|
depan hotel kat Madinah
|
Sambungan cerita kat
Madinah Part 1. Aku n akak aku amik keputusan utk tak pergi solat jumaat memandangkan kitaorg masih penat n nak bagi laluan pada mereka yang lebih afdal iaitu lelaki. tapi kan rugi rasanya tak pegi solat jumaat sbb kat malaysia mana ada perempuan g solat jumaat. teringin nak rasa sekali tapi aku cuma ada sehari jer jumaat kat Madinah. Lepas solat jumaat n lunch aku n group akak aku g Masjid Nabawi. nak solat zohor n tunggu solat asar. sejuk jer masjid nabawi nih. masa aku pegi asar pukul 3.30 petang, maghrib kul 7.20 malam, isyak kul 8.30 mlm, subuh kul 4.30 pagi n zohor kul 12.30 tghari. lepas asar aku balik hotel n akak aku pergi jalan2 kat kedai2 sekitar masjid nabawi. sekali aku mcm period plak. abih aku kena marah ngan akak aku sbb lupa makan ubat tahan period. nangis aku masih tuh. tapi sikit jer masa tuh n period aku bukan selalu betul kadang2 2-3 bulan aku tak dtg n kadang2 kalau dtg pun sehari jer. tuh yg aku serba salah nak makan ubat tuh takut kalau aku makan period plak.
|
inilah pintu 7 dekat jer ngan hotel
aku lebih kurang 50 meter
|
Akak aku plak plan nak pegi Raudah malam lepas isyak. mmg takde rezeki aku kot. so aku duduk dalam bilik n berdoa semoga period aku sekejap jer. masa dalam bilik hotel sorg2 boleh plak aku terlelap time2 maghrib. sedar2 jer ada org ketuk pintu bilik aku. rupa2nya akak yg hilang siang tadi (
yg aku cerita kat post nih). n dia hilang lagi. nasib baik dia jumpa dgn akak2 yang satu rombongan ngan aku. so akak2 tuh bawak balik akak nih ke bilik. dia siap nangis2 sbb tak jumpa akak aku n the geng. risau plak aku sbb mesti diorg tgh cari2 akak nih. last2 aku amik keputusan utk cari akak aku n the geng. tapi baru nak turun tekan pintu lif tetiba akak aku plak keluar dari lif. Allhamdulilah. mmg betul2 mengajar erti sabar kalau kita kat sini. tuh yg kita byk dgr org hilang tak jmp pintu n mcm2 lagi lah dugaan.
|
antara pintu masuk ke Masjid Nabawi. yang nih
pintu masuk utk jemaah lelaki
|
menurut cerita akak aku, akak nih mmg kat sebelah dia jer. tapi dia pegi pulangkan kerusi tanpa bagitahu akak aku bila nak cari semula akak aku dia dah confuse. puas juga akak aku cari. tapi akak aku yakin dia mesti dapat jumpa orang yg satu rombongan ngan kitaorg. n firasat akak aku betul. nasib baik akak aku sabar tak marah akak tuh. so akak aku proceed pegi ke Raudah. Alhamdulilah akak aku dapat pegi masuk. tapi akak aku ckp mmg susah nak masuk berebut2. akak aku masuk dengan jemaah dari Turki. suka aku tgk akak aku sbb first time dia g umrah dia tak dpt msk Raudah sbb dia period time tuh. dalam gembira2 tuh aku plak sedih sbb aku masih belum ada rezeki nak masuk Raudah. aku banyak doa moga2 period aku abis cepat.
Madinah hari ke dua - 11/6/2011 (Sabtu)
|
sekitar Madinah. Pemandangan dalam bas utk
perjalanan ziarah luaran
|
Alhamdulilah dgn kuasa Allah SWT dan doa2 daripada akak n kawan2 akak aku. akhirnya period aku berhenti. puas aku pastikan yg aku betul2 bersih. cecepat aku mandi wajib sbb nak solat subuh kat masjid nabawi. lepas solat subuh kena balik hotel utk breakfast n ustaz ketua rombongan dah igtkan utk kumpul kat lobby hotel pukul 6.30 pagi utk ziarah luaran di kota Madinah. pukul 6.30 pagi kat Arab Saudi nih sama mcm kat Turki. dah terang benderang mcm pukul 8 pagi kat Malaysia. Untuk ziarah luaran nih rombongan akan dibawa menaiki bas utk lawatan ke tempat2 bersejarah kat kota Madinah nih. untuk ziarah dalaman nih sorg ustaz dari Indonesia yg dah bermastautin kat Madinah nih yg bawak kitorg n bagi penerangan (mcm tourist guide juga lah).
|
depan Masjid Quba. yg paling tinggi tuh
aku ler ngeeeee
|
Untuk ziarah yang pertama, kitaorg dibawa ke Masjid Quba. n ustaz yg bawak tuh cuma bagi 30 minit jer utk buat solat sunat tahiyyatul masjid. sempat jugak aku buat sunat duha n sunat taubat kat masjid quba nih. selesai semua cecepat pegi cari bas. kat Madinah nih tak sempat nak amik picture sbb masa mmg tak mengizinkan. lagi ler masa kat sini byk bas konpius nak cari bas kitaorg. Masjid Quba nih adalah masjid pertama yang dibina dalam Islam. Masjid ni dibina sebaik saje Rasulullah s.a.w berhijrah dari Madinah dgn sahabat beliau iaitu Saidina Abu Bakar. Rasulullah s.a.w pernah bersabda iaitu maksudnya
"sesiapa yang berwuduk di rumahnya (penginapan) kemudian pergi bersolat di Masjid Quba, ia akan mendapat pahala satu umrah.".
|
Masjid Qiblatain or Masjid Dua Kiblat |
Lepas tuh kitaorg dibawa ke Masjid Qiblatain atau Masjid Dua Kiblat. tapi kat sini cuma tgk dari dalam bas jer. tak berhenti.
Masjid Qiblatain nih terletak di tengah2 perjalanan antara Uhud ngan Madinah. semasa Rasulullah s.a.w mula2 tiba di Madinah kiblat umat islam adalah menghala ke Baitulmuqadis iaitu menyerupai kiblat orang2 yahudi. mereka mengejek Rasullulah s.a.w dan umat islam dengan mengatakan Rasulullah mengeji orang yahudi tetapi bersolat mengikut kiblat orang yahudi. Rasulullah s.a.w kurang senang dgn ejekan ini dan berdoa kepada Allah semoga kiblat ditukarkan kepada Baitullah di Makkah. kira2 17 bulan selepas Hijrah turunlah ayat 144, surah al-Baqarah yg memerintahkan kiblat ditukarkan ke Kaabah. ayat ini diturnkan ketika Rasulullah s.a.w sedang bersolat zohor bersama-sama sahabat. selepas dua rakaat Rasulullah s.a.w terus berpaling diikuti oleh para sahabat utk menyempurnakan dua rakaat lagi (petikan daripada buku umrah n ziarah tiram travel).
|
ladang kurma |
|
kedai dalam ladang kurma
|
lepas tuh kitaorg dibawa pula ke ladang tamar. kat ladang tamar nih ada kedai yang jual bermacam2 jenis tamar. n tamar2 nih semua tamar dari mmg original dari Madinah. ada juga jual segala macam kacang2 n kismis2 serta coklat2. kat sini juga ada minum teh kurma n teh pudina free. tapi aku tak sempat nak minum. kat sini aku cuma beli coklat campur2 1 kg, kacang pistachio n gajus. sebab akhir lawatan nanti kitaorg akan dibawa ke pasar tamar n kat pasar tamar tuh lagi murah. masa nih tak sempat nak tukar duit saudi riyal. nasib baik kat Madinah nih mmg takde problem pasal currency. diorg boleh terima duit ringgit malaysia. cuma kita kena tau rate brp supaya tak kena tipu. tapi kan kalau kat madinah nih kita tak payahlah tawar-menawar sgt sbb kat madinah ada barakahnya.
|
ceklat kurma yg sodap ngeeeee
|
Lepas melawat2 dan membeli belah di ladang tamar, rombangan dibawa pula ke Bukit Uhud dan Perkuburan para Syuhada. Bukit Uhud nih terletak 5 km dari Masjid Nabawi. kalau kita igt masa belajar sejarah (i like subjek sejarah especially Tamadun Islam masa form 6 dulu) kat sini lah berlakunya perperangan yang dashyat antara orang2 Islam dan orang2 Musyrikin Mekah. Perperangan ini tercetus kerana orang2 musyrikin mekah nak balas dendam sbb diorg kalah masa perang badar. masa tuh tentera islam cuma 700 org kalau nak dibandingkan dengan tentera musyrikin yg seramai 3000 orang. dengan pertolongan Allah dan pimpinan yang kuat oleh Rasulullah s.a.w akhirnya tentera islam mencapai kejayaan. berdekatan dgn kawasan bukit uhud nih juga terdapat satu kawasan perkuburan para syuhada iaitu mereka yang telah terkorban masa perang uhud. kat sini juga jenazah bapa saudara Rasulullah iaitu Saidina Hamzah telah disemadikan. n ustaz yang bawa rombongan nih mengetuai bacaan doa di perkuburan para syuhada. sayu jer bila teringt perjuangan para2 syuhada nih.
|
kawasan sekitar bukit uhud
|
oleh kerana kamera aku telah mengalami kegagalan di istanbul, maka aku bergantung kepada akak aku utk amik gambar dari kamera beliau. malangnya akak aku nih baru jer belajar nak guna kamera hahahahah. byk gambar2 yg di amik bergetar. so ada gambar kat bukit uhud tuh yg takde muka aku semer bergetar. so tak dapek ler eden letak picture kat sini. lepas bukit uhud kitaorg dibawa pula ke kilang mencetak al-Quran. kat sini hanya orang lelaki jer dibenarkan masuk n orang perempuan hanya dapat pergi kat kedai kilang nih jer. orang lelaki yang masuk akan dapat seorang satu cenderahati berupa senaskah al-Quran. kat sini plak aku tak dpt amik picture sbb mcm aku cerita tadi aku bergantung ngan akak aku n akak aku ilang kemana (kes g toilet) n aku plak kat kedai kilang nih. kat sini aku beli 2 naskah al-Quran satu utk cenderahati diri sendiri n satu lagi untuk aku wakafkan utk arwah bapak aku, utk aku n mak aku kat Masjid Nabawi. mula aku tanya orang arab tuh harga dia 67 riyal n aku takde duit riyal sbb lom tukar lagi. akak aku kata tak payah beli sbb dia ada satu kat umah al-Quran dari Madinah. bila tgk airmata aku dah nak menitik terus akak aku tak sampai ati n pinjam duit ngan kengkawan dia. tapi aku g tanya pak arab tuh dia ckp RM67 plak n boleh guna duit ringgit. terus aku beli. tapi kawan akak aku ckp harga sbnr 67 riyal. takpelah aku kira halal n sedekah jerlah. lagipun 70% al-Quran yang dicetak adalah utk wakaf hanya 30% jer yang dijual. lepas tuh kitaorg dibawa pula ke pasar tamar kat madinah. tapi kat sini hanya diberi 45 minit jer. so mmg kelam kabut ler cari kedai yang tawarkan harga murah. nasib baik jumpa kedai yg agak murah. kedai nya kat dalam2 sikit. so mcm biasa tak dpt amik gambar sbb kena cepat. kat sini tak borong sgt tamar sbb memikirkan mcmana nak bawak balik kang kena bayar bag terlebih berat plak. byk beli kurma nabi jer kat sini. sbb kurma tuh susah nak dpt kat Malaysia n mahal. beli kacang2 lagi n kismis tuh jer. seb baik tuan kedai nih terima duit ringgit malaysia. so jgn risau kat sini pasal duit n pasal bahasa. mmg diorg dah terer ckp melayu. kalau kat sini tamar/kurma yang kita makan dalam kedai tuh kira halal tak payah bayar tapi kalau kita bawak keluar dari kedai kita kena bayar.
|
kawasan sekitar Madinah
|
dah kul 12 plak kena tido ler pagi nanti nak bangun sahur n pastu nak kena keje. nampak gayanya cerita kat Madinah nih akan disambung ke part 3 plak yer. plan arituh nak buat 2 part jer tapi nih jer dah panjang. actually byk lagi cerita yg aku nak cerita kat Madinah nih. out dulu. selamat berpuasa!
Comments
Post a Comment