Resepi: Ayam Roasted Simple

sorrylah tang sumbat tuh nampak mcm tak senonoh sikit.

Hari Sabtu memang hari main masak-masak aku. Kekadang tak tau nak masak apa. Tapi selalunya memang kena masaklah sebab adik beradik aku datang kan hari sabtu. Jalan mudah aku ambik selalunya bako jer ayam. Sapa tak suka ayam kan? sure laku walaupun tak sodap. Wakakakaka. Resepi kali nih adalah simple roasted chicken. Senang jer

Bahan-bahan:
Ayam 1 ekor dibersihkan bahagian dalamanya
kentang sederhana besar dalam 2-3 biji direbus dan dilenyek
garam, lada sulah, lada hitam & paprika
minyak zaitun

Cara-cara:-
Lumur secukup rasa garam, lada sulah, lada hitam & paprika pada ayam dan perap dalam 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap.
Lepas perap, sumbatkan kentang rebus yang dah dilenyek kedalam perut ayam n amik lidi or skewer untuk tutup perut ayam dari kentang terkeluar bila membakar, tabur ngan daun bawang dan minyak zaitun sedikit pastu bakar dalam oven suhu 180 darjah sampai masak lebih kurang 1 jam.

macamnih rupa ayam lepas perap

Bila masak potong ikut suka n hidangkan dengan brown sauce yang boleh didapati dalam bentuk ready made dari Knorr.

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji