Posts

Showing posts from February, 2014

Dilema seorang pemiutang...

Bila hati sedih sangat menangis lah ubatnya. Lepas menangis boleh lah amik air sembahyang n baca Al Quran. Baru lah jiwa rasa tenang. Actually sedihnya hati ni. Hanya Allah jer yang tahu perasaan aku sekarang nih. Rasa kecewa sgt2. Lepas nih malas nak mintak2 hutang. Nak bayar ke tak nak bayar ke biar aku yang tanggung sendiri. Kekadang orang yang jadi pemiutang yang serba salah. Nak mintak takut kecik hati. Kalau tak mintak diamkan diri tak bayar2. Bila dah mintak kecik hati pulak ngan cara aku mintak. Cerita kat orang lain macammana 'zalimnya' kata-kata aku. Aku pun bukan orang senang. Gaji aku bukan besar n aku pun ada hutang-hutang lain yang perlu aku selesaikan Kalau tak bayar, dah tentu Bank kejar aku. Aku pun tertekan. Beberapa bulan dah bertangguh. Sudahnya akaun bank rimau aku pun dah nak licin tinggal serdak-serdak jer. Sedihhhhhhh.. Mesti aku dibenci oleh mereka dan keluarga mereka. Zalim sangat ke aku? Bukan aku ke yang dizalimi? Kalau aku

Makan-makan: Episode Bos Belanja

Image
lawa tak rumah aku? hihihihi Cerita basi. Ehehehe. Haritu (haritu lah sangat!) bos aku yang suka belanja tuh belanja makan kat satu kelab persendirian kat JB nih. Kelab nih dulu kat area bandar n sekarang nih dah pindah kat tempat lain tapi dalam area bandar gaklah. ada tasik Sesambil tunggu makanan sampai, bos aku tunjukkan sekitar kawasan nih. Lawa gak tapi tak silap aku tempat nih 'keras' sikit. Yelahkan buat daripada batu mestilah keras huhuhu yang ini menghadap jalan raya besar pure orange juice tak letak gula kari kepala ikan Bos aku belanja kari kepala ikan dan beberapa lauk pauk.  Overall makanannya so-so jer hehehe. Tapi orang belanja, kita bedal jerlah!

Udang Galah

Image
Payah nak dapat udang galah kat sini. Kalau jumpa tuh pun kira nasib ler. Haritu gi pasar tani ada plak jual, so apa lagi beli lah beberapa ekor buat ilang ngences. Aku ngan pasar tani memang tak boleh dipisahkan. Kalau tak pegi tuh ibarat tak lengkap hari ahad aku. Tapi sejak hari kerja dah tukar hari ahad, 7.45 pagi aku dah terpacak kat depan gerai jual ikan. Awal sebab pukul 7.30 dah keluar hantar anak saudara aku gi sekolah. Kalau tak pukul 9 baru sampai Pasar Tani.

Gerammmm

Image
Grrrrrr Panas jer hati aku petang tadi. Tadi masa balik turun bawah aku tengok kereta aku kena blok. aku siap lukis! Masa aku parking tadi elok jer sekali tetiba bila aku nak balik tengok ada plak motor n van bangang abadi nih parking blok aku depan belakang. Yang aku geram tuh pemiliknya ada jer dok perhati aku kat kedai motor tuh. Rasa macam nak sumpah seranah jer sebab buat bodo tak nak alih. Kalau aku nih cantik jelita mesti diorg dah pakat2 alihkan motor n van tuh. Tapi aku disebabkan macam anak badak terus gelak2 perhati camner aku nak keluar. Macam &(*^%^$%  betul. Tapi sorry lah brother gua bukan baru setahun jagung bawak kereta. Berkat akal dan fikiran yang Allah bagi kat aku.  Akhirnya berjaya aku keluarkan kereta aku! Aku bukan sajer2 ckp kalau cantik jelita tuh. Bukan sekali aku kena, dah banyak kali. Tapi yang buat aku paling panas hati kejadian kat pos office beberapa tahun yang lalu. Memang nampak sangat diskriminasi dia tuh.  Or

2 kek saya dapat! heeeee ~~~

Image
Suka mat ayip dapat 2 kek. Satu untuk kat rumah satu untuk kat sekolah. Dah lama dah cerita nih tapi peduli apa hehehe. Gambar masa besday ayip yang ke 5. Kejap jer dah 5 tahun. Tahun nih dah 6 tahun tapi lambat lagi ujung taun nanti. gigih makcik dia goreng spaghetti nih ngan bakar ayam nih saya 5 tahun! acara memotong kek ditemani cousin yg sebaya Yeay saya dapat 2 robot transformers!  Belajar rajin-rajin yer mat ayip. Semoga menjadi anak yang soleh. Aminnnn

Alahaiiiiii

Ini lah kalau jadi ketua 'rombongan'. Semua nak kena pikir. Sekarang nih aku dok fikir hari2 pasal trip aku next month. Kenapalah setiap kali aku nak balik daripada trip beza jarak antara aku sampai kat LCCT ngan aku depart ke JB tuh cuma 1 jam setengah. Haritu masa gi Makassar pun sama. Punya berlari dah lah jauh gilaaaa. Sekarang nih pun kena lagi. Kali ni aku dijangka sampai pukul 6.55 pagi n kapal terbang ke JB plak pukul 8.30 pagi. Kalau naik MAS takpelah jugak. Sebab bag2 kita tak payah dok pikir amik kat JB jer terus. Ini naik AIRASIA alahai sedihhhh kena tunggu bag pastu drop bag balik. Kali nih memang2 sah2 beg mmg banyak punya memang kena letak kat perut kapal terbang. Aku dok hari2 tengok arrival status kat klia.com paling lmbt aku tengok flight sampai kul 7.30 pagi Kalau macam tuh memang tak sempat ler nak kejar flight ke JB. Rasa-rasa sempat tak ek? ke patut aku tukar flight ke pukul 2 petang? Tapi 7 jam tuh tunggu baik naik bas dah sampai. Or patut

Main masak-masak

Image
sehari semalam aku perap ayam nih. Cerita basi 3 bulan lepas lagi. Aku, makanan n masak memang tak dapat dipisahkan. Sebab tuh badan makin membesar bagai gergasi. Hahahahahah Haritu mat ayip punya besday tak tau nak buat apa, so aku perap lah ayam. Pastu bakar jer dalam oven Aku buat ala2 honey mustard baked chicken . Tapi kali nih aku tambah sikit sos bbq. Sajer jer sebab mustard aku nak abih malas nak gi jusco so pakai jer apa yang ada. ini akibat salah timing masa. ha ha ha ha ha ha ha Walaupun ayam aku agak gelap sikit tapi family aku ckp sodap. Ada rasa manis2 madu gitu. (heeeee kembang montot) Sedap makan ngan sos dari ayam nih. Gelap2 tapi licin gak ayam aku nih hihihihihi.

Membesar bagai Johan!

Image
Buah mangga depan rumah aku nih kategori buah gergasi. Lama gila nak tunggu buah nih masak. Nak tau gak manis ke masam ke tawar ke. Pueh dok tunggu tapi tak masak2 gak. Plak tuh buah nih bukan boleh lama2 atas pokok nih. Nanti petang ada, esok pagi dah hilang. Besar2 ko, sapa tak terliur tengok buah mangga nih. Sampah halal haram pun lupa terus. Err tapi yang amik tuh bukan tau halal haram pun. Redho jer lah.

10 post

Image
Haritu sajer-sajer jer tengok statistik sepanjang masa view post aku. Yelah kan blog cuma ada 29 follower jer nak tengok gak view post mana yang terbanyak. Nampaknya ada gak post aku yang ada sampai 10k view. Alhamdulilah. Kebanyakan post resepi yg banyk dpt view n ada gak post pasal drama korea Bila tengok post Kentang Bakar tetiba rasa macam nak buat gitu. Sabtu nih maybe?

Happy Besday to You!

Image
cer kira berapa batang lilin tuh Cerita 3 bulan lepas. Hik hik hik Birthday akak aku. Dia selalu wat surprise birthday kek untuk aku. Ingat nak belikan lah kek untuk dia. Sekali tengok dia bawak keluar mixer colorful dia lah. Rupanya nak buat red velvet untuk diri sendiri. Huhuhuhu kesiannya buat kek untuk diri sendiri. Terus call akak aku sorg lagi kansel beli kek! Hihihihihi

Little Giants

Image
Antara filem kanak-kanak fav. aku Haritu tengok kat HBO ada filem "Little Giants" nih. Antara fav. filem genre family aku. Dah lama tak tengok filem nih but sekali tengok masa tayangan filem nih, aku masih kat opis lahhh. Tapi apa ada problem PVR kan ada. So kita rekod jer lah kan.  So smlm baru aku sempat tengok movie nih.  Movie nih mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang kena reject dari masuk team football mewakili pekan diorg, "Urbania" utk "Pee Wee" championship. Kelakar movie nih sebab diorg lawan sebab nak tentukan sapa yg layak wakil pekan diorg. Sapa ada HBO 22/2/14 ada lagi movie nih Actually aku nak cerita pasal kanak-kanak nih. Dalam filem nih, diorg nih tgh cuti musim panas. 3 bulan tuh, so bermacam-macam aktiviti diorg ada n paling best dlm movie nih diorg ada rival group.  Hehe tetiba teringat zaman kanak-kanak aku dulu. Kalau tengok movie hollywood pasal cerita budak-budak mesti tersengih sendiri teringat masa zaman

Autopass

Image
Kali ni aku nak cerita pasal bawak kereta ke Singapore or Singapura. Kalau kereta-kereta asing nak ke Singapore mesti kena dapatkan autopass kat atas tuh. Autopass nih lebih kurang macam passport untuk kereta kita lah. Autopass nih tak boleh ditukar hakmilik. Satu kereta satu Autopass n information kereta kita ada kat dalam Autopass nih. Ada lah menjadi kesalahan if kita masuk ke singapore menggunakan kereta tanpa autopass nih. Tapi kalau 1st time masuk boleh dapatkan autopass nih lepas kat checkpoint imigresen. Lepas cop passport nanti kita nampak berderet kereta Malaysia parking baru or nak renew balik autopass nih. Kalau dah ada autopass masa nak cop passport tuh ada machine, kena masukkan kad tuh menunjukkan kita dah register masuk ke Singapore kereta tuh. Kalau kad dah expired kenalah pegi renew kat office toll diorg kat checkpoint tuas or woodlands. Adalah borang kena isi n nanti ada officer dia datang amik gambar road tax kita.  Setiap kali keluar masuk

Memory Maggi

Image
Maggi Kari Meletop nih heeee Sesekali makan maggi sedapkan? Kalau korang makan maggi selalu letak apa? Kalau aku makan maggi cukup ngan telur sudah. Telur jangan kasi pecah, ada goyang2 sikit. Fuhhh sedap betul. Dulu masa study maggi adalah makanan kegemaran aku. Selain mudah dan ringkas dimasak, Maggi juga agak murah. Secara tak langsung dapat menyumbang kestabilan poket aku. Lagipun maggi yang aku dapat free hihihi balik kampung sengeh2 kat mak or akak2 akak aku Dapatlah bekalan sebulan maggi ekekekekeke. Haritukan aku ada cerita masa aku duduk kolej kediaman kat UiTM Shah Alam kan? Camner maggi aku bersusun tinggi sampai ke siling bilik kan. Ada satu hari tuh tengah-tengah malam buta kelaparan. Plak tuh stok maggi tak banyak n yang ada roti. So apa lagi roti tuh cecah ngan kuah maggi. Hahahaha sadis betul hidup aku dulu.  Semester pertama or budak itm panggil part 1 memang sakit sikit. Sebab PTPTN lambat masuk. Semester kedua or part

Kenduri Kahwin @ Singapore

Image
nasi beriani, daging beriani, ayam masak merah, ikan sweet n sour & udang sambal Sebagai peminat 'tegar' makanan (over tau aku nih), aku paling suka pegi kenduri kahwin kat Singapore. Bukan apa, selalunya makanan kenduri kahwin kat sana meriah sangat. Cerita lama nih. Cerita tahun lepas. Cousin aku kahwin. So ber'dua' kereta lah kitaorang ke sana (utk family aku jerlah) amboi ayip. sedap ke makan tuh. Kali ni kenduri anak pakcik aku nih (adik mak aku) ada bermacam lauk pauk n kuih muih. Yang paling best kenduri nih ada udang besar2 plak tuh. Bukan lauk pauk meja beradap tapi memang lauk pauk untuk semua tetamu. Air siap ada 10 tong diimport dari Pekan Nenas, Johor Pakcik aku nih kahwinkan anak bougsu dia. Kira anak yang last so mestilah meriah. Mak aku jer anak bongsu dia tak kawin2 lagi (tangan kat bahu mata pandang atas ek). Nasib baik tak sesat g umah pakcik aku nih. Waze memang tepat. Takut actually bawak kereta kat Sing

100k

Image
Akhirnya lepas 6 tahun pakai kereta nih baru meter nak cecah 100k. Phewwww dah 100k kereta aku bergerak. Memang agak lambat sikit sbb jarang kereta aku nih bawak g jalan jauh2. Bawak ulang alik g kerja jer. N ada gak sekali sekala g jalan jejauh sikit. Itupun setahun tak sekali. Kebanyakkan bawak kereta akak aku. Dah dia kerja dekat 5 minit jer dah sampai. Aku plak kerja jauh sikit 30-45 baru sampai itu pun bergantung pada trafik. So kalau mcm tuh memang dah leh agak kan kereta sapa patut diguna untuk berjalan jauh  hehehehe

Kejap jer masa berlalu

Image
Budak kemaruk nak pegi Legoland Waterpark Betul tak?  Kejap jer bulan Januari dah berlalu n dah masuk bulan Februari 2014 Nanti tengok dah budak2 dah abis sekolah n nak masuk 2015. Budak kat atas nih pun dah 6 tahun.  Kejap jer dah nak sekolah darjah 1. Aku pulak lagi 5 tahun masuk angka 4. Wawawawaawawawaawa

Tetamu Allah

Image
seriusnya aku hihihihi Fuhh musim umrah telah kembali.  Memang ramai orang Malaysia yang pergi n katanya penuh sesak kat sana. Ditambah pula Masjidil Haram dalam proses renovation. Actually akak aku n abg ipar aku n family diorg baru jer sampai kat Madinah tadi. Sempat lagi akak aku tuh whatsapp kat family group ckp dah sampai Jeddah. Tetiba teringat kenangan masa aku g umrah tahun 2011.  Actually sepatutnya aku pegi bulan Disember 2010 tapi disebabkan masa tuh visa dibekukan so ditunda ke Jun 2011. Amik pakej ziarah g Istanbul sekali.  Singapore - Istanbul - Madinah - Makkah - Jeddah - Istanbul - Singapore Oleh kerana pergi n balik melalui Istanbul, so perjalanan flight adalah selama 12 jam. Bila balik mesia aku kena the worst jetlag i ever had! Masa mula2 nak pergi tu perasaan tuh bercampur baur. Rasa excited, suka, takut, sedih, risau semua ada.  Memang tak percaya bila dapat jejak kaki kat sana. Masa nak pergi pun nangis n masa nak balik Malaysia pun nangis.

ToysRus

Image
Cerita last year.  Hadiah untuk budak tecik yang ada kat umah aku nih. Aku sebagai manusia dewasa pun suka masuk toysRus nih. Apa lagi kalau budak2 masuk sini. Memang habis lah. Sebab tuh kalau g Jusco Bukit Indah or Jusco Tebrau kena elakkan lalu kat sini. Kalau lalu pun kena tarik perhatian budak tecik tuh. Kalau tak habis bankrap mak or makcik dia.  Huhuhuhu

Hanya kerana Sardin...

Image
...aku mencari batu belah batu bertangkup! Hah! over kan aku. Hanya kerana sardin goreng masak kicap aku dah feeling macam mak si Pekan Batu Belah Batu Bertangkup tuh. Hari Sabtu punya cerita. Actually mak aku n akak aku masa cuti raya cina haritu diorg pegi rumah akak aku kat Shah Alam. Sebab akak aku tuh nak gi Umrah. So tinggal lah aku ngan anak saudara aku dua orang yang temankan aku. Nak ikut gak tapi kereta tak muat sebab pakcik n makcik aku dari Singapore pun join sama. So tugas aku kat rumah kena lah masak sebab anak saudara2 n aku nak makan. Memang takde idea nak masak apa sebab hari Jumaat tuh aku dah masak-masak sedap, cos anak2 saudara aku yang lain yang belajar luar Johor tuh balik. So aku masaklah seperti gambar dibawah nih:- seksi tak roasted chicken aku? Spaghetti Aglio Olio So bila hari Sabtu aku dah malas nak masak, so masak sardin jerlah Lagipun masak sardin sedap jugak kan. Gigih aku goreng sardin tuh walaupun minyak tuh dok percik2 jer

Selipar Kuning

Image
Lama gila kot aku pakai selipar nih. Memang dasar hajah bakhil. Alah lagipun boleh pakai lagi kan. Selagi boleh pakai jer lah. Buat apa membazir. Heheheh Selipar nih baru RM2 kot harganya. Tapi aku dok pakai jugak bila selipar nih dah terpatah dua. Sampailah baru2 nih selipar nih dah putus bebetul. Takleh nak buek apo lah yo so ke tong sampah ler nasib selipar nih.

Kenapa aku masih menulis

Image
Followers ada 29 orang je? Kenapa followers aku sikit tapi aku masih menulis. Boleh dikatakan hari2 plak tuh entri aku keluar. Komen pun tak banyak. Kekadang 1-2 jer. Kekadang takde langsung. Nuffnang aku pun walaupun dah masuk 4 tahun tetap belum sampai RM50 lagi Tapi aku tetap ok jer. Pada aku menulis nih adalah salah satu cara aku melepaskan tekanan aku masa kerja. Lagipun menulis nih memang dah sebati dalam hidup aku. Sebab tuh dulu aku belajar yang ada kaitan dengan menulis nih. Cuma bila rezeki kerja tuh memang jauh menyimpang. Menulis tuh bagi aku satu kepuasan Bila menulis aku rasa semua yang terbuku dalam kepala dan hati aku dapat dibebaskan. Walaupun maybe xda orang baca tulisan aku. Lagipun blog nih tempat aku luahkan apa2 jer benda yang terbuku kat hati aku. Aku ok jer walaupun followers aku sikit walaupun dah nak masuk 4 tahun blog aku ni. Bukan malas. Tapi lebih kepada tiada masa. Takpelah nanti pelan2 aku kayuh basikal cari followers ek. Sikit-sikit l

Tiada tajuk

Image
Hahahahahaha

Kenangan mengusik jiwa

Image
Tadi tengok Maharaja Lawak Mega tak? Kalau orang Johor Bahru mesti ada yang tengok live kat Stadium Tertutup MBJB. Apa-apa pun cayalah crowd JB heheh. Dah agak dah tak ada penyingkiran sebab semua pun best-best. Actually nak cerita tema Maharaja Lawak yang 1st tuh. Zaman kolej. Bila tengok balik tadi tetiba terus teringt kenangan masa belajar dulu. Especially masa Sepahtu punya turn. Kelakar. Sebab macam tuhlah aku n roomate aku dulu. Tapi part 'jumpa' tuh takde lah. Heheh Cuma suka borak malam-malam buta cerita yang bukan2 hahahaha Pastu takut sendiri bila baru perasan yang langsir tak tutup hahhaha Kelam kabut kawan aku tarik langsir. Masa tuh pukul 3 pagi lak tuh. Pastu budak bilik lain pun lepak kat bilik aku siap bawak toto lagi tidur. Nasib baik bila penggawa buat spot check budak bilik lain tuh takde tidur kat bilik aku. Ingat lagi masa spot check. Pukul 2 pagi lak tuh. Kebetulan baru balik dari kampung. Bila balik dari kampung kan selalu bawak bekalan.