|
Pulut Panggang! |
Kali nih aku nak share resepi pulut panggang yang aku dapat masa baca blog orang. masa kecik2 dulu arwah bapak aku selalu beli pulut panggang kat satu gerai pasar tani kat jb nih. masa tuh pasar tani masih kat tempat letak kereta Wisma Persekutuaan sebelum diorg pindah ke tempat letak kereta stadium larkin tuh. kat gerai tuh lah satu2nya yang jual pulut panggang inti serunding ikan. mmg marvellous gila pulut panggang tuh. bila dah tua bangka nih tetiba terigt balik kesedapan pulut panggang nih. nak cari mmg susah sbb kebanyakan pulut panggang kat jb nih inti serunding kelapa. sekali tuh ada lah plak aku terbaca blog resepi pulut panggang inti serunding ikan. rupanya2 pulut panggang nih pulut panggang terengganu yang dikenali Pulut Lepa. so apa lagi ahad lepas aku try lah buat pulut panggang nih. wahhh allhamdulilah jadi pulut panggang aku. ada lah rasa sikit2 mcm aku makan masa kecik2 dulu. kalau korg nak try buat Pulut Lepa nih boleh klik kat
sini. aku jamin resepi nih mmg resepi yang sodapppp sgt. hehehe
|
serunding ikan yang telah siap. boleh makan ngan nasi. sodap! |
|
sedia dibungkus. pulut panggang aku besar2 mmg padan ngan saiz
badan tukang masaknya. hehehe |
Tahun baru nih aku rasa aku nak buat hobi baru lah. hobi memasak. nak try resepi2 baru yg aku tak pernah masak. mana tau ada rezeki aku jadi peserta masterchef malaysia musim kedua. hahahahah. minggu nih mcm nak try masak mee udang lah heheh. belum pernah test lagi nih.
Comments
Post a Comment