Tetamu Allah

seriusnya aku hihihihi

Fuhh musim umrah telah kembali. 
Memang ramai orang Malaysia yang pergi n katanya penuh sesak kat sana. Ditambah pula Masjidil Haram dalam proses renovation. Actually akak aku n abg ipar aku n family diorg baru jer sampai kat Madinah tadi. Sempat lagi akak aku tuh whatsapp kat family group ckp dah sampai Jeddah.

Tetiba teringat kenangan masa aku g umrah tahun 2011. 
Actually sepatutnya aku pegi bulan Disember 2010 tapi disebabkan masa tuh visa dibekukan so ditunda ke Jun 2011. Amik pakej ziarah g Istanbul sekali. 
Singapore - Istanbul - Madinah - Makkah - Jeddah - Istanbul - Singapore
Oleh kerana pergi n balik melalui Istanbul, so perjalanan flight adalah selama 12 jam. Bila balik mesia aku kena the worst jetlag i ever had!

Masa mula2 nak pergi tu perasaan tuh bercampur baur. Rasa excited, suka, takut, sedih, risau semua ada.  Memang tak percaya bila dapat jejak kaki kat sana. Masa nak pergi pun nangis n masa nak balik Malaysia pun nangis. Masa nak pergi sedih hati sebab nak berpisah ngan mak aku. Naik bas dari Masjid Abu Bakar ke Changi Airport boleh meleleh air mata aku sedih nak berpisah ngan mak aku. Lepas tu masa balik plak meleleh2 airmata aku masa buat tawaf wida. Sedihnya hanya Allah jer tahu. Mula2 sampai Madinah macam tak caya Masjid Nabawi tuh kat depan mata. Cantik sesangat. Pastu jalan2 sekitar Madinah, melawat2 tempat2 bersejarah. Sampai jer Makkah bila tengok Kaabah depan mata memang tak terungkap dengan kata-kata. Berjurai2 airmata aku tumpah kat bumi Makkah. Sedih dan gembira. Best sangat2.

Kalau nak baca catatan perjalanan aku boleh klik sini.

Insha Allah kalau ada rezeki nak pegi lagi. Rindu sangat2 ni!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat