Hypoglycemia

Post kesinambungan lagi. Kali ni daripada post ni

Sambil tunggu amik ubat aku post
 benda ni kat FB
Last aku post pasal penyakit Diabetes aku ni, aku ada cerita yang aku ada appointment kat Hospital dengan pakar endo (endo tuh nama pendek hihihi). Punyalah seram sejuk nak pegi check up. Lagi-lagi sebelum ni 2-3 kali check up result tak memberangsangkan sampai kena prescribe untuk suntik insulin. Nak tak nak kena lah ikut kan untuk kesejahteraan diri sendiri.  

Alhamdulilah semuanya turun. Tak sangka pulak. Tapi memang seram sejuk ler menunggu nurse panggil nak amik berat, cek gula pagi, cek tekanan darah n soal siasat semer huhuhu. Yang ujian darah lain n air kencing aku dah amik seminggu sebelum appointment tuh. Alhamdulilah semua ok. Kolestrol jahat pun turun gak. Berkat makan benda2 yang sihat. 

Bila dapat bacaan nih badan rasa mcm
nak terbang
Lagi seminggu lagi aku dah nak kena amik darah untuk checkup bulan 9 nanti. Seramm. Sebab macam aku post kat FB tuh, masalah terbesar aku adalah nak maintain apa yang dah aku capai tuh agaklah payah ok. Sebab sejarah memang dah terbukti aku selalu gagal lepas dah turun secara besar-besaran. Lagi-lagi lah musim durian nih. Aku memang gagal nak elakkan. Makin dibeli lagi adalah.

Tapi aku lepas makan 2 jam aku cek darah tak ada lah naik tinggi sangat lebih daripada 10 lepas makan durian dan yang teruknya hampir hari-hari aku akan mengalami HYPOGLYCEMIA. Aku lebih kurang dalam kategori mcm obses nak kadar gula aku rendah. 

Paling rendah aku dapat 2.8, masa tuh memang dah mcm nak terbang, dengupan jantung laju, berpeluh-peluh, mengeletar, nak pengsan. Aku dah pesan siap-siap ngan kengkawan aku kalau aku pengsan terus panggil ambulan or pegi klinik kat bawah opis aku mintak glucose injection. 

Sekarang ni dah kena ingat, pukul 12 jer kena cek gula. Sebab time tuh lah gula aku dah start drop ke 3.8. Selalu kalau dah masuk bawah 4 aku dah dapat simptom kat atas tuh tapi sejak 2-3 minggu nih bila dah bawah 3 baru dapat simptom tuh. 

Yang pasti mesti doktor bising ngan aku kali ni. Bukan sebab gula tinggi. Tapi sebab banyak kali dapat hypoglycemia. Doktor ckp sebulan kalau 2-3 kali tuh ok lah. Kalau aku seminggu hampir tiap-tiap hari. *pengsan*! Sebab doktor dah warning boleh kena serangan jantung kalau kerap hypo n aku baru jer google kesan jangka panjang boleh kena serangan jantung. 
Glup!

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji