Skip to main content

Masterchef pulak!



Boleh dikatakan aku nih peminat rancangan Masterchef. tak kiralah Masterchef Malaysia ke, Australia ke or US ke. Tapi aku paling suka Junior Masterhef Australia n pada pendapat aku daripada rancangan nyanyi utk budak-budak yg katanya mengisi masa lapang budak2 cuti sekolah, lebih baik diorg buat rancangan Junior Masterchef nih. lagi banyak faedahnya. lebih byk ilmu drpd menyanyi. memasak pun boleh kaya dikkk. kalau tgk program tuh mmg kagum betul ngan budak2 tuh. pandai betul memasak. masak yg pelik2 pun diorg boleh buat. 

aku bukan nak cerita pasal Masterchef kat obersea tuh tapi aku komen pasal Masterchef Malaysia. bukan nak komen pasal peserta or chef juri2 tuh tapi nak komen pasal peminat Masterchef Malaysia kat Facebook tuh. Mmg lah org kata hak masing2 kan nak komen apa yg dia suka komen. tapi kalau komen bab2 rupa nih yg aku nyampah sikit nih. takkan nak masak kena tgk rupa kot. dah Allah bagi rupa dia mcm tuh mana boleh nak menghina makhluk ciptaan Allah. pastu yg aku tak boleh handle tuh yg mengomen tuh makcik2 plak tuh. ada anak n ada laki. apa dahh bagi lah contoh yg baik sikit kat budak2 muda. kalau makcik rasa muka makcik perfect sgt kenapa makcik tak dpt laki muka mcm aaron aziz???

Kekadang baca komen org kat FB pages mana2 rancangan mmg nonsense lah. kalau komen pasal masak ke or attitude tuh takpe lah gak. tapi komen pasal rupa???? apakah???? 

Pesanan khidmat masyarakat: kalau nak komen kat mana2 FB pages pastikan guna otak dulu. jgn tak pasal2 boleh jadi glemer komen kena print screen kang. kalau tak kena print screen pun tak pasal2 anda kena kutuk berbakul2 ngan org yg baca komen anda itu. sekian

Comments

  1. Saya pun pantang sangat kalau orang kutuk2 bab paras rupa ni. dah tentu semua tu kurniaan Allah kan. kalau diorg kutuk, samalah macam diorang kutuk kurniaan/ciptaan Allah. Mm... nauzubillah!

    Uni recently posted...

    Sedapnya Kerabu Babat

    ReplyDelete
  2. iyer betul tuh. geram tgk org komen kat fb tapi tak guna akal

    ReplyDelete

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Resepi: Sushi

Dah lama nak rasa buat sushi sendiri. Asyik beli je apa kata buat sendiri kan. Aku nih memang peminat sushi. Tapi mampu beli sushi kat Jusco jer lah ekekeke. Tapi tuhlah kan kalau beli tuh macam mahal kalau buat sendiri boleh dapat banyak. Lagi lah anak-anak saudara aku mmg hantu sushi. So seperti biasa hari Sabtu kan hari masak-masak so apa lagi gulung sushi lah. 
Pada yang pertama kali buat sushi tuh boleh lah beli starter pack sushi nak kat Aeon or nama lamanya Jusco. Harganya RM29.90 kalau tak silap aku. Kat dalam starter pack tuh ada 1 bamboo untuk gulung sushi, satu pack halal seaweed, 1 botol cuka sushi yang halal dan 1 botol sos kicap cecah sushi yang halal. Beras sushi pulak boleh dibeli kat Aeon or Jusco jugak, nama berasnya Sumo, satu peket tuh 1 kg jer n harganya RM9.90.

Mula-mula tuh masa beras sushi macam korang masak nasi biasa. Tapi jangan banyak sangat airnya nanti lembik pulak. Lepas tuh boleh lah sediakan inti-inti untuk sushi tuh macam dalam gambar:-
Nombor 1 - In…