Kenapa aku mencuri?

Kenapa Aku Mencuri
Aku tak mencuri lah. aku baru jer lepas tgk drama Kenapa aku Mencuri kat Astro Prima tadik. Best jugak cerita nih banyak pengajaran yg ada dalam drama nih. Zulhuzaimi nih bleh menang kot Anugerah Skrin taun depan.selalunya aku jarang nak layan cerita yg dah lebih pukul 10 malam nih. yelah Astro kan byk ulang2. so bebila boleh tgk kan. tapi tah mcm mana tadi boleh 'termelekat' plak dpn tv. mak n akak aku yg selalu rajin layan drama2 nih plak boleh tidur. 

Sinopsis nih aku petik dari program guide Astro. Kisah bermula ketika Pejal, Ajak, Sham dan Lan sedang kemaruk membelasah Zul sambil diperhatikan oleh Hamid. Sesekali Hamid akan membantu dengan melepaskan sedas dua penumbuk ke tubuh Zul tanpa belas kasihan. Keriuhan suara mereka membuatkan para penduduk kampung menghampiri dalam keadaan tertanya-tanya. Sebaik mendapat tahu Zul dipukul kerana mereka menangkapnya ketika sedang mencuri kambing, hampir semua penduduk kampung melempiaskan kemarahan masing-masing dengan menampar dan menumbuk Zul seorang demi seorang. Melihatkan Zul telah lembik dan tidak berdaya untuk berdiri lagi, Hamid lantas mengarahkan agar ‘budak-budak’nya mengikat tiga batang buluh di belakang tubuh zul bagi memaksanya berdiri. Setelah arahan itu dilaksanakan, Pejal lantas menyarankan agar Zul dihantar ke balai sahaja, namun Hamid masih belum selesai dengan Zul. Hamid mahu mengajar Zul secukup-cukupnya dan seterusnya menjadikan teladan kepada mereka yang lain agar jangan nak buat hal di kampung mereka. Hamid mahu tangan kiri Zul dipotong!

Yer betul nak dipotong tangan si Zul tuh. tapi tuh lah satu demi satu cerita terbongkar kenapa si Zul nih mencuri. jalan cerita drama nih pun best. ada kesinambungan antara satu cerita ke satu cerita. sangat memberi pengajaran drama nih. aku rekemen korg tgk drama nih Astro Prima kan byk ulang2. tapi yg takde Astro tuh tak dapek ler eden nak nolong. Kekadang kan sikap orang sekeliling yg buatkan seseorang itu jadi pencuri. yelah mcm drama nih. bila pikir2 betul gak. da terdesak sgt. sekolah plak sampai darjah 6 jer. duduk plak kat area kg. payah nak dpt kerja. ada kerja pun gaji tak seberapa. barang plak da mahal. family plak mmg miskin sgt sejak dari kecik2. sbb tuh tak abis sekolah. pastu asik kena hina jer. dah tuh umah pun sewa. tak bayar nak kena halau. cari keje tak dpt2. sedara plak takmo tolong. bila dpt keje cuci pinggan kena plak 'pau' ngan pengkid. nasib2. 

opsss aku da tercerita jalan cerita drama nih plak hehehee. endingnya? tgk sendiri kat Astro Prima yer. hehehe.

tapi apa2 pun mencuri bukan satu jalan penyelesaian. banyak lagi alternative lain yg boleh dicari. mencuri itu berdosa. lagilah duit hasil curi tuh bagi makan kat anak bini or mak ke. makan benda haram tuh. lagi satu yg tak boleh blah alasan org jadi GRO or pelacur. sbb susah nak dpt duit n kerja. dah ko tuh memilih kerja sgt. kerja nak senang pastu gaji nak besar. makcik cleaner kat opis aku dah tua2 still turun naik tangga nak cari rezeki yg halal. kesian tgk dia. byk kerja halal yg kita boleh dpt. Insya Allah. tapi kalau jalan mudah yg ko pilih nak buek camano. tuh antara ko ngan Allah jer lah yer. sapo lah aku nak men'judge'.

Comments

  1. Nk tnye..tau x tajuk lagu siti yang ada dlm cite nih...

    ReplyDelete
  2. saya pun tgh cari tajuk lagu tuh. kena tgk balik drama nih n tgk kredit di penghujung cerita tuh

    ReplyDelete
  3. kt kredit pun x tulis tajuk lagu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Seoul Garden kat Rumah