Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain
kampung mak aku kat Benut, Pontian |
Firstly nak congrats kat M. Nasir, Budi Hekayat n Hafiz sbb menang AJL ke 26. mmg diorg deserved to win. pada sapa2 yg tak setuju tuh sila hayati lagu awan nano tuh bebetul. sgt touching ok. sedih pun ada dgn lirik dia yg sgt meaningful tuh. Hafiz pun deserved to win best vocal. aku tak nampak kat mana dia kepit vokal dia tuh.
so mcm mana weekend korg? ada yg cuti seminggu dari chinese new year mesti malas nak pegi keje kan? smlm ujung minggu aku pegi jalan-jalan ke pontian n benut. sajer jer bawak mak aku pegi tgk kg tempat tumpah darah dia. kat kg mak aku da takde sapa2 dah. tinggal pakcik aku 2 orang yang masih bujang. pepagi lagi dah keluar. mula2 pegi breakfast kat pontian dulu baru proceed ke benut. selagi exora abg aku belum jual lagi boleh lah guna g jalan2 hehehe. kalau tak, nak pegi mana2 kena pakai 2 kereta. bila balik kg nih rasa mcm sunyi jer sbb da takde sapa2. sekitar kg tuh pun sunyi. satu rumah ke satu rumah jauh2 plak tuh. yelah org2 tua kebanyakkan dah takde. yang tinggal anak2 jer. itu pun ramai dah berhijrah ke bandar2 besar kat malaysia nih. so mmg sunyi lah kg.
cerita pasal balik kg nih masa aku kecik2 dulu aku paling suka makan kat sini. ntahlah rasa nasi kat sini mmg lain dari yang lain lah. masih lagi terasa keenakkan nasi panas n lauk daging kicap. lauk tuh mesti ada. nak tau kenapa sedap? sedap sbb nasi n lauk2 tuh dimasak guna dapur kayu. bau2 kayu tuh naik. dulu sebelum balik kg mak aku nih, arwah ayah aku mesti singgah kat pasar batu 5 tampoi (skrg da takde) beli daging nak bawak balik kampung. pastu baru balik kg lalu jalan lama. masa tuh highway belum ada lagi. punya lah lama nak sampai kg. mau 2 jam lebih baru sampai. tapi skrg nih kalau lalu highway or lalu jalan pontian tak sampai 1 jam dah sampai.
skrg nih bila tgk kg mcm sedih plak. sbb byk kenangan mcm mana meriahnya masa semua orang masih ada. bila balik harituh dgr sayup2 radio yg pakcik aku pasang. lagu lama plak tuh. terus terimbas balik memori2 lama. terigt arwah ayah aku bawak kambing balik JB. nak tau kenapa? sbb anak dia yg bongsu rasa kambing tuh sgt cute. sbb tuh dia nak bawak balik buat jadi binatang kesayangan. sayu betul lah bila igt balik.
cepat betul kan masa berlalu. rasa mcm baru jer aku jadi budak2. taun nih naik lagi umur aku. tak tau lah bila aku da tua nanti mcm mana. mesti kesunyian kan? at least mak aku ada gak anak2, menantu2, cucu2 n cicit2. aku?
Comments
Post a Comment