Live in Style!

Hari ini buat operasi besar-besaran mengemas ruang keluarga di tingkat atas. Nak buat rak buku so terpaksalah kena kemas. Sejak pindah dari rumah lama kat Larkin kira-kira 7 tahun yang lepas, ni lah kali pertama tengok barang-barang dalam rak-rak buku lama n kotak2. Banyak kenangan dalam tuh. Masa mula-mula pindah, berat hati nak let go kenangan-kenangan tuh. Tapi memandangkan ruang yang tak cukup so terpaksalah kemas n tengok yang mana perlu disimpan. 

Aku nih jenis orang yang sukar untuk menerima perubahan. Kalau nak ubah apa-apa mcm susun letak kerusi ke, renovate rumah ke mesti aku agak sukar nak accept perubahan tuh. Tapi bila dah berubah gembira plak hihihi. Tapi kali nih banyak jugak yang aku 'let go' macam majalah2 lama tuh mmg patut lah dijual kan. 

Terjumpa plak gambar akak aku masa belajar kat Philadelphia, US

Kemas punya kemas terjumpa satu stack gambar lama-lama. Perghh nostalgia betul lah terus duduk kejap tengok gambar tuh dengan mak n akak aku. Bila tengok gambar-gambar lama tuh rasa macam sebak jer. Teringat pahit manis, suka n duka masa dulu. Jauh perjalanan kitaorg satu keluarga nak capai apa yang sekarang kitaorg kecapi sekarang ni. Sayangnya, arwah ayah aku tak dapat tengok dan rasa semua nih. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah ayah aku aminn Al-Fatihah. 

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji