulaan spring. Pokok pun masih gondol lagi. Cer bayangkan kalau pokok nih berdaun. Mesti lawa gila kan. Simon, jurupandu tidak bertauliah kitorg bawaklah kat Restoran makanan halal dekat-dekat ngan Old City nih. Makanan kat restoran-restoran kecil nih tak mahal sang

Selamat Hari Malaysia!

Image
Yess bestnya harini cuti.  Dah stress sangat kerja nih. Rasa cam nak lari tinggalkan semuanya jer. Mampu ke?  Tapi nasib baik big bos sangat memahami aku.  Ingatkan mata n hati dah dibutakan.  Rupanya dia rasa jugak apa yg staff2 dia nih rasa sebenarnya. Anyway, tak nak cerita pasal opis time cuti sehari nih (walaupun aku bawak balik kerja opiis) Nak cerita aktiviti aku hujung minggu lepas. I luv u so much Seoul Garden! Actually aku amik cuti last friday sebab stanby mana tau mak aku nak ajak gi Shah Alam tengok akak n abg ipar aku nak pegi menunaikan Rukun Islam yang ke-5. Tapi macam main tarik tali jer. Kejap nak pegi kejap tak nak pegi. So akak aku pun dah buat keputusan tak yah pegi jer lah. So aku cuti jer lah hari Jumaat hari tuh sebab bukan senang nak cuti sesama ngan akak aku yg keje gomen sejak cuti kat Johor nih dah bertukar. Tapi tetiba kesian ngan mak aku sebab dia rasa sedih sgt tak dpt gi Shah Alam. Pastu dok ajak aku pegi Shah Alam berdua ngan dia.