Dalam kenangan

1929 - 1998

Harini 18 tahun yang lalu, aku kehilangan orang yang tersayang.
Masih terbayang-bayang kat kepala saat-saat terakhir aku dengan arwah.

Masa tuh arwah sara hidup kami sekeluarga dengan kedai runcit.
Ingat lagi 5 hari sebelum dia meninggal, dia marah-marah ajar aku cara tutup kedai yang betul.
Rupa-rupanya dia dah tau dia nak pergi.

Bila dia dah pergi baru kita teringat semua kelainan pada diri arwah 3 minggu sebelum meninggal.
Termenung sendiri, renungan kosong dan jauh. Pendiam. Semua itu menjadi kenangan.

21/8/1998 hari terakhir hantar aku ke sekolah.
Aku demam n tengah percubaan STPM. 
Walaupun dia sakit dia berhenti jugak di restoran belikan roti canai dan panadol untuk aku.
Kami tak tahu pun dia sakit. Sebab dia sembunyikan kesakitan dia.

24/8/1998 tak boleh lupa saat kerani sekolah melangkah masuk ke dalam kelas aku.
Masa tuh dada dah berdebar-debar sebab dah terasa sesuatu.
Arwah abang aku amik aku kat sekolah, katanya arwah dah koma dan tenat dihospital.

27/8/1998 balik sekolah akak aku tarik aku masuk bilik n bagitau yang doktor bagitau arwah dah tak ada harapan untuk hidup dan nasihat buat persiapan. 
Akak aku pesan jangan bagitau mak dahulu sebab mak ada darah tinggi.
Tak boleh lupa aku lari msk bilik air nangis sebab tak nak mak nampak.

Petang tuh juga kami ke pasar, selesaikan semua hutang-hutang barang pasar arwah.
Malam tu, malam jumaat kami ramai-ramai buat solat hajat untuk malam yang ketiga.

Jumaat, 28/8/2016 12.00 tengah hari, aku habis sekolah. 
Tengahari ni giliran aku n mak aku plak jaga arwah.
Masa tengah tunggu abg aku datang, tiba-tiba dada aku berdengup kencang.
Abg aku datang, ada mak aku n 2 orang anak saudara aku
12.15 petang sampai hospital, nampak abang aku sorg lagi berlari kejar kereta kitaorg.
Kat bawah wad dah ada van jenazah sedang menunggu.

Tepat jam 12.05 tengahri jumaat, arwah pergi buat selama-lamanya.

~ ~ ~ ~ ~

Secebis kisah 18 tahun yang lalu.
Tak sangka dah 18 tahun arwah pergi. Rasanya baru semalam berlaku.
Rindu arwah sangat-sangat.
Al-Fatihah untuk arwah ayahku.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat