Tiada tajuk.

Fuhh 2 hari aku tak bukak blog banyak betul entry2 terbaru daripada blog-blog yang aku follow secara senyap mahupun secara terang-terangan. So kena lah amik masa lebih sikit nak baca semua entry2 terbaru tuh.  

Walaupun aku follow orang secara senyap kadang-kadang tidak meninggalkan sebarang komen, tak semestinya aku tak baca semua entry2 terbaru blog yg aku follow. Kegemaran aku membaca, so memang aku baca semua entry2 terbaru yang keluar kat reading list blogspot nih. Kadang-kadang blog aku tak berupdate sebab baca entry orang lain. Bab komen tuh aku bergantung kepada entry, selalunya entry makan yang aku suka komen hihihi. 

Aku ok jer kalau sebab aku tak komen, org tak baca blog aku nih. Tak kecil hati. Lagipun konsep blog aku nih personal tapi open. Macam tulis diari tapi boleh dibaca oleh sesiapa. Sebab tuh walaupun followers aku tak banyak n hanya 31 orang, aku tetap menulis.

Selalunya tiap-tiap hari aku baca blog yg aku follow n buat entry untuk blog sendiri lepas waktu Maghrib dari jam 7.45 - 9.15 malam. 1 jam setengah. So memang masa tak banyak. Lagi-lagilah hari kerja cos time siang aku dari jam 8.30 sampai pukul 5.30 dok ngadap komputer so takkan balik pun nak ngadap komputer kan. Aku pernah kena sawan akibat terlebih tengok komputer 5 tahun yang lepas akibat darah tak naik kat kepala. Serammm.

Oklah tuh jer yg ada idea nak tulis. Maaf bebanyak ye dari ujung rambut sampai ujung kaki if ada sapa-sapa tersinggung ke ngan apa yang aku tulis dalam entry ni or lain2 entrykat blog aku nih. Mana tau tetiba aku senyap je kan. So mintak maaf ler awal-awal...

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji