Catatan Perjalanan Day 5 - 7 : Friday - Sunday, 10th - 12th June 2011 (Part 1)

view dari bilik Hotel aku di Madinah

Ok jom sambung cerita daripada perjalanan day 4 yang aku post arituh. Untuk post kali nih aku compile kan dalam dua bahagian sebab aku cuma ada 2 hari stgh jer kat Madinah. sedih sgt sbb tak puas pegi Masjid Nabawi. Lebih kurang pukul 2 pagi lebih aku telah dikejutkan oleh stewardess utk pakai seat belt sbb flight dah nak landing. rasa macam baru jer aku tido dah nak sampai. tepat2 jam 2.30 pagi aku landing kat airport madinah. takde perbezaan masa antara Turki n Arab Saudi. Time nya sama n utk flight nih aku naik Boeing. ngeri ok masa nak landing. sbb plane dia kecik tak mcm A330 yg aku naik dari Spore - Istanbul arituh mmg tak terasa sgt. Aku rekemen kalau sesiapa nak pegi Umrah better naik direct plane terus pegi Madinah daripada turun kat Jeddah sbb kat Madinah tak berapa sibuk mcm kat Jeddah. Kat sini Imigresen dia pun tak berapa strict n tak sombong mcm kat Jeddah. Kat Madinah org2 dia sgt friendly berbanding kat Jeddah. pasal Jeddah nanti aku cerita masa post nak balik nanti. ok, sampai jer sebelum cop passport kena tulis saudi arrival card. mcm kad putih nak msk spore. sapa2 nak msk Arab Saudi nak buat Umrah, yg perempuan mesti ada mahramnya tak boleh masuk gitu2 jer if umur kita bawah 50 tahun. since aku pegi ngan akak aku n kawan2 akak aku pun semua perempuan so pihak traveling agent aturkan mahram aku ngan salah sorg ahli rombongan aku. so masa tuh kita kena beratur sama2 ngan mahram yang tulis kat visa kita masa pegi n balik. sebelum naik flight ke Madinah nih mutawiff yang bawak tuh dah ckp siap2 masa kat airport Madinah kena amik troli sendiri n jgn guna troli yang org offer sbb silap2 50 riyal melayang. perjalanan pergi nih smooth jer bas pun dah tunggu n terus bawak pegi hotel penginapan.

salah satu menara Masjid Nabawi. 
View dari tingkap hotel

Kat Madinah nih aku duduk kat Hotel Mawaddah Al Safwa. Hotel nih dekat jer ngan Masjid Nabawi lebih kurang 100 meter jer. rasa mcm tak caya jer aku dpt jejak kan kaki kat Madinah nih. bila bas yg bawak tuh msk kawasan hotel aku dah nampak menara Masjid terus aku tanya akak aku nih ke Masjid Nabawi terus akak aku ckp ya (nih perjalanan umrah kedua akak aku) masa tuh mcm nak nangis pun ada sbb tak sangka Masjid Nabawi tuh betul2 dah ada depan aku n aku bakal bersolat dalam masjid tuh. sampai jer hotel time tuh dah pukul 3 pagi lebih n tgh azan subuh kali pertama. masa tuh kelam kabut nak check in hotel sbb nak kejar solat subuh pertama kat Masjid Nabawi. n hari jumaat pulak tuh. n solat subuh hari jumaat imam selalunya akan baca surah at-sajjadah. Allhamdulilah everything goes smoothly masa check in hotel tuh. dpt bilik pun tak tunggu lama mcm kat Istanbul arituh. cepat2 siap diri mandi semua. masa tgh siap2 dgr azan subuh yang kedua. cepat2 pegi Masjid n nasib baik dekat. Dari hotel aku untuk masuk ke Masjid Nabawi kena guna pintu 7. Allhamdulilah sempat juga aku solat jemaah subuh hari Jumaat kat Masjid Nabawi. Sejuk jer Masjid Nabawi nih. tapi security dia sgt ketat seb baik aku lepas sbb aku terbawak handphone yg aku letak kat poket seluar aku. seb baik polis pompuan dia tak raba2 poket seluar aku. lepas tuh aku terus tak bawak dah hp aku. tapi bukan dia amik pun kalau jmp dia cuma tak kasi masuk jer.

suasana kawasan sekitar Masjid Nabawi

lepas solat subuh n baca surah yaasin aku n akak aku balik hotel sbb nak sarapan pagi. baru lah dpt makan nasi lemak. bab makan2 kat Madinah n Makkah traveling agent mmg sediakan masakan malaysia. tapi katering tuh orang indonesia. aku bagi 5 bintang utk makan sbb mmg sedap2. air oren jus dia pon terrrrrrrsgt sodap. berbeza. aku balik malaysia pun tak dpt rasa oren jus mcm tuh. berkat makan kat Madinah kot. lepas breakfast ustaz ketua rombongan tuh dah inform suruh berkumpul kat lobby hotel  jam 6.30 pagi pada sesiapa yang nak ikut ziarah dalaman. Untuk ziarah dalaman nih, ustaz akan bawak ke kawasan sekitar Masjid Nabawi n dgn penerangan sekali. Mula2 kitaorg dibawak ke Raudah dan Makam Rasulullah (s.a.w). nak msk area sini bukan senang. kalau lelaki senang sbb sentiasa terbuka kalau perempuan ada masa2nya. time utk perempuan ada 3 kali sehari iaitu pagi pukul 8-11, lepas zohor sampai sebelum asar n lepas isyak sampai pukul 11 malam. 

pintu masuk ke Raudah tapi lelaki jer

nampak tak tulisan emas warna hijau tuh? 
ituler Raudah

Kalau nak tau mana letaknya Makam Rasulullah kat bawah kubah hijau kat Masjid Nabawi nih dan juga makan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. kawsan yang dinamakan Raudah pulak letaknya dulu rumah Rasulullah dengan Saidatina Aisyah dengan mimbar Rasulullah . Oleh kerana masa untuk perempuan masuk Raudah belum bukak lagi, ada satu tempat kat pintu keluar dari Raudah tempat untuk bagi salam kepada Rasulullah S.A.W, salam utk Saidina Abu Bakar R.A n Saidina Umar R.A. sedih jer masa baca salam pada Rasulullah. perasaan tuh rasa mcm dekat jer. rasa mcm tak sangka aku dapat pegi sini. walaupun masa tuh aku belum dapat masuk melawat Raudah, tapi aku redha sbb bukan senang nak masuk. kita kat negara orang yang ada peraturan mereka tersendiri.  Lepas abis baca doa, n orang lelaki dah keluar dari Raudah, kitaorg bergerak pulak ke Perkuburan Baqi.

View Perkuburan Baqi menghadap Masjid Nabawi

Perkuburan Baqi ni ialah pekuburan tempat penduduk Madinah dan sesiapa yang meninggal dunia kat Madinah akan dikebumikan disini. Rasulullah semasa hayatnya selalu ziarah pekuburan ini siang n malam n berdoa diampunkan dosa mereka yang dikuburkan kat situ. Ramai para sahabat  (kira2 10 ribu org), isteri-isteri Rasulullah dan ahli keluarga Rasulullah dimakamkan kat situ. tapi Perkuburan Baqi nih cuma lelaki jer boleh masuk. sekarang nih sekeliling Perkuburan Baqi dibina dengan tembok-tembok tinggi. akak aku ckp masa time dia dulu still boleh nampak dari luar belum ada tembok-tembok tinggi tuh.

Perkuburan Baqi

View Perkuburan Baqi dari dalam bas

Lepas melawat Perkuburan Baqi, time untuk acara bebas. Aku, akak aku n kawan2 akak aku decide utk melawat2 sekitar Masjid Nabawi. besar Masjid Nabawi nih. seluas mata memandang. n bersih. pekerja2 Masjid Nabawi nih tak henti2 24 jam bersihkan Masjid Nabawi. n kat luar masjid dah pasang payung. bila malam payung nih tutup n bila siang payung nih terbukak. mak aku ckp time dia gi haji dulu belum ada. akak aku pun ckp time dia g umrah dulu pun takde. rasanya taun 2007-2008 kot dia pasang payung nih. lagi satu kat dalam Masjid Nabawi nih ada kubah yang boleh dibuka n tutup. lepastuh kitaorg msk satu bahagian kaat masjid ni n nampak orang ramai2 jalan pegi kat satu tempat nih. tanya orang rupanya itulah pintu masuk untuk ke Raudah. tgh bz2 nak pegi sekali baru perasan rupa2nya salah sorg ahli group akak aku (group kitaorg 6 org) dah hilang. puas kitaorg cari. ada dalam group akak aku nih doa n solat hajat agar jumpa dgn akak nih. saat yg sgt menduga kesabaran :). Allhamdulilah akhirnya jumpa juga. rupa2nya dia tersesat n confuse ngan pintu2. tapi malangnya pintu untuk masuk ke Raudah telah ditutup. belum diizinkan Allah utk menziarah Raudah n kitaorg amik keputusan utk balik ke hotel. lagipun pekerja masjid dah suruh keluar sbb diorg nak siap2 utk solat jumaat n aku pun dah terawang2 penangan naik bot kat istanbul n flight so mmg kena tido kejap. aku cuma tido 3 jam jer. oklah aku stop sini dulu. Part 2 di Madinah bakal menyusul. banyak cerita  yg best2 ok! Assalamualaikum wbt!

Payung di halaman Masjid Nabawi

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Tersirat

Resepi: Bihun Goreng Putih