Skip to main content

Puas pikir.. tak tau nak letak tajuk apa

Tadi tah camner aku rasa mcm nak bersihkan email-email aku yg dan bersawang tuh. Kalau dulu mmg selalu gak lah jenguk email. Tapi disebabkan skrg semua orang dah ada Facebook so apa2 msg or berita mmg melalui Facebook. Email pun kebanyakan urusan rasmi n urusan pembelian online shopping aku heheh. N email yg aku jenguk tuh pun email baru aku buat yg setakat nih jadi email 'rasmi' aku.

So tadi aku jenguklah email2 lama aku yg masa aku register pada tahun 2000. Yes, aku masih maintain email2 masa aku zaman muda remaja dulu. Tapi sayang betul lah email-email yg aku register masa first time kenal apa itu internet tahun 1998 dah hilang kena hack. N satu lagi email yg diregister pada tahun 1999 dah kena delete sbb tak aktif. Bila tgk email-email lama tuh tertiba kenangan mengusik kalbu plak hihihihi. Teringat cerita zaman-zaman muda remaja dulu. Rasa mcm nak tergelak pun ada baca email2 yg aku dapat 12 tahun lepas. Masa zaman-zaman tuh mana ada Facebook macam sekarang. Blog pun tak berapa popular time tuh.

First time aku tahu kewujudan internet masa tuh tahun 1996, abg aku yg baru balik study kat obersea dok sibuk cerita pasal bestnya internet. N first time aku betul2 guna internet masa umur aku 18 tahun, tahun 1997 cari info nak buat assignment subjek Pengajian Am. Masa tuh company yg offer perkhidmatan internet nih JARING or TMNET. 

Tapi masa tuh tak berapa ketagih lagi lah. Sampailah tahun 1998 bila kena jadi Librarian. Tapi Librarian Upper Six nih mcm bos sikit. Masa jadi nih lah aku jadi ketagih sampai balik sekolah hari-hari pukul 5 petang. Sbb dok lepak kat lab ekekeke. Sampai akak aku marah n beli terus satu komputer n langgan TMNET sbb tak nak adik dia nih melepak kat sekolah

Masa zaman tuh yg best main chatting lah. Mesti korg pun pernah berchattingkan? Aku tak pernah chatting kat IRC or MIRC tapi aku chatting kat satu website chat yg agak popular jugak lah. Bila igt balik mcm rasa kelakar pun ada. Tapi rasa bodoh n buang masa lagi banyak lah. 

Masa tuh internet tak macam skrg. Macam TM ada streamyx, bayar ikut pakej yg mmg dah harga tetap, terus unlimited satu bulan. Tapi dulu dah lah tiap2 bulan kena bayar sewa bulanan internet (tak silap aku RM20 sebulan) n setiap minit yg korg pakai tuh kena kira mcm korg pakai telefon. Cuba bayangkan berapa banyak bil telefon tiap2 bulan kalau main internet sahaja. ratus2 beb!.

Pulak tuh masa tuh internet mcm siput. slowww! tapi boleh plak aku sabar. Skrg nih kalau tgk Youtube sangkut-sangkut pun dah tak sabar apa lagi masa dulu. Youtube pun rasanya amik masa satu hari nak loading kot.

Skrg nih senang, guna hp jer kalau nak surf internet. Pastu ngan tablet mcm iPad, Tab n memacam lagi lah. Laptop pun dah murah. Zaman aku dulu sapa yg pakai Laptop mesti dia anak org kaya. Orang mcm aku boleh nganga je tengok.Skrg nih budak2 baru nak belajar masuk U masing2 usung Laptop bagai. Aku? usung TYPEWRITTER je. Nak buat assignment kena pegi CC. Bila dah masuk 2nd year baru dpt PC. Itupun PC abg aku, yang zaman tok kaduk punya. Monitor pun kaler hijau je ekekekek, Kasi repair sampai kena RM800. Tapi apa-apa pun syukurlah. Tak payah buang duit bayar kat CC kan?

untunglah kecik2 dah dpt iPad.

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.