Wednesday, January 30, 2013

Resepi: Nasi Goreng Belacan

Nasi Goreng Belacan

Nasi Goreng yang paling sedap adalah bila digoreng oleh mak sendiri. Hahahaha. Tapi betul tak apa yang aku tulis. Masakkan mak sendiri mmg tak dapat menandingi masakan kat kedai. Pada yang dah ada family tuh jgn lah selalu sgt masak kat luar. Sekali-sekala masak lah kat rumah. Sebabnya korg ada tak masakkan mak yang korg nak sgttt makan. Kalau tak duduk sama or duduk jauh dari mak kalau balik rumah mak ada tak ckp nak makan masakan yang paling dirindui sekali. Mesti ada kan. Macam tuh lah bila dah ada family kena bagi anak tuh igt n rindu masakkan yang mak dia masak bila dia dah besar nanti. Jangan plak dia ingat n rindu masakkan kedai depan simpang plak. ekekeke. Apa lah org bujang mcm aku nak nasihat kat orang dah kawin plak kan? Tak layak sungguh!

Oklah actually masak2 adalah salah satu hobi aku n mmg sepadan dengan body aku. Kali nih aku nak share resepi Nasi Goreng yg mak aku selalu goreng buat sarapan. Tiap2 minggu mesti ada menu nih dari aku kecik sampailah aku besar gedabak skrg nih. Abang2 n akak2 n cucu2 kalau dtg umah mesti to die for nak makan nasi goreng nih. Air tangan mak mestilah sedap kan? kalau aku yg goreng mesti tak sama mcm apa yg mak aku goreng. padahal dah ikut resepi. heheh apa2 pun selamat mencuba.

Bahan-bahan

1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
sedikit ikan bilis
lada merah/lada hijau/lada padi (ikut suka nak pakai warna mana n ikut suka nak pakai berapa. Sbb ikut tahap kepedasan yang diingini)
(semua bahan kat atas ditumbuk kasar kalau suka. kalau tak suka tumbuk lah sampai lumat)
Sebiji telur
Nasi

Cara-caranya
Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah ditumbuk sampai naik wangi. Masukan garam or bahan perasa kalau suka. Pecahkan telur n masukkan nasi dan siap!

Aku kalau goreng nasi bagi lama-lama sikit. bagi garing-garing heheheh. Pastu kalau nak lagi sedap aku rebus telur masin n amik telur kuning kasi lenyek-lenyekan n yang putih kasi ganti garam pastu goreng sekali dalam Nasi Goreng. Sedap!

No comments:

Post a Comment