Selamat Hari Malaysia!

Yess bestnya harini cuti. 
Dah stress sangat kerja nih. Rasa cam nak lari tinggalkan semuanya jer.
Mampu ke? 
Tapi nasib baik big bos sangat memahami aku. 
Ingatkan mata n hati dah dibutakan. 
Rupanya dia rasa jugak apa yg staff2 dia nih rasa sebenarnya.
Anyway, tak nak cerita pasal opis time cuti sehari nih (walaupun aku bawak balik kerja opiis)
Nak cerita aktiviti aku hujung minggu lepas.

I luv u so much Seoul Garden!
Actually aku amik cuti last friday sebab stanby mana tau mak aku nak ajak gi Shah Alam tengok akak n abg ipar aku nak pegi menunaikan Rukun Islam yang ke-5. Tapi macam main tarik tali jer. Kejap nak pegi kejap tak nak pegi. So akak aku pun dah buat keputusan tak yah pegi jer lah. So aku cuti jer lah hari Jumaat hari tuh sebab bukan senang nak cuti sesama ngan akak aku yg keje gomen sejak cuti kat Johor nih dah bertukar. Tapi tetiba kesian ngan mak aku sebab dia rasa sedih sgt tak dpt gi Shah Alam. Pastu dok ajak aku pegi Shah Alam berdua ngan dia. Pastu whatapps lah ngan akak aku kat Shah Alam tun n dia pun mcm sedih jer sbb tak sempat balik JB tengok mak aku. So aku n akak aku yg kat umah nih amik keputusan utk pegi gak Shah Alam pukul 5 petang hari Jumaat. The reason bertolak lambat sebab anak dia nih nak makan kat Seoul Garden dulu huhuhu. (Mak aku happy sgt sampai nak menangis bila aku ckp jadi pegi Shah Alam)

Selamat menunaikan Haji utk Akak n Abg Ipar aku.
Semoga mendapat haji mabrur.
Lepas makan kat Seoul Garden cecepat balik buat apa yg patut n pukul 5.30 gak kitaorg baru gerak. Sejak dah boleh bawak kereta orang lain nih akak aku sibuk suruh aku jer yg drive (aku phobia nak bawak kereta yang bukan kereta aku hihiihi) so aku ok jer suka lagi ada lah ekekek. Yelah bawak kereta sedap sapa tak nak. Especially masa nak overtake tuh smooth jer. Kalau kereta aku mengaum mcm rimau kalau nak overtake ekekekeke. Sampai Shah Alam pukul 9.00 malam (mak aku komplen aku bawak laju sangat. Dia ckp tak suka cara aku bawak ekekeke). Alhamdulilah akak n abg ipar aku dijemput untuk menunaikan rukun islam ke-5. Anak dia yang last teresak-esak nangis sebab tak pernah berpisah ngan mak dia. Pulak tuh amik UPSR tak abis gara2 soalan bocor haritu. Lepas nih exam 2 paper akak-akak dia lah yang tengokkan dia (akak dia yang sulong umo 27 taun). Lepas tuh sedih jer tengok akak aku peluk cium mak aku. Meleleh gak lah airmata aku. Lagilah meleleh airmata aku bila akak aku sempat bisik kat telinga aku suruh aku jaga mak aku bebaik. Tepat jam 1.30 pagi 14/9 flight diorg berlepas ke Jeddah n terus ke Makkah.

Pagi yang hujan

Pagi ahad, siap-siap nak balik. Lagipun nak singgah ke Batu Pahat wedding anak saudara abg ipar aku (ye betul aku ada banyak kakak. 3 orang tau). Bila tengah siap-siap jer tetiba dengan bunyi guruh. Ingatkan bunyi kerusi jatuh ke apa tapi rupa-rupanya betul hari nak hujan. Alahai dah lah aku kena drive balik, hujan plak tuh. Terus stresssss. Sebelum balik pekena nasi lemak kak ropah, bibik akak aku yang super duper sedap tuh. Kak Ropah nih dah boleh bukak kedai makan. Semua masakan Malaysia dia pandai masak n sedap2 lak tuh. Yelah sebab dah 12 tahun kerja ngan akak aku. Lepas mak aku borak-borak ngan besan dia kitaorg pun mengucapkan goodbye lah kepada anak-anak saudara aku yang tercinta. Pesan elok-elok kat akak dia especially, jaga adik dia yang last tuh jgn banyak merayap sangat hahahaa (dulu masa mak n arwah ayah aku g haji umur aku dah 15 tahun, dah besar gajah dah huhuhu).

 
Budak nih tengah mamai dalam kereta

Dalam pukul 9 lebih gitu kitaorg bertolak lah balik ke JB tapi sebelum tuh ke Batu Pahat dulu. Tapi sebelum tuh isi minyak dulu, cek tayar semer n top up touch n go. Tetiba akak aku ckp takpelah dia jer yang bawak gi Batu Pahat. Yessss aku tgh ngantuk gila sebab malam tadi takleh tidur sangat asyik terjaga jer (biasalah tempat orang susah nak tidur). So boleh lah tidur dengan jayanya disebelah beliau. Mat Ayip pun tidur sama gak. Nasib baik mak aku n anak saudara aku sorg lagi temankan akak aku berborak. Pulak tuh hujan lebat ditambah dengan jem kat Nilai - Seremban terus berulang kali mengingatkan kakak aku betapa leganya aku tidak memandu ketika itu hihihi. Kitaorg ke Batu Pahat exit melalui Pagoh singgah kat tepi tol tuh nak buang air, sekali ada plak apek jual buah jambu madu kaler merah tuh perghhhh dah lama gila aku cari kat Jusco tapi xda musim. Kalah orang ngidam beli sampai 2 bungkus.

What i like about Batu Pahat?
Bila sebut Batu Pahat yang menjadi igauan tentulah Nasi Beriani Batu Pahat yang tiada tandingannya. Tapi aku gi Batu Pahat nak gi kenduri walimah. Kitaorg tak pernah lepaskan peluang kalau ada kenduri walimah kat Batu Pahat especially akak abg ipar aku nih. Masakkan dia memang superb. Kebetulan anak dia ramai so memang saban taun ada jer kenduri walimah. Kambing beriani dia jgn ckp ler meleleh air liur bila dikenang. Ayam masak merah dia pun perghhhhh. Memang tiap kali kenduri rasanya tetap sama. Sedapppp (terus plan ngan akak aku nak amik tukang masak untuk majlis walimah anak saudara aku nanti). Lepas makan marshmallow cecah coklat kitaorg pun mengucapkan terima kasih dan goodbye kat tuan rumah sebab menjamu makanan yang sgt super duper sedap. On the way balik tuh singgah dulu kat Ayer Hitam, Johor beli Putu Bambu panas2 yang sedap gila n beratur panjang gila itu dan beli 'Dulu Pau Tanjung Sekarang Pau Sanjung' yang tepungnya sikit tapi intinya banyak ditambah dengan harga yang murah berbanding di JB. Tapi yang menyampahnya bila aku balik semula ke kereta lepas beli semua tuh aku tengok akak aku dah tukar tempat duduk. Dia duduk kat sebelah driver sambil sengih mintak Putu Bambu & Pau Sanjung tuh. Nak makan katanya. Cesss so aku continue drive dari Ayer Hitam sampai ke Johor Bahru. Harap-harap takdelah kena saman yer sebab sepanjang tuh aku bawak lebih dari had laju dibenarkan. (Takde orang tegur sebab semua orang tidur lepas makan putu bambu)

Ok tidur dulu, esok nak mandi manda kat LEGOLAND.

Comments

  1. selamat bercuti dan selamat hari malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Selamat Hari Malaysia n selamat bercuti juga

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat