Hari Cuti
Seperti yang kita sedia maklum, chewahhh ayatt hihihihi, Negeri Johor telah bertukar semula cuti mingguannya kepada hari Jumaat.
Actually bukan perkara baru, cos Johor actually memang cuti mingguan pada hari Jumaat sejak zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar lagi (kalau xsilap confuse ngan Sultan Abu Bakar or Sultan Ibrahim) tapi telah ditukar pada hari Ahad 20 tahun yang lalu. Masa tuh aku form 2 kot.
Actually aku memang tak rasa langsung cuti hari Jumaat n sekolah hari Ahad cos sekolah aku nih separa bantuan kerajaan, ada 2 sekolah menengah & 2 sekolah rendah tak ikut cuti Jumaat. Korg pikirlah sendiri aku sekolah mana hehehe. So bila hari Jumaat memang pakcik van tak amik or hantar aku ke sekolah sebab dia cuti, terpaksalah aku naik bas berhenti-henti tuh (ko mampu darjah 1 dah berdikari naik bas berhenti-henti tuh hihihi). Masa tuh arwah ayah aku pun company dia cuti hari ahad n bukan jumaat. Abg2 aku jerlah yang kena sekolah time tuh. Aku igt lagi camner abg aku malas g sekolah siap ponteng hari Ahad semata-mata nak tengok tv hari ahad.
Sekarang nih bila diubah balik cuti bermacam-macam komen yang aku baca kat Facebook. Ada setuju lah ada tak setujulah. Untuk orang yang dah bekeluarga agak payah nak adjust masa. Suami cuti Jumaat, isteri kerja jumaat n anak plak memang cuti jumaat so quality time ngan anak pun kurang juga. Tapi nak wat camner kebanyakkan private company memang tak nak ikut so kena lah adjust sendiri masa tuh. Lelama nanti serasi lah kan?
Aku tak nampak problem masa zaman aku kecik-kecik dulu, my arwah ayah still ada time ngan anak-anak n actually lebih rapat sebab hari ahad pergi balik sekolah berhantar kan. Kalau tak mesti kena jalan kaki (yg nih aku merasa masa sekolah tadika hiihihi). Tapi masing-masing ada pendapat masing-masing kan. So terpulanglah kan.
xda dah masak-masak camnih di har Sabtu. Sobs, sobs, sobs (yes! yes! yes! wakakaka) |
Bagi aku plak, company aku dah buat keputusan untuk stick ngan cuti sabtu & ahad. So aku amik positif perkara tuh walaupun cuti aku tak sama ngan akak-akak n anak2 saudara aku, nak plan cuti pun susah, jarang dapat melepak & masak-masak ngan family aku, dapat gambar makanan setiap Jumaat dari Whatsapp (grrrrr) aku redha je. Sekurang-kurangnya hari Jumaat ada akak aku temankan mak aku & hari ahad ada aku. So takdelah mak aku bosan kat rumah. Betul tak??
salam..
ReplyDeletealahai, ciannya..semoga adalah masa untuk berkumpul dengan keluarga..
Wsalam, insha Allah akan lama2 nanti dah biasa ok kot huhuhu
Deletetakpelah sekurang-kurangnya dapat juga cuti rehat kan..baru-baru ni mungkin rasa macam lain..lama-lama nanti oklah :)
ReplyDeletebetul tuh. mula2 memang rasa janggal nanti da lama2 ok
Delete