Sakit Gigi
Banyak-banyak sakit, sakit yang memang tak boleh tahan adalah "SAKIT GIGI".
Memang tak boleh blah kalau sakit gigi.
Rasa macam nak amik playar pastu tarik jer cabut gigi tuh.
Dan klinik paling takut nak pegi sudah semestinya "KLINIK DENTAL".
Dulu masa sekolah kalau ada hari cek gigi mesti dah kecut jer.
Kadang-kadang sanggup tak datang sekolah takut jumpa Dentist.
Tapi mesti kena punyalah. Kalau takda harini esok mesti kena panggil.
Takkan seminggu tak nak datang sekolah kan?
Aku dah lama tak kena sakit gigi nih.
Kalau sakit pun alah sakit sikit2 mcm ngilu gitu. 1 hari jer dah baik.
Tapi last week aku kena yang perghh rasa macam nak suruh mak kita cabut guna playar jer.
Tuhlah dah lama tak gi jumpa Dentist camni ler jadinya.
Last aku gi masa umur aku awal 20-an kot. Terukkan aku?
Bukan apa aku phobia ngan Dentist nih. Takut gila ko!
Setakat gosok gigi 3x sehari, kumur ngan listerin, floss gigi &
kunyah gula2 getah Xtra lepas makan, memang tak cukuplah.
Memang kena jumpa Dentist at least once a year.
Cer kita kira kat sini sapa yang last gi Dentist masa sekolah jer.
Heheheeheh
Oleh kerana tak tahan ngan sakit tuh so aku mengalah lah g buat appointment jumpa Dentist.
Mula2 nak jumpa hari jumaat petang, tapi kansel sebab kat opis banyak kerja.
Tapi sakit gigi nih memang menganggu kerja aku ler.
Asyik dok kat pantry jer sbb sakit sangat.
Last2 buat appointment hari sabtu. Kebetulan aku mmg off setiap sabtu.
Sebelum tuh nak redakan sakit gigi, aku kumur ngan air sedikit panas (bukan suam).
Memang kebas terus mulut aku. Tapi lepas tuh memang lega lah dalam 5-6 jam gitu.
Kawan aku kata kunyah gula getah xtra with xyletol tuh. Memang lega sikit.
Tapi bila dah tak tahan sangat cari Panadol ler.
So bila dah hari Sabtu tuh memang berdebar ler kan.
Tapi redah jer lah. Klinik nih akak aku yang rekemen sbb dia ckp dr. nya baik.
Sampai terus daftar, isi Q&A terus panggil masuk.
Nasib baik dapat doktor perempuan. Lembut jer lak tuh.
Sekali aku tak boleh cabut gigi lah plak!
Bukan sebab sakit tapi sebab DARAH TINGGI.
Aku kena pastikan darah aku 80/130 gitu baru boleh cabut gigi.
Diorg pun tak berani nak cabut gigi aku sbb risiko tinggi.
Cek gigi lain tgk ada lubang plak so kena lah tampal.
Sapa pernah tampal gigi tuh memang tau ler camner ek.
Tapi dr tuh siap ckp dia kata bukan macam kat sekolah dulu.
Gerudi kat klink sini lain sikit. Orang tukang gerudi pun lembut jer.
Ekekekeke mesti dia tau memang ramai yang 'ngeri' nak tampal gigi.
Yup memang berbeza sangat ler tak berapa ngilu sangat.
Berbeza masa aku buat dulu hihihihihi.
Pastu aku buat sekali ngan cuci gigi yang ngilu gak tuh.
Itu pun ok gak. Tak berapa ngilu sangat. Boleh tahan lagi ler.
So lepas nih boleh pegi lagi lah ek. Sbb dah tak berapa seram dah Dentist nih.
Cuma bab bayaran tuh beza ler.
Kalau klinik gigi gomen tuh cuci, tampal or cabut bayaranya dalam RM2-RM3.
Tapi klinik aku pegi nih RM90 untuk tampal n RM100 untuk cuci.
Hihihihihi mak aku cakap sakit sama jer.
Errrr tak kot mak cam lain jer pastu Dr. gigi nya pun baik n lembut jer.
Huhuhu aku ada anak sedara bakal doktor gigi. Bila dia dah praktis g jumpa dia jer lah hehehe.
Pssst: Ramai orang kata cabut gigi kat gomen n private berbeza. Kat private tak sakit time injek. Yer ker? Sebab aku belum ada pengalaman cabut gigi lagi.
Comments
Post a Comment