Legoland Malaysia: Makan-Makan

Dah lama dah nak post cerita nih tapi tak sempat-sempat nak sudahkan karangan untuk post nih. Macam biasalah kan pemalas tahap maksimum nih. Padahal banyak benda nak kena catat dalam blog aku nih. Yelah kan dah nama diari aku mestilah tak boleh tinggal event2 (event lah sgt kan??) yg berlaku dalam hidup aku. 

Pasta @ Pizza Mania

Dalam banyak-banyak restoran dalam Legoland nih, tempat yang mmg jadi tumpuan ramai adalah di Pizza Mania. Kat sini mmg ada the best pizza lah. Kiranya pizza kat situ mmg sedap. Masa pegi sini aku amik satu set iaitu Pasta Carbonara, Chicken Soup & Soft Drink and the damage is RM20++ tak silap aku (ngeee dah lupa sbb dah lama sgt aku pegi ekekeke). Portion pasta dia adalah sgt besar ok. So di nasihatkan kalau korg bukan die hard fan pasta Carbonara or apa2 pasta boleh lah berkongsi ya. Bercinta ok aku nak habiskan pasta nih. Actually Carbonara bukan lah fav. aku. Sepatutnya aku amik Bolognese or Marinara. Sbb Carbonara nih agak cepat muak kan sbb buat dari susu.

Pizza @ Legoland Malaysia

Oleh kerana tak tahan ngan bau pizza nih so apa lagi kitaorg pun pegi lah membeli satu regular size Pizza nih. Tapi aku sudah lupa dah pizza apa nih. Harga untuk regular size adalah RM28. Walaupun harganya agak mahal berbanding pizza kat luar sana, tapi rasanya yang sedap itu dapat mengatasi harga tersebut. Kira macam berbaloi lah kan. Aku kalau makan pizza aku suka base dia nipis jer. Sodap tuh. Takdelah rasa cepat muak kan.

KLIA @ Legoland Malaysia

Lepas je makan so kitaorg amik keputusan nak balik lah. Sebab tak tahan tgk orang ramai sgt plus ngan hari yang panas terik lebih baik balik layan cerita kat astro. On the way balik tuh so lalu lah kat Miniland. Sempat lah aku snap2 picture gambar KLIA nih. Wow sgt halus gitu diorg buat benda alah nih. Aku sampai la nih masih belum dapat jelajah betul2 Miniland nih. Bukan takat Miniland je, belum abis lagi explore Legoland nih. Selalu dtg ramai orang n bila separuh jalan kaki dah sikit terus rasa macam nak balik. Yelah orang ada annual pass kan heheh so boleh suka ati jer keluar masuk ekeke jgn marah yeee ngeee.

siap ada bunyi flight nak take off lagi

Tak tau bila lah dapat explore Legoland nih lagi. Kena pergi time orang kerja n bukan weekend. Tapi aku nih susah nak cuti lah plak. Alamak tetiba terigt aku kena cuti sbb nak bawak mak aku pegi spital ada check up. So apa lagi anak2 saudaraku JOM LEGOLAND!

bukti aku pegi bulan 12 Christmas Tree heheh

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat