Cerita Raya 2

bawang untuk di goreng

Malam raya tahun ni awesome sgt. Macam last year. Pukul 11 mlm aku dah tidur.
Kalau tak sebelum-sebelum nih tidur sampai 2-3 pagi siapkan juadah, kemas umah & pasang langsir.
Kali nih kemas umah n pasang langsir hari Sabtu dah siap habis.
Kiranya masa tuh rumah aku mmg dah boleh raya sebab serba serbi dah siap ganti.
Tahun nih tak beli langsir baru. Guna tahun2 lepas jer.
Oleh kerana last 2 years aku tukar rel langsir ngan rod kayu so langsir2 aku yg sebelum tukar rod kayu tuh semer langsir banjir ek hihihihi.

~~~~~

Macam biasa kalau bab masa raya nih cuma akak aku n aku jer yg ada kat dapur.
Adik beradik aku yang lain semer masaak sendiri kat umah n datang umah aku pagi raya jer.
Oleh kerana aku ngan akak aku dapat perlepasan khas org pompuan, 
so tenaga kitaorg utk tahun ni sgt luar biasa.
Awal2 pagi2 pukul 6.30 dah pergi pasar cari daging segar & ayam n barang keperluan lain.
Ada barang2 dah cari awal. Tinggal daging segar & ayam jer.
Fuhh punya lah payah nak cari daging segar, berapa pasar cari tak jumpa.
Last2 jumpa kat KIP Mart Tampoi.
20 tahun lalu daging segar RM16 dah dpt. Sekarang 1kg RM28 tuh.
Takpelah setahun sekali kan makan daging segar apa salahnya hihihi.
Balik2 rumah jer siapkan periuk besar nak rebus ketupat n bahan2 untuk lauk ketupat.
Macam biasa kalau Hari Raya Aidilfitiri kitorg masak:-

Ketupat
Kurma Ayam
Rendang Daging
Sambal Goreng Pengantin
Sambal Goreng Tauhu, Tempe & K. Panjang
Lodeh
Yang beli or order:- Ketupat Palas & Lemang (sebab ada akak ipar org Kedah & Perak)
  
Kira meriah ler makanan kat umah aku.

Dua orang 'bangla' angkat meriam karpet

Lepas jer pengumuman raya anak2 saudara aku dtg umah aku sebab diorg nak tidur rumah aku.
Diorg ckp kalau tak tidur umah Atok macam tak raya plak.
Tidurlah nak makcik mu nih pun tak kisah.
Secara tak langsung dapat tenaga buruh nak angkat mana2 yang patut
 & bersihkan periuk masak ketupat tuh kan.

Begitulah cerita malam raya kat umah aku.
Pukul 11 malam dah tutup lampu & tidur sebab masing2 kepenatan siang tadi berhempas pulas siapkan juadah aidilfitri!

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Tersirat

Resepi: Bihun Goreng Putih