Walaupun pahit ku telan jua

Lama betul tak update blog nih. kalau update pun bukan ada org nak baca pun kan? kalau takde org yg baca ngape aku tulis lagi ek? org baca ke takde org baca ke peduli apa aku nak tulis gak. actually aku takde mood nak menulis. mcm2 skrg nih ada dalam kepala otak aku. pasal kerja mmg yang paling top sekali lah. no wonder result aku tak berapa baik masa pegi check up kat Klinik Pakar Hospital Sultanah Aminah khamis yang lepas. mmg down sgt2 bila doktor pakar bagitau result blood test n urine test aku. pastu blood pressure aku plak naik. nyaris2 nak kena admitted. next appointment adalah ujung bulan nih. doktor suruh aku jumpa pakar endokrin. 

actually aku plan nak amik time leave jer bila appointment2 kat klinik pakar nih. sbb spital nih dekat lah jugak ngan opis aku n aku ada berderet2 lagi appointment nak pegi dari bulan nih sampai lah bulan 4 nanti. so kiranya lepas 2-3 jam aku keluar boleh lah masuk opis balik n kerja. appointment aku ada yg pukul 10, pukul 11 n aku berkorban naik teksi sbb aku boleh kuar lewat sikit so tak payah nak pikir2 cari parking yg susah tuh. tapikan rupanya bos aku tak happy. muka dia mcm marah jer bila nampak aku balik pukul 2 harituh. tanya ngan aku pun tak. selalu tanya2 gak camner condition aku. rupanya mmg dia tak suka staff dia cuti. staff office lain yg cuti sbb antar anak dia pegi sekolah pun dia wat reaksi yg mcm b!*$#(t. 

yelah esok budak baru nak msk. ada skill communication plak tuh. actually aku tak berapa suka ngan assistant baru aku nih. tapi aku tak boleh menghakimi buku melalui kulitnya kan? cara aku nih mcm takut pada bayang2 sendiri plak. dan ini yang menambah stress aku skrg. 

Actually aku da bosan nak keje sini. aku cuti bukan saje2 jer. dah tentu aku sakit. aku tak ske cara bos aku nih. mcm kacang lupakan kulit. sudah dpt gading bertuah tanduk tidak berguna lagi. mcm tuh lah aku ngan akak yg paling senior dalam opis aku rasa. sbb aku ngan dia yg paling lama keje. bila ada staff baru msk yg dia suka abis semua kerja bagi kat budak tuh. yg budak lama tertanya2. mmg lah mcm menyenangkan kerja tapi kalau kerja yg kita selesaikan n kita suruh dia cek tapi dia pulangkan balik kat staff baru, ko tak terasa ke? sure terasakan. terasa mcm kita nih tak diperlukan lagi. bila staff baru tuh berhenti baru lah terhegeh2 cari kita balik. baik2 ngan kita balik tapi sebelum tuh nak ckp ngan kita pun mcm marah2 n pressure habis-habisan. bila pikir balik ngape aku masih setia kerja kat sini? rasa macam orang bodoh pun ada. kena maki, kena jerit n macam2 lagi lah. setia sgt aku nih. 

aku kesian ngan akak paling senior dalam opis aku. bila dia nak cuti jer mesti ada problem. padahal dia jarang amik cuti. dalam akta buruh pun ada kata kitaorg nih berhak dpt cuti 16 hari. tapi susah ckp ngan org yg dalam bidang undang-undang nih. bila kita ckp dikata kita nih berkira. tapi sebenarnya sapa yang berkira? aku pernah kena jerit n tengking sbb cuti nih. tuh sbb aku mmg phobia pasal cuti nih. nasib baik aku dpt cuti nak pegi umrah harituh. kalau tak dpt mmg skrg nih aku dah tak kerja kat sana. aku da nekad masa tuh kalau dia tak bagi aku nak berhenti. 

panjang lebar entry blog aku kali nih kan. aku tak takut ke kalau bos baca blog aku nih. or ada mana2 spy yg baca n bagitau bos aku nanti? aku dah tak peduli lah. biarlah. aku da penat sgt. biarlah takdir jer yang menentukan. aku da penat... sgt, sgt, sgt penat....

sesuatu yang berlaku tuh pasti ada hikmahnya Wallahu a'lam


Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat