Posts

Showing posts from November, 2012

Disebalik awan yang mendung, terdapat matahari yang menyinar...

Image
Smile, Mommy! Hehehe mood tgk drama korea kembali lagi. Walaupun drama nih dah pernah keluar kat ONEHD dulu tapi aku tak sempat nak tgk lah. kira aku mcm lambat lah. baru nak tgk drama nih. tapi dalam banyak2 drama korea aku paling suka yang nih. sbbnya alah drama korea mcm korg tak tau kalau takde isteri kena tinggal suami sbb ada pompuan lain mmg tak sah kan. tapi dalam drama korea nih isteri yg kena cerai tuh sgt pendendam orgnya. i like! apekah like org yg suka berdendam???? bukan dendam apa kalau dah teraniya mcm tuh takkan nak duduk diam jer kan biar org pijak kepala. aku suka Kang Shin Young jadi 'pendendam' ekekeke. apa2 pun suka ayat Bae Yun Woo ckp kat Shin Young "Disebalik awan yang mendung, terdapat matahari yang menyinar"  huhuhu nasib baik ada Astro-On-The-Go. Tgh mandi pun boleh tgk drama nih wakakakaka

Bila kulit lupakan kacang...

Image
Aku masih sayang ko lagi En. Nokia. tapi kenapa sejak akhir-akhir ni En. Nokia buat saya geram ngan En. Nokia? Puas dah saya belai2 kamu En. Nokia. Tapi kamu tetap slow n lembab. sampai saya terpaksa baling2 kamu En. Nokia. Tapi nasib baik En. Nokia nih mmg gagah kalau dibaling ke dinding atau jatuh atas jalan masih berfungsi dgn baik. tapi sejak akhir2 nih En. Nokia sgt slow. kenapa asyik kejung je? antar msg pun mcm tak hantar tapi padahal dah antar. nak transfer gambar pun sgtlah susah. En. Nokia tahu kan saya byk gunakan En. Nokia bagi mengantikan kamera saya itu. takpelah En. Nokia mesti En. Nokia dah bosan dpt tuan macam saya. saya berharap agar En. Nokia dpt bertahan ye sampai boyfren baru saya En. Apple dtg. wakakkaka oiii bila lah iPhone 5 nak kuar kat Malaysia ni!!! jenuh aku tunggu!

Senja nan indah

Image
kalau cuaca baik pemandangan nih lah yg jadi lukisan alam tiap2 hari aku balik kerja.

Heeeeee

Image
Yang mana satu ek? yang ini ke? or yang ini? apa-apa pun pilihan telah dibuat. tak sabar tunggu beg nih sampai hihihihi suka tgk handbag kat website Reebonz . tapi aduhai mahalnyaaaa

Masterchef pulak!

Image
Boleh dikatakan aku nih peminat rancangan Masterchef. tak kiralah Masterchef Malaysia ke, Australia ke or US ke. Tapi aku paling suka Junior Masterhef Australia n pada pendapat aku daripada rancangan nyanyi utk budak-budak yg katanya mengisi masa lapang budak2 cuti sekolah, lebih baik diorg buat rancangan Junior Masterchef nih. lagi banyak faedahnya. lebih byk ilmu drpd menyanyi. memasak pun boleh kaya dikkk. kalau tgk program tuh mmg kagum betul ngan budak2 tuh. pandai betul memasak. masak yg pelik2 pun diorg boleh buat.  aku bukan nak cerita pasal Masterchef kat obersea tuh tapi aku komen pasal Masterchef Malaysia. bukan nak komen pasal peserta or chef juri2 tuh tapi nak komen pasal peminat Masterchef Malaysia kat Facebook tuh. Mmg lah org kata hak masing2 kan nak komen apa yg dia suka komen. tapi kalau komen bab2 rupa nih yg aku nyampah sikit nih. takkan nak masak kena tgk rupa kot. dah Allah bagi rupa dia mcm tuh mana boleh nak menghina makhluk ciptaan Allah. pastu yg ak

Resepi: Mee Bandung Muo

Image
Adehh lapar plak Kali ni aku nak share resepi mee rebus plak. resepi nih aku dapat dari Johor tourism council. cuba jgn tak cuba sbb resepi nih gerenti sodap! Bahan-bahan 1kg Mee Kuning 10 tangkai cili kering 1 biji bawang merah 1/2 cawan udang kering, direbus dengan secawan air 1/2 cawan udang hidup 1 cawan daging rebus (dipotong nipis) sawi (ikut suka) kobis (ikut suka. hiris kasar) 1/4 - 1 cawan gula pasir 3 - 4 cawan air rebusan daging 1 sudu cawan sos tiram telur ayam garam secukup rasa minyak untuk menumis lain-lain perencah - daging ayam, fishball, sotong, bunga kobis, hati rebus - ikut suka daun sadri dan daun bawang - ikut suka. hiris. Cara: Kisarkan cili kering, udang kering & air rebusnya, gula, bawang putih & bawang merah. pijarkan minya dalam kuali tumiskan bahan-bahan yang dikisar. jgn sampai garing masukkan sos tiram masukkan udang, daging rebus. masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. biar sehingga pekat. Cara meng

Minggu letih!

Image
Dah lama tak menaip. kalau ada post pun tuh semua draft yg aku dah buat berbulan lamanya. Sekarang nih malas betul nak menaip. Sbb dari pagi sampai petang aku menaip kat opis so mmg bila balik rumah mmg mcm nak muntah tgk keyboard laptop nih. lagi satu aku cepat letih skrg nih. kalau balik rumah tuh rasa mcm lesu satu badan.  So mmg lepas mandi n solat katil lah destinasi aku seterusnya. hari nih dpt menaip pun sbb Johor public holiday, birthday Sultan. Sayang betul esok jumaat. Satu hari aje. Kalau lah cuti aku byk, dah tentu aku amik cuti esok. Tapi hari isnin aku da amik cuti. Byk urusan nak kena buat. Ada appointment kat Klinik Pakar HSA, nak amik passport yg aku renew secara online semalam n pegi bayar hutang lapuk kat Celcom. Igtkan nak pegi Legoland. Tapi tgklah kalau sempat.  Selasa lepas hospital telefon aku tapi tak sempat angkat sbb tgh discuss ngan boss aku. Bila tgk nombor aku buat bodoh. Sbb aku kalau nombor tak kenal mmg aku buat bodoh n kadang2 mmg tak angkat l

Online Shopping 2

Image
ngeeeeee Selain daripada perfume and handbag, satu lagi benda yg aku suka beli secara dalam talian atau dalam bahasa inggerisnya online adalah tudung!. aku ni bukan suka guna tudung2 yg ada owning2 tuh yg ramai org pakai skrg nih. aku masih guna old style, tudung bawal. tapi bukan tudung bawal yg ada sulam2 tepi tuh. skrg nih mmg susah betul nak cari tudung bawal. kalau aku pegi mana2 jer tempat jual tudung kat JB nih mmg payah lah nak dpt tudung bawal yg murah n menarik. yg banyak tudung yg org pakai skrg nih aku panggil tudung yg ada owning (betul ke idak istilah aku nih ek?) aku da try juga guna tudung ada tuh tapi mmg tak sesuai ngan muka aku yg lebar nih. so nak tak nak guna ler tudung bawal aku yg dah bertahun2 tak berganti.nak dijadikan cerita aku ada baca satu blog lah yg ada sorg personaliti nih jual tudung bawal. wahh excited aku sbb bukan senang nak dpt tudung bawal n murah plak tuh. aku try lah antar msg tapi nan hado berbalas. 2-3 hari gak lah sampai aku tulis kat wal

Wishlist edisi Jalan-jalan

Image
kenangan 2011 Selain dari kota Makkah Al-Mukaramah dan kota Madinah Al-Munawarah, tempat yg aku teringin nak pegi lagi ialah Turki. Teringin sgt nak explore negara tuh especially kat Istanbul. masa aku pegi tahun 2011 aku cuma pegi untuk 3 hari 2 malam which is mmg tak cukup lah nak explore keseluruhan Istanbul n byk tempat yg aku tak sempat pegi. lagipun tujuaan utama masa tuh nak pegi Umrah n Istanbul tuh sekadar persinggahan sekejap sebelum menuju ke kota suci Makkah n Madinah.  tapikan kalau aku nak pegi sini lagi kalau lah aku ditemukan ngan jodoh yg baik hehehe aku nak honeymoon kat sini hahahaha nak duduk hotel yg dekat sebelah Sea of Marmara wakakakaka. mcm best jer dok hotel tuh. sbnrnya kota Istanbul nih kota yg agak romantik jugak hehehe. tak caya cuba tgk movie Istanbul aku Datang tuh hehehe lagipun dah janji ngan pakcik nih nak makan aiskirm turki yg famous itu. tak sempat nak merasa harituh huhuhu iyerlah tuh.. bukan aku da seronok sebagai seorang sing

Akibat terlebih tgk drama korea...

Image
bbq ala korea hahahaha Tuhlah kalau dah terlebih tgk drama korea buat bbq sendiri kat ruang tamu umah buat atas meja kopi n siap duduk atas lantai lagi mcm cerita korea tuh ekekeke. last week sempena birthday budak kecik bernama ayip tuh kitaorg buat lah makan2. kali nih lain sikit. buat makan bbq ala-ala korea. yelah nak makan kat steamboat n bbq kan mahal. satu kepala dah brp RM kan. kalau buat sendiri jimat sikit. cuma kena kuar modal beli dapur elektrik tuh lah. pastu mcm ayam or daging tuh baru berapa modal n boleh makan ramai2 satu family lagi siap tak habis boleh buat 2-3 kali bbq bila time bosan2. antara bahan2 perapan hehehe Kali nih besday boy sgt happy sbb dpt celebrate birthday dia 2x! sekali masa kat sekolah n yg kedua kat umah. kali nih tak buat besar2. cuma buat biasa2 jer. tak larat nak wat besar2 panggil kengkawan dia n mak dia. penat oooo nanti bila dah abis event aku jugak yg kena kemaskan ehehe. besday boy ngan kek yg salah eja  nama n salah tarik

Wishlist 3.0

Image
yang mana satu idaman kalbu?? Nokia Lumia 900? atau iPhone 5? or Samsung Galaxy S3?? Galaxy Note 2 tak msk dalam senarai sbb terlalu besar. payah nak pegang lagi2 masa memandu? hihihi jgn bertelefon ketika memandu! bahaya!. ok actually aku tgh angau nak tukar handphone baru. Skrg nih aku pakai Nokia N8 yg dah 2 tahun aku pakai. Skrg nih N8 aku asyik hang jer. kalau bab sms tu mmg payah nak keluar. kena hang dulu handphone tuh baru boleh keluar. kekadang buat aku naik geram jer. maybe dah 2 tahun n memori pun dah low kot handphone tuh. yelah gambar kat dalam tuh pun ada beribu2 tak delete. belum lagi msg sms yg aku tak pernah delete sejak beli handphone tuh. byk berjasa Nokia N8 aku nih. paling aku suka ialah kameranya sbb 12 megapixel. so kira photo Nokia N8 mmg superb berbanding hp lain. n aku mmg dah tak bawak kamera bila pegi mana2. guna kamera N8 aku jer. skrg nih kan byk smart phone yg keluar kan. lagi2 akak aku plak dah tukar handphone zaman tok kaduk dia tuh kepada Galaxy

Salam Maal Hijrah 1434 Hijrah

Image
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1434 Hijrah

Online shopping

Image
Sampai dah parcel aku Skrg nih aku cam gila sikit ngan online shopping nih. sampai ke Body Shop pun aku beli online padahal kedai Body Shop tuh tak jauh je dari umah aku. 3 km dah sampai kat Jusco/Aeon Tmn U tuh. Bukan takmo beli kat kedai dia terus cuma kalau beli secara online dia ada best deal lah kiranya. murah sikit kalau beli kat kedai terus. kalau beli perfume online nih susah sikit sbb tak boleh nak bau kan. tapi kalau Body Shop nih aku beli bau yg aku dah biasa pakai. aku pakai body shop jer. tak mampu pakai yg mahal2 huhuhu. fav. aku kalau kat Body Shop Lagi satu kalau online nih aku ske tgk online shop yg jual2 handbag. tapi korg baik2 jgn sampai tertipu. kena tgk website tuh juga. last week aku adalah berkenan ngan satu sling bag nih. brand Calvin Klein. susah betul nak cari sling bag yg besar sikit yg boleh msk iPad aku nih. masa aku bukak website HiShop  adalah sling bag yg aku berkenan. tapi masa tuh aku tangguh dulu nak beli dok tunggu kat online shoppi

Happy 4th Birthday...

Image
♥  MUHAMMAD ARIFF  ♥ Kejap jer dah 4 tahun. rasa baru semalam jer ayip lahir. ayiplah baby pertama yang berusia 3 hari yg cikda berani pegang. sebelum nih anak2 saudara yg lain kalau baru lahir tak berani cikda nak pegang akibat pengalaman masa umur 19 tahun pegang abg amad sampai menangis tak berhenti. 3 hari cikda n tok jaga ayip masa tuh. time tuh lah cikda rasa satu perasaan yg tak dpt digambarkan meresap dalam jiwa cikda bila pegang n dodoi ayip. cikda pernah menangis sbb terlalu rindukan ayip. tapi skrg hari2 cikda nampak ayip depan mata. Cikda doakan semoga ayip membesar jadi anak yg soleh. semoga apa yg adik cita-cita kan nak jadi 'Doktor Thafiz' menjadi kenyataan. cikda syg ayip sgt2! ♥ ♥ ♥ satu kemahiran ayip ialah menghafal. zikir kesukaan dia nih.

Gumbira or Kechiwa??

Image
amacam? Igt tak aku ada post pasal aku n akak pegi  audition money drop  nih masa kat JB? skrg nih season season 2 baru jer start 2 minggu yg lepas kat Astro 104 or 134 Mustika HD.  mula2 tuh takde lah harap sgt lepas audition kat JB tuh mcm aku cerita dalam post yg lepas. aku mmg nak settle cepat sbb da lapar nak breakfast n pegi PC Fair. tapi lepas plak pegi 2nd round punya ujibakat. lepas audition tuh diorg ada lah kasi satu tarikh if kalau diorg tak contact lepas tarikh tuh mmg tak dpt lah. mmg tak harap sgt sbb ramai lagi org yg lepas ke stage 2 audition walaupun lepas kitaorg audition stage 2 tuh diorg ada mcm kasi bunga2/harapan kat kitaorg. so bila tiba harinya yg diorg ckp nak contact tuh aku rasa mcm berdebar2 n seram sejuk jer kat umah n asik tgk hp. wakakkaakak kata tak harap tapi berdebar2 gak. bila da ptg tuh mmg aku rasa maybe takde rezeki kot. sekali masa aku goreng ikan bilis n bawang nak wat lauk tetiba dpt phone call. tgk no akak aku yg naik. masa tuh dah berd

Selamat Hari Lahir yg ke 4!

Image
Happy Birthday Zakwan! berapa lapis baju wan pakai tuh?? *gambar dicilok dari FB akak ipar aku Selamat Hari Lahir Zakwan! Cikda doakan Zakwan semoga sentiasa sihat dan membesar jadi anak yg soleh dan taat kepada keluarga. Insya Allah.. aminnn   This year tak dpt lah sambut birthday ngan ayip mcm selalu sbb Zakwan berada beribu2 batu jauh dari kitaorg. Zakwan nih anak kepada abg aku merangkap anak saudara aku yg ke 22. baby tahun 2008 n tahun tuh mak aku dpt 3 org cucu n 1 org cicit. meriah kan? ♥  Luv my Family  ♥

Cuti-cuti

Image
tetiba meleleh air liur tgk iklan nih Haishhh geram betul aku tgk iklan kat atas nih. bila aku da booking tiket utk 2 trip cuti2 tahun depan boleh plak dia kuarkan iklan nih. ada satu destination kat dalam list dalam gambar tuh yg patutnya aku plan nak pegi tahun depan. tapi disebabkan tahun nih aku dah amik cuti banyak, pastu masa taun 2011 aku da amik cuti 14 hari so terpaksa lah postpone pegi ke destinasi tersebut bawak ke tahun 2014. patutnya aku plan nak pegi masa cuti sekolah bulan 3 2013. mmg target nak pegi time Spring kira cuaca masa tuh sedang2 tak panas tak sejuk sure sodap aje jalan. tapi memandangkan aku susah nak cuti so kira kansel lah. tahun depan. boleh plak kuar iklan nih. adoii rasa mcm nak menjerit jer sbb rate dia murah gila kalau nak dibandingkan time takde sale or time sale yg sempoi2 gitu. mintak2 lah taun 2014 dia wat sale mcm nih lagi. tapi skrg nih aku igt nak g time winter lah. bila lagi nak main salji kan? Next year ada dua trip yg lite2 gitu. cuti

Medini Mall

Image
sunset @ Medini Mall, Nusajaya Medini Mall nih actually terletak berdepan dengan Legoland Malaysia. Kat sini ada bermacam2 kedai n restoran. so kalau rasa Legoland mahal nak makan boleh lah pegi sini. ada KFC, burger king n kisok2 yg jual kudap-kudapan. Lepas jer balik dari makan kat Seoul Garden tuh kitaorg melencong kat sini plak. bawak akak n abg ipar aku serta anak2 dia pegi tgk sekitar Legoland nih. masa tuh mmg keadaan tgh panas mcm gambar kat atas nih. n masa tuh public holiday kan. mmg ramai org sgt2. fuhhh dgn panas lagi. mmg tak kuasa aku nak pegi time2 mcm tuh.  Medini Mall @ Nusajaya ayip yg main lari2 kat sini kiosk2 kat kat Medini Mall besar gila kipas. terus terbayang cerita final destination

Akhirnya!

Image
nyum! nyum! Hajat aku nak makan kat Seoul Garden tercapai juga. hihihi. mekasih kat akak aku sbb belanja aku makan kat sini. Lepas balik dari JPO hari sabtu masa cuti Hari Raya Haji tetiba akak aku ajak makan kat Seoul Garden ngan 2 org anak2 saudara aku n ayip sekali. so apa lagi org nak belanja kan tadah jer lah perut nih hihihi. aku pegi Seoul Garden kat KSL City, JB. tapi aku tak berapa suka shopping complex nih. ramai org sgt ngan parking yg complicated. sorry lah kalau nak pegi lagi bawak kereta myvi manual aku tuh mmg angkat tangan lah. mau kereta aku undur belakang balik nak2 kat parking dia yg tinggi tuh. seb baik pegi harituh kakak aku bawak kereta dia. huhuhu. soup yg kitaorg amik nih sup kimchi yg tak berapa nak pedas. kira ok lah. sodap n kenyang. 2 jam gak duduk kat situ ekekekeke budak yg tak reti diam apa2 pun kalau nak pegi lagi seoul garden nak pegi yg kat city square or org lain yg drive yg semestinya bukan aku. suka kat Persada Johor punya parking sgt j

Sorry mak, lain kali org tak buat lagi. hihihi

Image
senja Smlm balik aku lalu jalan yg mak aku paling tak suka kalau aku ikut jalan tuh. sebab musabab aku lalu situ adalah disebabkan keadaan jalan yg sgt jem kat jalan skudai. jalan dah 6 lorong n ada flyover disetiap persimpangan pun tetap jugak jem ek ko jalan skudai. so bila aku nampak kereta mmg dah berhenti kat flyover kat taman tasik menuju ke jalan skudai aku pun apa lagi teruslah melencong msk coastal highway nih menuju ke Nusajaya. sapa2 nak g Legoland boleh ikut jalan nih. sgt senang. masa aku lalu situ dah pukul 6.28 petang n hari pun mmg dah nak gelap. maghrib pun awal kan. so mmg aku teragak2 lah nak lalu ke tidak. kat Bukit Indah Interchange dua hari sebelum tuh aku mmg nak balik lalu sini tapi disebabkan aku tgk jam aku lagi 5 minit pukul tujuh n hari dah gelap so aku cancel ler lalu situ n masa masuk highway 2nd link aku terus exit ke Perling lalu jalan skudai yg jem tuh balik hihihihi. tapi smlm aku nekad sbb aku tgk jam aku baru pukul 6.40 ptg masa aku exit

Sedapnya kalau aku rajin

Image
mula2 camnih pastu camnih hasilnya... kek yg panas2 mode: tgh lapar di malam buta!