Resepi: Kentang Bakar & Telur

Dah lama buat kentang bakar ni. Aku kan suka kentang. Sebab tu tinggi diabetes aku hehehe.
Actually kentang bakar ni diamik sumber inspirasi darpada sini:-


Time tuh aku lom diet lagi opppss lom cerita lagi pasal diet aku ni.
So memang tiap-tiap Sabtu mesti aku try resepi baru. Tetiba akak aku post gambar kat atas ni lam whatapps kan. So apa lagi jom ler kita try.

Bahan-bahan
5 biji kentang 
5 biji telur ayam (Gred D or paling kecil)
Daging lembu or ayam kisar
Bawang merah, 
bawang putih, 
halia, 
sedikit serbuk kari
Keju Cheddar
Daun bawang dicincang halus
Garam secukup rasa

Cara-caranya
Bersihkan kentang dan rebus kentang dengan kulitnya hingga empuk. Sambil tunggu kentang empuk,
cincang bawang merah, putih dan halia dan tumis sampai naik bau. Masukkan sedikit serbuk kari dan daging lembu or ayam kisar sampai, garam dan bahan penambah rasa (terpulang tak paksa) secukupnya. Masak sampai kering airnya dan tepikan.


Kentang dah empuk, potong secara melintang atasnya sedikit, keluarkan isinya sedikit di tengah. Kiranya agak-agak boleh masukkan telur. Pecahkan telur dalam kentang. Taburkan daging kisar yang dah masak, daun bawang, keju (macam gambar kat atas ni) dan bakar dalam ketuhar dalam 200 darjah celcius selama kira-kira 10 minit (agak-agak dah masak ler aku tak reti nak letak time)


Tadaaaa selamat mencuba dan menjamu selera!

(resepi ni tak petik mana-mana aku just ikut suka ati aku berdasarkan gambar kat atas sekali tuh)

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji