Saya sokong!

gambar ehsan Berita Harian Online

sapa2 yg beli paper berita harian smlm mesti ada baca cerita nih kat front page paper tuh. pada pendapat aku lah aku sokong program2 mcm nih sbbnya budak2 zaman skrg nih byk yg kurang ajar. n cikgu2 takkan sajer2 jer hantar korg kat program mcmnih kalau korang takde masalah disiplin. budak2 skrg nih ckp apa2 pun mmg tak dilayan. antar kelas motivasi ke, kaunseling ke or kelas agama ke yg ckp lembut2 mmg tak msk telinga. n peranan mak bapak juga penting. kalau anak2 dah buat salah kena lah terima. sama2 lah bantu cikgu n sekolah perbetulkan bebudak tuh. actually kita kena tgk sudut positif kem motivasi mcm nih. baru timbul keinsafan kat diri masing2. baru diorg tau mcmana duduk kat penjara. pada sapa2 yg lom baca meh aku kopi pes petikan berita tuh dari BH Online

33 pelajar SMK Bandar Baru Uda dakwa didera wadar

JOHOR BAHRU: Sekumpulan 33 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru UDA, mengharungi pengalaman mengerikan apabila mendakwa didera petugas program selepas menyertai kem motivasi ala banduan selama tiga hari dua malam di Penjara Kluang mulai petang Jumaat hingga kelmarin. Mereka mendakwa bukan saja rambut digunting pendek ala banduan, malah turut ditempeleng, ditumbuk dan diperlakukan seperti penghuni penjara, apabila ada di antara pelajar turut digari hingga mereka trauma. 
Lebih mengejutkan, pelajar mendakwa dua guru pengiring kumpulan pelajar yang dipilih atas alasan mempunyai masalah disiplin ponteng sekolah dan kelas, merokok serta terbabit dengan pergaduhan hanya mentertawakan tindakan wadar ke atas mereka. Sehubungan itu, 20 ibu bapa bersama anak mereka membuat pendedahan mengenai kem motivasi ala banduan itu di Dewan UMNO di Taman Skudai Kanan Bandar Baru UDA di sini, semalam.
 
Pelajar, Mohd Rafsanjani Mohd Rafi, 16, mendakwa mereka hanya mengetahui dihantar ke penjara Jumaat lalu apabila bas Penjara Kluang menanti di pekarangan sekolah kerana sebelum itu diberitahu mengikuti kem motivasi anjuran syarikat perunding di Kluang.

Katanya, sebaik sampai di penjara terbabit beliau bersama 32 pelajar Tingkatan 1, 2 dan 4, diarah menyerahkan semua barangan peribadi termasuk telefon bimbit serta pakaian sebelum rambut mereka digunting pendek dan diarah memakai baju lokap.

 
“Pada malam itu, kami mengikuti kursus motivasi sebelum diberitahu akan melihat sendiri banduan dalam penjara pada pagi esoknya (Sabtu). Bagaimanapun, pada pagi Sabtu kami dibahagikan lima orang dalam satu kumpulan sebelum dimasukkan ke dalam bilik dan dipukul dengan cota, dicekik serta pelbagai lagi kekasaran dilakukan wadar yang menjalankan program ini,” katanya.

Mohd Rafsanjani berkata, sepanjang malam, mereka hanya tidur tiga jam, selain diberikan makanan seperti banduan hingga menyebabkan ada pelajar menangis kerana tidak tahan dengan tindakan wadar penjara itu.


org akan ckp ala ko tak rasa or bukan family ko yg kena. tapi kena tgk gak kalau bebudak nih baik n rajin belajar kena mcm nih mmg lah dah melampau. ponteng sekolah, isap rokok n masalah disiplin kalau tak ditangani mcm2 boleh jadi. kalau ponteng sekolah budak2 nih pergi mana? mula2 isap rokok nanti da lama2 nak try benda yang lain. benda kecik2 mcm ni lah kalau tak pandang dengan serius boleh jadi masalah besar n boleh rosak anak2 muda kita. kalau dulu kita bagi tau ngan mak n ayah yg kita kena rotan kat sekolah mau kena tambah lagi rotan. paling2 tidak pun kena marah n kena padan muka balik. dulu masa aku sekolah siap arwah bapak aku ckp ngan cikgu kalau aku nakal rotan n marahkan jer. zaman skrg ??

tapikan serius aku peliklah sbb mak bapak skrg mestilah pernah rasa apa yg dia rasa dulu. aku tulih nih pun bukan sajer2 jer. ada ceritanya actually. adalah org tuh (bukan aku ye) kena tangkap ngan polis negara jiran. walaupun ikut2 orang jer (kes ikut kawan tapi tak tau kawan nak buat jahat) tapi kena gak tangkap. merasa ko duduk lokap. kata2 pedas polis n pengalaman duduk kat lokap tuh buat org tuh insaf terus jadi budak baik n pelajar yang cemerlang. dah berjaya pun skrg nih. masa kena tuh ada mak bapak dia timang2 mcm budak2 kat atas nih? takde nya lah kena sedas lagi adalah. sayang kan anak tuh biarlah berpada2. topik nih pun dah jadi hangat kat fb berita harian online. tapi bila cerita mcm nih dah keluar kat paper sapa yg malu? mereka dan keluarga mereka!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat