Cerita sebelum raya

Jumaat terakhir Ramadan
Heeee bulan syawal dah nak abis minggu nih, but still aku baru nak bukak cerita pasal sebelum raya. Raya tahun ni semuanya serba sederhana. Takde apa yang baru. Cuma baju raya jer baru. Itu pun sepasang je n dah tempah lama sejak bulan Februari lagi. Memang raya tahun ni paling simple sekali ler. Biskut-biskut pun takde. Tak beli dan juga tak buat. Memang tak kisah apa pun. Jumaat terakhir Ramadan aku pergi menziarahi kubur arwah ayah aku, bersihkan apa yang patut.

Ramai orang kirim
Duit raya still guna formula yang sama 2-3 tahun yang lalu. Tapi this year macam kurang sikit sebab anak saudara aku ada yang dah kerja. Duit raya untuk bebudak datang pulak aku tukar RM100 jer sebab daripada last year memang duit raya aku tak laku-laku. 3 tahun lepas punya duit raya still ada lagi so just abiskan duit tuh dah lah kan.

Duit raya nak kourier
Duit raya ni pulak nak dikourier kepada abang aku yang dok kat alor staq sana tu. Kirim sekali ngan sampul Johor Southern Tigers. Gigih anak saudara aku n akak aku g beli kat stadium larkin. Duit-duit raya nih dikirim bersama ngan resit2 dialisis mak aku. Alhamdulilah selamat dah sampai ke destinasinya. 

Kuih raya orang lain
Tahun nih tak kisah langsung pasal kuih raya. Kebetulan kuih raya yang aku selalu beli tiap2 raya ngan x office mate aku tak jual lagi so memang tak tau nak beli kat mana. Nak buat pun tak ada masa. Sejak ada baby nih memang tak sempat nak buat. Lebih kepada malas actually. So just beli kerepek-kerepek ngan 2 jenis biskut je. Satu beli kat sekolah ayip n satu lagi beli kat anak murid akak aku. Yang lain-lain tuh anak-anak saudara aku yg dah kerja beri kat kitaorg. 

Cerita pasal sekolah ayip, kat sekolah dia ada satu koperasi sekolah yang jual kerepek-kerepek n biskut2 ni. Sepanjang masa ada bukan time musim raya. Memang sedap. So kalau aku amik Mat Ayip nih mesti dok menempel kat kedai koperasi tuh hehehe. Paling sedap n laku adalah rempeyek. Fuhh sedap. This year susah nak dapat sebab asyik abis jer. Takde rezeki. Dapat satu balang jer.

Oklah sambung cerita raya plak lepas ni.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat