Sorry mak, lain kali org tak buat lagi. hihihi

senja
Smlm balik aku lalu jalan yg mak aku paling tak suka kalau aku ikut jalan tuh. sebab musabab aku lalu situ adalah disebabkan keadaan jalan yg sgt jem kat jalan skudai. jalan dah 6 lorong n ada flyover disetiap persimpangan pun tetap jugak jem ek ko jalan skudai. so bila aku nampak kereta mmg dah berhenti kat flyover kat taman tasik menuju ke jalan skudai aku pun apa lagi teruslah melencong msk coastal highway nih menuju ke Nusajaya. sapa2 nak g Legoland boleh ikut jalan nih. sgt senang. masa aku lalu situ dah pukul 6.28 petang n hari pun mmg dah nak gelap. maghrib pun awal kan. so mmg aku teragak2 lah nak lalu ke tidak.

kat Bukit Indah Interchange
dua hari sebelum tuh aku mmg nak balik lalu sini tapi disebabkan aku tgk jam aku lagi 5 minit pukul tujuh n hari dah gelap so aku cancel ler lalu situ n masa masuk highway 2nd link aku terus exit ke Perling lalu jalan skudai yg jem tuh balik hihihihi. tapi smlm aku nekad sbb aku tgk jam aku baru pukul 6.40 ptg masa aku exit coastal highway kat Horizon Hill n nak masuk highway 2nd link pulak. kira aku nekad jer lah lalu jalan 'belakang' tuh walaupun hari mmg dah makin gelap.

nak tau nape mak aku risau sgt aku lalu situ. 1st dia ckp aku perempuan. bawak sorg plak tuh bahaya lalu jalan tuh. jalan yg mak aku maksudkan tuh jalan ulu choh - gelang patah. jalan nih aku lalu lepas aku exit dari 2nd link. apa yg buatkan jalan nih scary n creepy ialah bila jer lepas setia eco-park tuh yg ko akan nampak kiri kanan hanyalah hutan2, kebun kelapa sawit, kebun durian n kilang. tapi kilang tuh sunyi jer mcm takde org keje. padahal mmg masih beroperasi kilang tuh. jalan plak bengkang bengkok. actually jalan tuh mmg byk kereta sbb org yg duduk area taman2 kat kangkar pulai nih nak mengelakkan jem kat jalan skudai dan juga org2 yg kerja2 kat area nusajaya. kira dekat ler nak balik lalu jalan tuh. 

dah nak msk area creepy tuh ekekeke
Selalunya aku lalu situ takde lah seseram mana. tapi bila balik harituh dah gelap plak tu sorg plak aku drive. tetiba rasa seram bila terigt cerita abg2 aku. diorg ckp kat situ byk org jahat. bila nampak drive sorg2 nanti buat2 langgar n terus samun. jalan hutan kan. so masa lalu jalan situ ada satu traffic light. boleh plak traffic light tuh merah n aku terpisah dari kumpulan2 kereta yg banyak yg nak menuju ke 'area' tuh. ahhh sudah. tapi aku cam lega sikit sbb aku tgk ada beberapa kereta belakang aku yg mcm nak menuju ke 'area' yg sama. bila lampu hijau aku pun jalan lah tapi tah aku tgk camner kereta2 tuh semua mcm msk ke setia eco park tuh. argghh sudah. mmg aku kena lalu 'area' tuh sorg2 lak tuh. so nak tak nak kena lalu gak ler. takkan aku nak patah balik kan. so aku cekal kan hati kuatkan semangat redah jer lah jalan tuh. hihi seb baik ada gak lah kereta yg lalu tapi menuju ke Gelang Patah. aku plak menuju ke Jalan Pontian. tapi bila nak dekat2 sampai jalan pontian tuh ada plak motor bawak slow gila. aku mula pikir bukan2. nak overtake jalan kat situ berliku2 n kecik plak tuh. nak tak nak ikut belakang dia. tah camner aku leh nekad terus overtake dia ekekeke seb baik dah sampai traffic light kat jalan pontian n aku jumpa ngan kumpulan kereta yg tinggalkan aku sebelum nih. fuhhh seb baik takde apa2 

serius tobat aku takmo lalu jalan tuh kalau dah senja2 nih. dah lah situ takde lampu. gelap gelita ko! aku rela redah jalan Skudai yg jem tuh walapun jem 5 jam sekalipun!

Comments

Popular posts from this blog

Pakcik Rojak