Little Giants

Antara filem kanak-kanak fav. aku

Haritu tengok kat HBO ada filem "Little Giants" nih. Antara fav. filem genre family aku. Dah lama tak tengok filem nih but sekali tengok masa tayangan filem nih, aku masih kat opis lahhh. Tapi apa ada problem PVR kan ada. So kita rekod jer lah kan. 
So smlm baru aku sempat tengok movie nih. 

Movie nih mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang kena reject dari masuk team football mewakili pekan diorg, "Urbania" utk "Pee Wee" championship. Kelakar movie nih sebab diorg lawan sebab nak tentukan sapa yg layak wakil pekan diorg.

Sapa ada HBO 22/2/14 ada lagi movie nih

Actually aku nak cerita pasal kanak-kanak nih. Dalam filem nih, diorg nih tgh cuti musim panas. 3 bulan tuh, so bermacam-macam aktiviti diorg ada n paling best dlm movie nih diorg ada rival group. 
Hehe tetiba teringat zaman kanak-kanak aku dulu. Kalau tengok movie hollywood pasal cerita budak-budak mesti tersengih sendiri teringat masa zaman kanak-kanak aku.

Best sesangat. Rasanya tak boleh tukar dengan zaman kanak-kanak budak2 sekarang yang kerjanya mengadap komputer or segala macam mak nenek gadget. Bila tengok filem nih masa diorg gaduh ngan rival group tuh teringat masa zaman kanak-kanak aku. Ada jugak gaduh ngan rival group heeeeeee.

Kekadang bila tengok movie2 hollywood cerita budak2 memang sebijik macam zaman kanak-kanak aku.
Ada group, ada group lawan, pernah gaduh baling air longkang, pernah bergasak, buat trip, buat jamuan makan2 kat halaman (siap ada meja panjang mcm cerita omputeh ko ekeke) n macam-macam lagi lah.

Bila kenang balik sedih rasanya. Sedih sebab budak-budak sekarang tak rasa apa yang kitaorg rasa masa budak-budak dulu. Rugi betul budak sekarang.

hmmmm sighhhhh~~~

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat