Skip to main content

Di satu hari Sabtu yang panas... 2


Ada annual pass lah katakan. Rugikan kalau tak guna. Aku baru berapa kali jer masuk sini. Tak macam akak-akak n anak-anak saudara aku nih. Tah berapa kali dah masuk sini. Kalau bosan-bosan kat rumah sini ler tempatnya nak melepaskan kebosanan.




Destinasi pertama dalam Legoland ni adalah di Boating School. Si Mat Ayip tuh nak naik boat, so makcik dia, merangkap akak aku yang temankan dia naik. Aku takleh temankan dia sebab ditakuti boat itu akan terbalik wakakakak. Mama si Mat Ayip nih tak ikut sebab ada KO-KO kat sekolah.



Pandai tak saya bawak boat sendiri? 
Mak Kin nih macam tester JPJ plak hehehe




Lepas jer naik boat, kitaorang pergi plak beratur tunggu keretapi. Hahah sejak Legoland nih bukak aku belum pernah lagi naik keretapi nih. Aku pergi kan kejap-kejap jer, so mana nak sempat nak round satu Legoland kan. Penat weyyyy



Muka-muka happy sebab dapat naik keretapi duduk yang paling belakang sekali heheheheh. Masa ini matahari memang sedang memancarkan cahaya yang paling terik sekali. Kat sini lah aku dapat call yang kereta aku dah siap. Kalau aku tunggu lambat plak nak siap.



Video yang aku sempat rakam masa naik train kat Legoland nih.




Lepas tuh kitaorang pergi ke bettle bounce nih kat Land of Adventure sebab budak-budak nak naik. Nasib baik ada akak-akak yang boleh melayan mat ayip nih. Kalau harapkan aku satu benda pun tak naik. Lepas sini kitaorang masuk Pharaoh Revenge. Tapi tak amik gambar pun.




Kuar jer dari Pharaoh Revenge, anak-anak saudara aku nak naik Dino Island plak. Ini boleh membuatkan baju anda basah kuyup. Aku tak naik pun cuma tengok dari jauh jer sambil rakam video anak-anak saudara aku nih naik menda nih.



Video yang aku sempat rakam. Jenuh Mak tunggu korang nak turun Nak! ekekekekekek




Lepas tuh tengok 4D movie. Seronoklah ye Mat Ayip. Balik jangan nak merengek kaki sakit ye Dik???




Pastu tunggu budak-budak naik merlin train ke apa namanya. Aku ngan akak aku dok melepak dalam kepanasan kat sini tengok orang menang teddy bear besar.




Memang gila nak main benda alah nih. Geram sangat tengok teddy yang besar-besar n kiut-kiut tuh. Nasib baik akak aku tahan kalau tak mau boleh habis duit aku. Hahahah. Lepas kat sini kitaorang pegi ke Roller Coaster Dragon. Yang kecik Mat Ayip naik ngan Kak Tin dia. Yang besar plak Kak Pah dia naik ngan Abg Amad. Lepas jer naik roller coaster nih kitaorang pun balik memandangkan akak aku ada hal. So memang takde lepak makan-makan time nih. Takpe next time plak nanti. Lama lagi. Annual pass aku pun expired 31/12/2013 heheheh banyak masa lagi.

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Resepi: Bihun Goreng Putih

Bihun Goreng Putih adalah fav. aku. Kalau boleh nak makan hari-hari hihihihi Resepi nih simple jer
Bahan-bahan 1/2 bungkus bihun dicelur 1 biji bawang besar or 5 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih Lada hitam/Lada putih  (ikut suka nak pedas macam mana) Sedikit ikan bilis (4 bahan kat atas nih ditumbuk atau dikisar) Udang/Sotong/Ayam/Daging/Sosej (bahan rencah ikut suka) Sayur sawi Sebiji telur 2-3 batang lada padi (kalau nak pedas lagi) Sedikit sos tiram 1 Kiub pati ayam Garam secukup rasa
Cara-cara Tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar dan lada padi sampai naik bau Masukkan bahan-bahan rencah (udang/sotong/ayam/daging or sosej) Masukkan sos tiram, kiub ayam n sedikit air. Masak sampai bahan-bahan rencah masak. Masukan sawi dan pecahkan telur Masukkan bihun yang telah dicelur dan gaul sampai rata. Sedia untuk dihidangkan!

Resepi: Corn Dog

Lama tak buat post resepi. Cerita lama nih 2 bulan yang lepas. Adalah sorg mat salleh lam fren list FB aku ni dok post resepi homemade corn dog.  Siap ada step by step bergambo lagi. So apa lagi kita kasi try lah.

Bahan-bahan 1 1/2  cawan Yellow Cornmeal  1 1/4 cawan Tepung Serbaguna 1/4 cawan gula 1 tablespoon baking powder 1/4 teaspoon garam 1 biji telur (dipukul) 1 1/2 cawan buttermilk (susu biasa pun boleh) 1 tablespoon minyak sayur 1 tablespoon madu 1 paket sosej (10 batang) Lidi untuk mencucuk Minyak untuk menggoreng.
Cara-cara Masukkan Cornmeal, tepung, garam, baking powder dan gula. Kacau sebati. Masukkan telur yang telah dipukul, susu, minyak dan madu. Kacau sampai sebati. Keluarkan sosej daripada peket, lap dengan paper towel supaya kering (nanti batter boleh stick betul-betul) dan cucuk pada lidi macam gambar kat bawah ni
Masukkan batter dalam gelas tinggi (macam gambar kat bawah ni) Ambik sosej yang telah dicucuk dengan lidi dan celupkan dalam batter. Pastikan batter menyal…

Pakcik Rojak

Wahhh cerita pasal makan jer ek aku ni. Aku ni sebenarnya tengah clearkan gambar kat hp aku nih nak letak kat blog. So jumpa lah gambar ni kat henpon lama.
Fuhh rojak chakoi! dah lama tak makan. Sedap gilosss ok rojak ni. Kuah rojak niih mmg fuhh tak tau lah nak describe camner. Pastu ngan chakoi yang rangup ngan kuah rojak yang pedas + manis yang balance. Sedapppppp

Pakcik ni selalu round kat area Larkin. So bila dia lalu jer memang dengar lah bunyi hon dia. Terus berlari turun opis g beli. Tapi sekarang nih memang payah lah nak membeli. Sejak bos aku dah jadi singa memang sapa pun tak berani nak turun. Tapi pakcik nih pun jarang dah datang. 2-3 minggu adalah sekali dua gitu. Katanya dia parking motor dia kat Kg. Kurnia dekat ngan Murtabak Majid Chesee yang famous tuh. So apo laie nanti bila ada sonang, ado maso, meh ler kita menyiasat benar ke tak motornya parking disitu.