Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 9

Sambungan dari Part 8


Matahari terik tapi sejuk
Masih hari ke-lima (khamis) cos hari ni lah banyak aktiviti daripada pagi sampai ler ke malam. Hari lain pun ada aktivit juga tapi tak sebanyak yang hari kedua terakhir kami di Shanghai. Lepas makan-makan kat restoran tuh, anak saudara aku minta dibawa pegi ke The Bund iaitu waterfront yang betul-betul terletak di tengah-tengah bandar Shanghai. Kat kawasan the Bund nih banyak bangunan-bangunan bersejarah yang ada kat sini. Tapi sayangnya kitaorg tak lama pun kat sini sebab ada kaki-kaki shopping yang lebih suka bershopping. So amik-amik gambar terus pergi ke destinasi seterusnya.

Budak yang kurus tinggi nih patutnya kena dpt 8A PMR baru boleh ikut kitaorg gi Shanghai, tapi cuma dpt
7A1B. Atas budi bicara mak dia akhirnya dpt lah naik kapal terbang buat kali pertama.
Lawa sangat permandangan kat The Bund nih. The Bund ni adalah sebuah sungai yang memisahkan antara daerah Pudong dan Hangpu. Masa aku datang sini tak ramaii orang kat sini, so selesa ler nak amik gambar kat sini. Lagi satu kat area-area sini kurang sikit pemandangan atas bawah oleh orang-orang kat sini kerana kebanyakkannya adalah anak-anak muda yg moden, ahli-ahli keparat dan expatriate-expatriate yang tiada masa pun nak pandang orang ahahaha. Lagi satu Shanghai ni kota financial dunia so memang serba moden. Sapa-sapa yang rajin tengok drama korea especially cerita pasal dunia keparat mesti dok ckp buat bisness kat Shanghai je kan? 

Radio Tower yg famous kat Shanghai. Pemandangan dari The Bund
Anak Saudara Perempuan, Anak Saudara Lelaki, Anak Saudara Lelaki Kecil, Kakak dan Tuan Punya Blog
Mat Ayip n Mama dia
Lepas The Bund kitaorang bergerak ke French Concession Shanghai plak. French Concession adalah kawasan foreign concession dari tahun 1849 - 1946. Senibina kat area ni adalah sgt Perancis ye. Kira macam korg berada kat France ler. Anak saudara aku yang nak pegi amik gambar kat sana. Sebelum dia pegi dah google dulu mana tempat yang menarik nak pegi. Aku? hahahaha google pun tak. Dok sibuk uruskan tiket kapal terbang n memacam lagi ler. Ketua rombongan ler katakan. Semuanya aku kena fikir tuh tak menyempat nak google apa2.

Satu gambar jer sebab aku tak turun. Jauh nak menapak n kaki dah sakit
Lepas g French Concession kitaorg pegi ke tempat shopping plak. Pusat membeli-belah yang sangat besar tak tau namanya tapi kat bawah tanah. Aku tak turun sebab jaga Mat Ayip yang dah kepenatan tertidur dalam van n si kurus pun tak nak turun so aku duduk ler dalam van ngan driver yang peramah tuh. Dia dok beria cerita ngan aku tapi dengan bahasa yang aku tak paham aku dok oooo jer ler padahal sepatah haram gua tak tak paham. Tapi ok lah cos driver nih memang betul2 peramah siap gelak-gelak mat ayip dok berdengkur dalam Van tuh. Lama gak diorg bershopping kat dalam tuh sampai Simon pun tak larat nak tunggu n tunggu kat Van jer. Pastu kena balik awal sebab nanti jalan jem lagi satu akak ipar aku nak belanja makan kat satu restoran fine dining kat area kedutaan-kedutaan asing kat Shanghai nih.

Hah! yang itu entry di Part 10 ye sbb gambar lom edit lagi hihihi

Comments

  1. salam...
    terjumpa blog ni lepas ronda2 cari resipi sushi. best laa sini banyak cerita berjalan2. rasa mcm join jalan sama pulak

    jemput singgah blog saya kalau sudi. tq.

    maipilihdotcom.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. the bund tak sempat nak pi.. sebab sakan jalan arah bertentang.. nak patah balik tak ada kudrat hahaha
    lagipun dua hari saja di shanghai.. tengok sajalah the bund dari seberang sungai tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat