Skrg nih mcm cepat jer masa berlalu kan? rasanya mcm baru jer msk hari isnin. sekali eh dah hari jumaat!. bila masa cepat berlalu nih secara tak langsung pun rasa mcm cepat tua hehehe. apa2 pun mmg kita dah ditakdirkan untuk jadi tua kan? kalau tak tua pun maybe umur tak panjang. meninggal muda. pada pendapat aku lah orang yg tua dengan kedut2 kat muka tuh adalah orang paling cantik sekali daripada orang tua yg pakai botox pastu muka bengkak mcm kena sengat tebuan. cuba cermin muka tuh buruk ok. muka pun mcm da serupa kucing. apa salahnya kekalkan apa yg Allah dah bagi seiring dengan usia? ok lah tutup bab nih. Aku bila tiba hari sabtu jer mesti memikir nak masak apa. cos selalunya hari sabtu akak n abg aku ada yg dtg nak melawat2 mak aku merangkap mak diorg gak heheh. kekadang rasa mcm fed up gak nak masak. tapi mcm tak best kan orang datang tak masak. tak sampai hati. lagipun aku mmg suka masak (hahahaha) testing2 resepi baru hehehe
|
baked cheese potato lagi! ini bukan resepi baru |
aku tak tau kenapa aku obses ngan kentang. kalau boleh hari2 nak makan kentang. sejak aku sakit 3 minggu lepas aku mcm kurang selera makan. kalau dulu walaupun aku dah breakfast kat rumah mesti aku dok cari breakfast kat office sbb katanya tak tahan tunggu tghari. tapi sejak2 nih kekadang tuh aku cuma makan murtabak yg kecik2 tuh n karipap dalam 2-3 ketul terus tahan sampai tghari. itupun takde selera gak nak makan tgh hari. tidur aku pun sekarang dah kurang. susah aku nak tidur malam. dgn tekak gatal asik batuk2 je pastu campur ngan hidung aku yg sakit sbb alergeic ngan sejuk n habuk belum campur ngan panas lagi. mata aku pun dah naik lebam dah nih sbb kurang tidur. kenapa ek? dah tak lama kot aku nih. kadang2 aku rasa takut nak tidur dalam gelap rasa mcm sesak nafas jer. aku skrg nih tidur bilik sebelah sbb kalau tidur bilik aku jawabnya sampai ke pagi aku tak tidur. tuh yg skrg nih aku dok layan euro jer sbb aku tak leh tidur. kekadang tuh aku rasa risau sgt n hati aku rasa sedih rasa mcm nak nangis jer. kenapa ek? tolonglah sapa2 yg bijak pandai bagi pendapat camner nak menangani masalah insomnia aku nih. aku rasa mcm da tak sihat jer nih sbb kurang tidur mesti darah aku dah naik nih... :(((((
|
walaupun nampak mcm errr tapi tuh adalah kentang yer.
Rosemary roasted chicken stuffed with potato! |
eh lupa plak nak masukkan gambo lawan kentang tuh. lawanya mcm biasa ler Rosemary Roasted Chicken stuffed with potato. akak2 aku ckp kureng sikit ayam aku nih. tawar. yelah pesakit darah tinggi yg masak mesti lah tawar jer. sorry lah aku da tak reti makan masin2 nih. n aku plak lupa aku masak bukan utk aku sorg je makan tapi orang lain juga.
Comments
Post a Comment