Malas! Malas! n Malas

Tahun 2013 dimulakan dengan perkataan malas? patut ke? camna lah nak capai azam tahun nih. Lepas sakit last week terus macam satu perangai malas datang. Yelah time sakit-sakit pergi kerja. Tgh demam n sakit2 sendi plus hidung sakit, bersin tak berhenti, sakit tekak nak batuk ko kena kerja? Duduk kat opis yang sejuk itu dari pukul 8 pagi sampai 6 petang. Balik rumah dah penat n pukul 10 malam dah belayar. 

Kalau orang lain mesti dah amik mc. Tapi aku gagah jugak pegi kerja ngan sakit-sakit sendi mengenangkan ada submission yang patut dibuat. Mak aku cakap aku sayang sangat boss aku. Sebab tuh tak cuti. Sayang lah sangat! Nak MC pun payah. Lagi satu dah mmg perangai aku mmg tak suka amik mc. Sebabnya dah lah tak boleh claim kalau sakit mmg kena tanggung sendiri. Lepas tuh aku rasa macam membazir je pegi klinik dengar doktor-doktor membebel. N lagi satu aku mmg jenis orang yang payah nak makan ubat. Cuma kalau aku dah ada tanda-tanda selsema aku mmg cepat2 amik ubat selsema. Dalam banyak2 sakit aku paling tak suka selsema sebab aku boleh bersin 20x dalam seminit. 

Bila dah sakit2 kena kerja so mmg cepat letih. Jadinya mmg waktu belayar tuh lebih awal lah. Ada sekali aku masuk bilik terus tidur. Tapi aku masih ingat sebelum tidur aku ada on lampu meja. Tapi bila aku terbangun dalam pukul 3 pagi aku tgk bilik aku gelap tapi kipas jalan. So mmg ada letrik lah. Masa tuh dah pikir macam2 lah sapa lah yang tutup lampu bilik aku nih. Pintu bilik berkunci n pintu bilik air pun berkunci so mmg takde orang boleh masuk bilik aku dari bilik sebelah lalu bilik air. So dgn beraninya aku on lampu bilik n try on lampu meja aku. Sekali mentol sudah rosak daaaaaa. Buat saspen jer. Terus tak boleh tidur sampai pagi sebab mata aku dah 'segar'.

So macam tuh lah life aku skrg. 2013 yang malas apa nak jadi. Padahal last month merangkap last year hari2 boleh post 1 hari 1 cerita. Skrg? *nguap* ngantuk dah hihihihi

eh baru pukul 8.35 mlm lah

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji