Maybe some people are just SUPPOSED to be alone

  - empty -

Setiap manusia kat dunia ni telah dijadikan Allah berpasang-pasangan. masa kita belum lahir dah tertulis sapa jodoh kita. tapi aku tertanya2 sapa ek jodoh aku? kenapa aku masih belum berjumpa dengan pasangan yg Allah sudah tentukan sebelum aku dilahirkan kat dunia ni. aku terima qada n qadar Allah. maybe jodoh aku belum sampai lagi or jodoh aku sudah mati. masa aku pegi Makkah dulu aku teringin sgt nak ada life time partner yg sah. sbb aku tgk org buat umrah suami isteri sweet sgt. masa saie pegang2 tangan. yang lelaki bawak isteri n anak2 dia. tapi bila aku balik Malaysia lama kelamaan keinginan aku tuh semakin ilang bila tiap2 hari aku cermin diri aku sendiri. layak kah aku? kekadang org mcm aku nih tak layak utk dicinta dan dicintai n org mcm aku nih cuma layak utk disakiti dan dihina. kalau orang yg tak kuat semangat mmg takkan keluar rumah or pegi mana2 tapi bagi aku, aku hanya pekak kan telinga buat selamba. kenapa salah ke jadi  org mcm aku? orang mcm aku nih takde hati n perasaan ke?
orang mcm aku jugak byk terima diskriminasi. bukan senang nak cari kerja dengan keadaan fizikal aku mcm nih. aku pegi interview gov. 2 kali tapi tak dpt. yg second aku pergi tuh aku mmg sgt konfiden dpt. yg interview aku pun bagi feedback yang baik. tapi sudahnya? calon simpanan pun tak dpt. untuk pengetahuan tuan2 dan puan2 tersebut saya nih jarang amik cuti sakit. cuba tanya bos saya dalam setahun berapa kali saya MC dalam masa sembilan tahun saya kerja ngan bos saya skrg? dan berapa byk cuti saya yang tak abis setiap tahun (tahun nih jer yg dah nak abis sbb aku g Umrah). tapi nak buat mcm mana aku terima hakikat mmg bukan rezeki aku.
masa aku muda-muda dulu (skrg da tua ke?) mmg lah payah nak terima nih semua. mcm2 aku usaha utk 'perbaiki' diri sendiri. bila aku dalam proses 'memperbaiki' diri sendiri dtg kumbang dalam hati. tapi kumbang dalam hati masih tak dpt terima aku seadanya n terhalang dgn kekurangan yang ada pada diri aku.  bila da kecewa terus aku lupa nak 'perbaiki' diri sendiri. kekadang aku terpikir kenapa mudah sgt aku buka hati aku untuk orang masuk? bila da byk kali kecewa n mengecewakan org (dikecewakan org lagi byk ok! kecewakan org sekali jer ngeee) skrg nih aku da takde apa2 perasaan dah. sejak msk umur telu puluhan  (bahasa jawa kuar terus!) aku dah tak kisah dah. bukan takat tak kisah tapi dah mmg dah tak mahu dah. aku lebih suka hidup sorg2 tanpa komitmen. senang kan? 
tapi mmg lah skrg aku senang. bila da tua? mungkin skrg aku tak rasa bila da tua baru aku rasa sunyi kot. takkan nak harapkan anak2 saudara aku? diorg pun ada tanggungjawab pada mak bapak diorg gak. ntahlah tapi mmg aku mmg dah tak mengharap. orang mcm aku ni mmg tak layak nak harapkan benda yg sememangnya tak layak buat aku. aku sedar kekurangan diri aku. apa2 pun aku bersyukur kerana aku dilahirkan dalam family yg ramai n rapat. walaupun ada sorg yg selalu push aku utk 'perbaiki' diri aku tapi aku tak kisah sbb 'she never been in my shoes'. n aku berterima kasih kerana dikurniakan mak, akak2 n abg2 yg sgt memahami diri aku. Allhamdulilah.
kepada sesiapa kat luar tuh kalau ada adik, akak, abg, sedara mara or kawan2 yg macam saya nih jgn lah tanya soalan2 bodoh mcm 'bila nak kawin?' 'bila nak makan nasik minyak?' 'dah ada boipren?' dan apa2 soalan yang sewaktu dengannya lah. sila lah jgn kecikan hati org2 mcm saya nih dgn soalan yang tak berilmiah mcm tuh. soalan2 mcm tuh mmg tak sesuai utk orang2 mcm saya. nak tanya soalan tuh tgk2 lah org tuh mcm mana. kalau korg ada kat tmpt aku baru tau mcm mana rasanya. kekadang rasa mcm nak bagi flying kick jer sbb tanya soalan bodo mcm tuh.
aku tak marah tapi cuma suarakan isi hati aku jer yg da lama terpendam ni. nak luah kat Facebook mcm tak best. so skrg nih blog nih officially jadi tempat meluahkan perasaan aku.
sekian terima kasih! MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA! (walaupun Malaysia kalah tapi kita bukan skuad yang penuh dgn kepura2an n tak harapkan rakyat asing tukar warganegara semata2 nak kejar pingat). apa-apa pun. tunggu skuad harimau muda plak utk kelayakan olimpik tapi group utk qualifying round mak aiii Jepun tuh! apa2 pun MALAYSIA BOLEH!


tak mustahil sejarah Sukan Olimpik tahun 
1976 n 1980 boleh berulang kembali!

* photo in this post - credit to goggle

Comments

  1. Hehhe jumpa dah blog awak! Jgn la cakap pasal layak tak layak adik, tengok lah Kak Amy ni. Kak Amy pun serba kekurangan dgn fizikal Kak Amy ni tapi alhamdulillah ada gak yg sayang. Kak Amy doakan jodoh awak ada, akan dtg pada awak nanti. Ceria2kan hati ok. Love you!

    ReplyDelete
  2. heeee akak da jumpa blog saya ek. terima kasih doakan saya kak. insya Allah. saya ok jer cuma saya tak ok bila org tanya soalan2 mcm tuh. love u too kak!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat