Skip to main content

Pantai Lido


Masa tahun 80-an dulu, kat area Bandar Johor Bahru ada satu pantai yang sangat popular. Kalau original from JB mesti tau Pantai Lido. Tapi sekarang Pantai Lido dah takde. Dah kena telan dek pembangunan. Sedih.

Banyak kenangan kat pantai ni. Bila hujung minggu jer mesti datang sini dengan mak dan arwah ayah aku. Makan aiskrim roti n rojak yang sedap sambil mandi manda. Masa zaman aku lom lahir, awal 70-an mak aku cerita kalau g pantai nih arwah ayah aku bawak sorg-sorg naik Lambretta. Tahu tak rupa Lambretta camner?

lebih kurang camni ler rupa lambretta tapi yg arwah ayah aku punya
 ada tayar kat belakang
(gambar ihsan wikipedia)
Anak-anak ramai kereta xda. Tak mampu nak beli so bawaklah sorg-sorg gi Pantai Lido gi berkelah kat sana. Bila aku lahir jer kehidupan ok sikit sebab akak-akak n abang-abang aku dah besar. Dah lepas sekolah n tengah belajar institusi-institusi pengajian awam (formal seh ayat aku) so awal 80-an arwah ayah aku beli lah kereta 2nd hand keluaran tahun 1960-an nih:-

Volkswagen Beetle
Kereta ini ler yang arwah ayah aku bawak kesana, kemari, dia pergi kerja semer, gi beraya kat Singapore semer pakai kereta ini. Banyak kenangan ngan arwah ayah aku ngan kereta wak segan nih. Pegi pasar lama ikut arwah ayah aku belanja yang sekarang nih dah jadi City Square JB. Masa tuh masih teringat tengok orang kena dongak hahah kecik lagi kan time tuh. Kereta ni ler setiap kali arwah ayah aku masuk air bateri mesti masuk mata aku. Siap nangis-nangis lagi huhuhu. Ingat lagi berkelah kat Pantai Lido naik kereta nih. Jalan kat sepanjang jalan yang sekarang dah jadi lebuhraya pesisir pantai. Fuhhh kenangan semer tuh. Dulu pantai lido tuh bersih boleh mandi, sampailah akhir tahun 80-an dah kotor sikit so semua orang lari pegi Pantai Stulang, tapi lepas tuh pantai stulang pun dah kotor jadi kedua-dua pantai tuh dah letak papan tanda amaran bahaya mandi-manda disitu. Ingatkan nak dipulihkan pantai tuh rupanya hilang terus ditambak jadi jalan dan kondo2 yg bakal dibina. Walaupun dah diganti ngan Country Garden, tapi kenangan Pantai Lido memang tak akan dilupakan. Tapi Jodoh arwah ayah aku tak panjang ngan kereta nih bila dia accident masa umur aku 5 tahun kot. Kereta nih hancur. Total lost terus. Alhamdulilah arwah ayah aku takde apa2 cuma luka n calar-calar jer. So arwah ayah aku tukar ler ngan kereta 2nd hand nih:-

Datsun 120Y. BBC 232.
Kereta ni paling lama arwah ayah aku pakai. Dari aku umur 5 tahun sampai lah 12 tahun. Banyak kenangan ngan kereta ni. Kereta ni ler yg dibawa ke ITM, Shah Alam tengok akak aku konvo tahun 1985. Kereta ini ler juga yang bawak kitaorg hantar akak aku kat airport subang bila dia nak further study kat U.S dan kereta ini juga ler yang bawa kambing dari kg mak aku sebab anak bongsu dia nangis2 nak kambing sebab cute sgt. Kereta ini juga lah sumber rezeki keluarga kami sebagai kenderaan mengangkut barang2 yang dibeli oleh arwah ayah aku utk kedai runcit dia yang dibuka lepas bersara. Kereta ini juga jadi bahan hinaan kawan aku kat sekolah.

Terlalu banyak jalan berliku yang kami lalui. Rasa begitu jauh perjalanan yang kitorg lalui untuk sampai ke destinasi sekarang ini. Bila ingat kembali rasa nak mengalir air mata.
Rasa terkilan sebab arwah ayah aku mencari rezeki hingga hari-hari terakhir dia.
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Arwah Ayah aku.
Al-Fatihah
1929 - 1998

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.