Cerita Raya

Ketupat BBQ
Yeah. Last day Syawal hari ni baru nak post cerita raya. Raya tahun ni sederhana jer rasa mcm sedih pun ada. Alah kalau baca blog ni tau kan sebab-sebabnya. Cerita raya tahun nih dimulakan dengan cerita ketupatku hangus. Sibuk kat dapur lupa ketupat yang aku tengah masak kat depan rumah. Sepanjang hidup aku ni dalam sejarah ketupat hangus. Tapi kitaorag bantai jer makan. Sedap n tahan lama pulak. Alhamdulilah.

Adik 1st time raya
Raya pertama sepatutnya mak aku dylisis. Tapi mak aku mintak cuti sebab nak solat raya. Last year 1st day raya pun kena time dylisis tak boleh cuti sebab jaraknya lama. This year kena tgh minggu so takde masalah cuti satu hari. Budak kecik kat atas ni pulak 1st raya. Mak-mak dia pulak excited. Yup dia ada 4 orang mak. 10 pasang baju raya kurung n peplum akak aku beli. Betul2 excited mak dia hihihi.

Gambar family akak-akak & abang-abang aku
1st day raya cuma family abg aku n akak aku jer yang dtg rumah. Kira separuh daripada adik beradik jer lah yang ada. Yang lain semua beraya dirumah mentua masing-masing. Selalunya pepagi raya rumah aku penuh ngan orang. Sampai tak muat. Family arwah abg aku ngan anak2, menantu2 n cucu2 dia datang. Tapi tahun nih senyap sunyi. Makin menambah kesedihan dihati.

Seumur hidup pertama kali sedondon
So ini lah cerita raya aku tahun ni. Tak ada apa menarik. Nak amik gambar pun mcm malas. Amik gambar pun boring sebab kamera iphone 5 tak cantik! Kelam jer. Selalu mesti amik gambar ramai-ramai. Tahun nih mcm takde mood nak beria-ria gitu.

Apa-apa pun maafkan lah aku sebab cerita hari raya aku yang kelam ini huhuhu

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tabung Haji