Laksa Johor

Glup!
Laksa Johor adalah antara makanan kegemaran aku. Kalau makan Laksa Johor nih boleh bertambah tambah sampai tak sedar dah 3 pinggan Laksa Johor nih kalau beli kat luar jarang yang menepati selera aku. Kira tak sama ler Laksa Johor homemade & Laksa Johor beli kedai. 

The best Laksa Johor yang aku pernah makan selain Laksa Johor yg ibunda tercinta dan akak aku or aku sendiri yg masak (wakakaka nak jugak) adalah masa jamuan raya PERTINA (Persatuan Tingkatan 6) Daerah Johor Bahru. Fuhhhh jamuan raya 16 tahun dulu pun boleh ingat lagi ek. Memang power laksa johor tuh. Lupa plak sekolah aku amik katering mana. Lepas tu office mate aku arwah mak dia masak pun power juga. Kalau g open house raya rumah dia mesti arwah mak dia masak. Fuhh sedap. Al-Fatihah untuk arwah mak office mate aku tuh.

Biasanya laksa johor dimasak tak berapa pedas sangat. Tapi kalau nak pedas kena letak banyak-banyak sambal belacan ler pastu perahkan limau kasturi taburkan daun selasih & daun kesum yang telah dihiris halus-halus n bawang besar mentah. Fuhhhhh nikmatnyaaaaa!

Untuk resepi klik sini

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji