Catatan Perjalanan Day 4 - Thursday, 9 June 2011
tmpt aku tidur di Istanbul
|
Hello cik awan? bila mau abis post lahhh. dah sebulan ekau balik, baru ko post day 4 jer? haishhh ini ler nasib org bz mcm aku (bz ngan tido). kena curi2 masa nak post sambungan day 3 nih. oklah tanpa membuang masa dan tenaga terus ke cerita pada hari keempat perjalanan aku kali nih. hari keempat nih actually adalah hari last aku di Istanbul (last ke?) kira last ler. last tour. untuk hari last nih Laleh suruh kumpul pukul 11 kat lobby n kena check-out kan diri masing2 dari hotel sebelum kul 11. tepat2 jam 11 pagi abg sergio (akak aku panggil ronaldo) iaitu driver bas dtg amik semer bag2 n rombongan orang malaysia nih untuk lawatan terakhir dan seterusnya bawak ke ataturk airport untuk perjalanan ke Madinah. untuk hari keempat nih si laleh pegi bawak kitaorg early lunch dalam pukul 11.30 pagi ke restoran yang lain. bukan restoran yang biasa aku pegi hari kedua n ketiga tuh. restoran nih terletak berdepan ngan pasar ikan istanbul (xda rupa pasar pun) n view kat area restoran nih sgttt cantikkk. teringat aku tgk masa last year bulan ramadhan si Chef Wan pegi jelajah kat Istanbul dia ada pegi sini. masa tuh aku ckp ngan akak aku bila lah kita dapat sampai sini. Allhamdulilah sampai juga kitaorg kat sini.
aku makan kat restoran warna pink tuh |
cantikk kan. rugi tull takde kamera dslr :p |
ngape aku ikut bo***t org nih? ekekeke |
Restoran nih terletak di seberang jalan yang menghadap sea of marmara. mmg banyak restoran2 kat sini. org2 Turki nih mmg ske melepak agaknya kot. seperti biasa aku antara org terawal mengejar kerusi dan meja. seb baik ada org lain yg champion kang tak pasal2 kena sound lagi eheheh. restoran-restoran kat sini kebanyakan menyediakan hidangan2 berasaskan laut. seafood lah kiranya. si Laleh nih ckp kat sini mmg takde sediakan nasi. tapi disebabkan orang malaysia kan mana boleh tak makan nasi, so dia buat kan arrangement ngan restoran nih masak nasi utk kitaorg. aku suka betul nasi kat sini. sedap! beras apa ek diorg pakai. beras dia sama mcm kat restoran sebelum nih n kat hotel. makan nasi gitu pun sodap.
appetizers - sambal
(sedap gila ok sambal nih!) n salad yg aku tak minat |
ikan nih sedap! nasi pun sedap. tapi bencinta
nak abiskan. |
since aku sampai istanbul ni mmg belum dapat lagi makanan yang pedas2. tetiba kat sini dia bagi plak sambal yg mcam sambal belacan (tapi takde ler belacan). mula2 tuh aku jual mahal takmo makan. lepas akak aku ckp sodap aku pun try ler apa lagi sampai tiga pinggan roti tambah kat meja kitaorg hahaha pelahap ok! appetizer apa mcm nih. mcm main course plak. pastu terkial2 nak abiskan ikan nih sbb dah byk melantak roti cecah sambal tuh. lepas lunch, buang apa yg patut (sbb kat restoran free kat luar kena bayar 1 lira = rm2.50 hanya nak msk toilet) kitaorang pun bergerak ke bas. tapi sebelum tuh Laleh suruh try mkn aiskirm yg pemes kat Istanbul nih. tapi aku tak dpt beli oleh kerana abg sergio tak kasi makan aiskrim dalam bas n aku dah terlambat gara2 beratur nak msk toilet. so terpaksalah simpan hajat aku nak rasa aiskrim yg pemes itu.
sori ler pakcik kalau saya ada rezeki lain kali saya dtglagi beli 5 terus aiskrim pakcik yg pemes itu |
Destinasi seterusnya, si Laleh nak bawak kitaorg menyeberang Bosphorus Bridge n pegi ke bahagian Asia. tapi mcm biasa ler kat Istanbul, jammed!. rupanya ada accident. aku ske tgk bridge nih sbb kat tgh2 ada lane utk bas awam so takdelah bas2 nih tersangkut kat jammed tuh. so mmg menggalakkan org gunakan public transport daripada bawak kereta sendiri. kat belah asia nih kitaorg akan dibawa ke Camlica Hill. aku pegi bahagian tertinggi kat Istanbul nih iaitu Büyük Çamlica. Mcm dalam website nih tulih view kat sini mmg betul2 amazing n breathtaking! serius mmg cantikk sgt ngan view menghadap Bosphorus Bridge, rumah2 kat bahagian Asia n Eropah n Sea of Marmara ahhhhh mmg tak terungkap lah ngan kata2. pastu nyaman jer kat atas bukit nih.
mengadap Bosphrous Bridge - seberang sea
of marmaratuh adalah european side |
breathtaking view
|
Subahanallah, indahnya dunia ciptaan Allah
|
nih bukan daripada kamera dslr tapi
sony t100 16mpx ygakak aku baru beli kat pc fair |
masa kat sini tak lama kejap jer dalam 45 minit sbb nak rushing balik ke european side utk tour yg last. masa kat sini akak aku ilang mood sikit sbb dpt phone call daripada Malaysia. abg aku lah bawak kereta akak aku konon nak panaskan enjin tapi mati sendiri tgh jalan. kereta canggih byk sekuriti mcm tuh ler. view lawa tapi amik picture dalam keadaan marah ngan aku2 sekali kena panahan marah akak aku nih. ampess tull. plak tuh masa nih kamera aku plak buat hal. cobaaaaannnnn. kat malaysia takmo plak wat hal. dan time nih juga kredit aku abis rm100 sbb call out n received call dari Malaysia. dah lah telefon aku jer sorg jer berfungsi sbb org lain semua pakai postpaid n tak call service center utk buat roaming. seb baik ada bank bergerak kat Malaysia leh mintak tolong top up kan.
scenery dari dalam boat
|
lepas puas snap2 picture kitaorg naik bas semula n seberang balik ke european side untuk next destination iaitu tour terakhir kat Istanbul iaitu naik private boat mengelilingi sea of marmara. naik boat nih lebih kurang 1 jam setengah keliling daripada european side ke asia side n balik semula european side. Masa tunggu boat tuh datang aku baru rasa mcm kat Malaysia. panas. n angin turki pun panas mcm kat Malaysia. angin sejuk masa mula2 aku sampai istanbul dah tak ada. dah masuk summer kan masa tuh. so pengajarannya kalau nak pegi Istanbul pasnih (kalau ada rezeki lagi) pegi time spring ker winter ker baru ler best sikit.
tanda musim panas sudah bermula!
|
antara view daripada private boat
|
nice view. mcm kat europe jer
(mmg kat europe pun) |
Sultan Mehmet Bridge. satu lagi jambatan
yg menghubungkaneropah n asia berlatarbelakangkan old castle |
masa boat tuh sampai actually aku takut nak naik sbb bergoyang2 kang tak pasal2 tercampak dalam laut. tapi aku tgk ada makcik-makcik steady jer naik takkan aku tak boleh plak. dalam byk2 moment kat Istanbul nih aku rasa yang naik private boat nih lah yang paling best. n view kat sini mmg sangat cantik. bestnya ada kamera DSLR kan? leh duduk kat luo boat amik picture :p tapi aku amik dari dalam boat jer sbb aku pakai baju kurung (sbb nak pegi Madinah terus mesti bersopan kan?) kang aku jatuh naya plak. sbb masa nih summer dah start so nampak ler view2 yg tak berapa nak best. biasalah time summer nih ramai org berjemur pakai baju kecik2. naik boat nih sejam setengah tuh mmg lama. bila da terbuai2 naik boat nih mula lah aku ngantuk. tapi nasib baik view yang breathaking tuh dapat coverkan kengantukkan aku.
saya nak duduk rumah mcmnih boleh tak?
|
lain kali dtg Istanbul nak duduk hotel kat sini (byk duit ko!)
|
Bosphorus Bridge
|
Lepas abis keliling Sea of Marmara, tunggu plak bas utk bawak pegi early dinner. yer dinner pukul 5 petang. dinner plak kat restoran yang sama mcm lunch hari kedua n ketiga. tapi lama gak nak sampai restoran tuh sebab jalan2 kat istanbul tgh jem. orang balik keje kot. sampai jer restoran tuh dah nak pukul 6 padahal dekat jer tuh. sebelum lunch kitaorg pegi solat dulu kat Masjid yang berdekatan ngan restoran. buat solat qasar n jamak takhir. yang best kat Istanbul nih banyak sgt masjid so mmg tak risau nak cari tempat solat. cuma yang tak bestnya nak amik air sembahyang pun kena bayar 1 lira. malas nak berkira aku niat halal jer bagi kat penjaga bayyan (toilet wanita) tuh. tapi ada orang lain dia mintak 2 lira. macam2. lepas solat cepat2 makan sebab kena kejar masa nak pegi airport. jalan kat Istanbul nih dah lah jem. lebih kurang pukul 7.30 sampai kat Ataturk Airport. pegi check-in semua (nasib baik group check-in) n solat dulu. nasib baik Turki masih sediakan tempat solat kat airport. besar dan selesa. dalam pukul 9 lebih dah bekejar cari gate 315. konpius gak. rupanya gate 315 tersorok. mcm biasa takde sky bridge kena naik shuttle bas utk bawak ke flight. tepat-tepat jam 11.35 malam flight pun berlepas menuju ke kota Madinah Al-Munawarah n jarak masa antara Istanbul ke Madinah hanya 3 jam. ada meal yang sedap tapi air yang kurang dan steward yang ensem hahaha. masa flight nih aku tido jer sedar2 dah nak mendarat. oklah aku stop sini dulu pasni sambung tapi lagi best sbb kali nih nak cerita pengalaman aku kat kota Madinah Al-Munawarah.
klik utk ke day 5-7 Madinah Part 1
klik utk ke day 5-7 Madinah Part 1
Comments
Post a Comment