Permata Hati
Kesian Ayip, kat rumah nih tak ada sapa boleh jadi imam Ayip. Takpelah satu hari Insha Allah, Ayip jadi imam kitaorg ya.
Ayip tengah solat Maghrib tapi actually lebih kepada belajar. Walaupun kehidupan Ayip dikelilingi 3 orang perempuan, Alhamdulilah setakat nih dia senang untuk dilentur.
Kekuatan Ayip nih lebih kepada menghafal. Semua bacaan dalam solat dia dah hafal dan ayat 3 Qul. Even dia dah hafal 14 ayat pertama Surah Yassin. Masa dia umur 2 tahun dia asyik dok baca 3 ayat pertama surah Yassin. Ingat nak post video dia solat nih. Tapi panjang sangat. Tak reti nak edit.
Sekejap jer kamu dah 4 tahun 5 bulan Dik.
Rasanya baru jer semalam kamu lahir.
Sayang kamu sangat-sangat.
Tak dapat bayangkan hidup tanpa kamu...
Comments
Post a Comment