Six Flags Malaysia

betul ke Six Flags nak bukak kat Nusajaya????

Aku baru jer berborak ngan abg aku beberapa minggu yang lepas pasal taman tema Six Flags nih. Masa tuh dok cerita pasal Legoland Malaysia & Puteri Harbour Theme Park. Legoland & Puteri Harbour Theme Park kan taman tema untuk kanak-kanak, so masa tuh dok borak ngan abg aku patutnya kat area Nusajaya nih patut ada satu theme park untuk remaja n orang dewasa. Masa tuh aku siap ckp ngan abg aku alangkah bestnya kalau ada Six Flags kat JB nih. Baru lah boleh lawan dengan Universal Studio Singapore. Sekali harini bukak FB rupanya mmg ada plan Six Flags nak invest bukak theme park kat sini. Wow! mmg tak sabar ok!

bestnya kalau betul bukak kat sini!

Pada sapa yang tak tahu Six Flags tuh apa, boleh rujuk sini. Six Flags nih adalah company theme park yang terbesar kat dunia. Six Flags juga sangat popular kat US sana tuh. Kebanyakan rides kat Six Flags nih adalah roller coaster n roller coaster kat theme park ini adalah sangat2 mencabar dan boleh buat anda rasa macam nak gugur jantung. Sebab tuh lah kalau Six Flags bukak kat Nusajaya mmg betul2 boleh mencabar Universal Studio n Nusajaya adalah tempat yang sgt strategik nak bukak tourist attraction atas faktor dekat dengan Singapore n ramai tourist yg melawat Singapore boleh singgah 'sekejap' kat Six Flags nih. That's why kena ada theme park2 yang world class kat sini. Petikan berita:-

NUSAJAYA, JOHOR (THE STAR/ANN) - United States-based theme park operator Six Flags Entertainment is planning to invest between RM1.2 billion (S$484 million) and RM1.5 billion to set up a theme park in Iskandar Malaysia.
Sources told StarBiz that the theme park, which will be double the size of Legoland Malaysia and the company's first theme park in Asia, would offer more than 40 rides.
According to Wikipedia, Six Flags Entertainment is the world's largest amusement park corporation based on quantity of properties and the fifth most popular in terms of attendance. It maintains 19 properties throughout North America consisting of theme parks, thrills parks, water theme parks and family entertainment centres.
Iskandar Investment (IIB) president and chief executive officer Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim, said an announcement would be made by an investor within the next six months on the matter



Boleh tengok video Youtube kat atas nih. Salah satu rides kat Six Flags. Sgt menggilakan. Aku harap-harap sangat Six Flags nih betul2 bukak kat Malaysia. Harap sangat2! Tapi pengumuman tuh akan dibuat dalam masa 6 bulan. Tunggu PRU ke? Kat bawah nih aku listkan theme park2 yang dah bukak n bakal dibuka di Johor.

Sudah dibuka:-
1. Legoland - Nusajaya
2. Wet World Batu Pahat Village Resort - Batu Pahat
3. Puteri Harbour Theme Park (Hello Kitty & Little Big Club) - Nusajaya
4. Tiram Indoor Water Park - Ulu Tiram

Dalam pembinaan/perancangan
1. Legoland Water Park - Nusajaya (dijangka siap 2013)
2. Ocean Splash dan Ocean Quest - Desaru (dijangka siap 2014)
3. Motor City (Litar Lumba) - Nusajaya (projek dijangka start tahun ni)
4. Six Flags - Nusajaya (projek dijangka tahun ni)
5. Austin Heights Water Theme Park - Taman Mount Austin (dijangka siap akhir tahun ni)
6. Kulai Water Theme Park (Genting Berhad) - Sebelah JPO (dalam perancangan)
7. Pinewood Studio - Nusajaya (dalam pembinaan)
8. Ancol Dreamland - Kempas (dalam perancangan)
9. JPO 2 - Kulai (dalam pembinaan)
10. Stadium baru - Skudai (dalam perancangan)

*sumber FB PBJ.

Lagi satu pesanan pasal Six Flags nih, diorg nak invest beratus2 juta USD, duit RM dah berbillion, bila baca komen rasa kelakar plak. Semua benda ko nak free ya. Logiklah sikit, masuk funfair pun kena bayar beb. Kalau rasa teringin nak masuk mulalah menabung dari sekarang. satu hari RM1, lama lagi project nih nak jalan. By the time projek nih siap duit ko mesti dah cukup kan nak beli pas tahunan. Aku pun tak mampu gak, tuh pasal aku menabung 50 sen sehari. Setahun boleh dpt RM180. Kalau projek nih siap lagi 3-4 tahun? hah ko berapa banyak pas tahunan ko boleh beli!

*tgk cerita UP tak? Scene Carl & Ellie Fredricksen menabung hari2 nak pegi trip ke Paradise Falls, sgt suwittt kan??

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji