Minggu letih!
Dah lama tak menaip. kalau ada post pun tuh semua draft yg aku dah buat berbulan lamanya. Sekarang nih malas betul nak menaip. Sbb dari pagi sampai petang aku menaip kat opis so mmg bila balik rumah mmg mcm nak muntah tgk keyboard laptop nih. lagi satu aku cepat letih skrg nih. kalau balik rumah tuh rasa mcm lesu satu badan.
So mmg lepas mandi n solat katil lah destinasi aku seterusnya. hari nih dpt menaip pun sbb Johor public holiday, birthday Sultan. Sayang betul esok jumaat. Satu hari aje. Kalau lah cuti aku byk, dah tentu aku amik cuti esok. Tapi hari isnin aku da amik cuti. Byk urusan nak kena buat. Ada appointment kat Klinik Pakar HSA, nak amik passport yg aku renew secara online semalam n pegi bayar hutang lapuk kat Celcom. Igtkan nak pegi Legoland. Tapi tgklah kalau sempat.
Selasa lepas hospital telefon aku tapi tak sempat angkat sbb tgh discuss ngan boss aku. Bila tgk nombor aku buat bodoh. Sbb aku kalau nombor tak kenal mmg aku buat bodoh n kadang2 mmg tak angkat langsung. tah camner tergerak hati nak call balik. lah rupanya HSA. Tapi tak dpt ckp ngan org yg berkenaan. Maybe dah balik sbb aku call pun dah nak dekat pukul 5.
Harap2 yg baik2 jelah kan. sbb aku ada amik darah last week. Takut2 ada tak kena ngan result darah aku. Mcm akak aku. aku baru jer balik dari KPJ Johor tgk dia. Patlet darah turun katanya. normal 150-300 tapi akak aku turun sampai 34 je. Dia bukannya demam pun. patlet darah turun ada kaitan sama ada dengan denggi, jangkitan kuman, antibodi pening or yg paling takmau dengar kanser darah!
@ KPJ Johor. terigt masa mak aku kena admit sini masa bulan puasa haritu |
tapi allhamdulilah. patlet darah akak aku dah naik lepas beberapa rawatan. maybe harini or esok dia boleh balik. dah bosan katanya duduk kospital. punca patlet darah dia turun sbb body dia dah confuse n igt patlet darah tuh musuh ketat. so kuarlah antibodi attack patlet darah dia tuh. tuh yg kurang. harap2 takde apa lah yer.
♥ my family ♥
Semoga result blood test baik-baik sahaja ye.. Amin..
ReplyDeleteUni recently posted...
Pilihan Pencuci Baju Bayi
thanks. insya Allah aminnn
ReplyDelete