Skip to main content

Didi & Friends

Support kerja anak Malaysia
Baby Mya suka betul ngan Didi & Friends ni. Aku kalau nak masak hari ahad tuh, bukak lah Didi & Friends yang aku pvr daripada Astro or download daripada Astro on Demand tuh.
Tapi kan macam mana lah nak buat autoplay kan. Nak tak nak kena gak duduk ngan dia tengok sama-sama. Yang rekod daripada Astro ceria lagi lah. Tak kena betul ngan masa. 
Nak tengok pakai ipad or laptop daripada Youtube pulak rasa macam susah plak kan.
Nanti Baby Mya ketagih nak main ipad cam abang dia

So aku dok pikir mana ler nak dapat DVD Didi & Friends ni n masalahnya ada ke jual DVD ni. Aku pun dok google ler sebab rasa-rasanya macam ada. Sekali aku jumpa kat TheBabyStore. So apa lagi terus place order n bayar. Lepas raya aku dapat DVD Didi & Friends tuh. Apa lagi suka lah si Baby Mya dapat tengok Didi & Friends kesayangan dia tuh.

Tertidur terus tgk Didi & Friends

Lepas tuh mak aku suruh lah belikan untuk anak saudara aku sorang lagi yang jauh nun kat alor staq tuh. Si Danish. Dia pun minat ngan didi & friends ni. Kali ni aku beli kat isooka sebab aku nak beli ngan pakej bag galas didi tuh hihihi. Kira murah ler dapat DVD 2 volume ngan bag didi dengan RM86. Tapi bila tengok website isooka tuh boleh juling bijik mata. Nasib baik aku da tua kalau masih kanak-kanak lagi? hehehehe

So pada sesiapa nak beli DVD Didi & Friends nih, meh ler beli DVD mereka yang original ni. Support sikit kerja anak-anak Malaysia.

Akhir sekali Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 59 tahun!

Cuti hari ni g mana? aku nak cari asam pedas telur mayong! huhuhu

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Resepi: Sushi

Dah lama nak rasa buat sushi sendiri. Asyik beli je apa kata buat sendiri kan. Aku nih memang peminat sushi. Tapi mampu beli sushi kat Jusco jer lah ekekeke. Tapi tuhlah kan kalau beli tuh macam mahal kalau buat sendiri boleh dapat banyak. Lagi lah anak-anak saudara aku mmg hantu sushi. So seperti biasa hari Sabtu kan hari masak-masak so apa lagi gulung sushi lah. 
Pada yang pertama kali buat sushi tuh boleh lah beli starter pack sushi nak kat Aeon or nama lamanya Jusco. Harganya RM29.90 kalau tak silap aku. Kat dalam starter pack tuh ada 1 bamboo untuk gulung sushi, satu pack halal seaweed, 1 botol cuka sushi yang halal dan 1 botol sos kicap cecah sushi yang halal. Beras sushi pulak boleh dibeli kat Aeon or Jusco jugak, nama berasnya Sumo, satu peket tuh 1 kg jer n harganya RM9.90.

Mula-mula tuh masa beras sushi macam korang masak nasi biasa. Tapi jangan banyak sangat airnya nanti lembik pulak. Lepas tuh boleh lah sediakan inti-inti untuk sushi tuh macam dalam gambar:-
Nombor 1 - In…