Selagi belum tutup mata, kerja! kerja! kerja!


'Sikitnya' kerja aku. Tuh yg kat atas lantai lom kira lagi tuh. Bertimbun-timbun. Hujung tahun ke, awal tahun ke tgh tahun ke sama jer. Kekadang rasa mcam nak benti sbb dah bosan nak kerja ngadap perangai bos yang tah apa-apa plus perangai client yang cerewet tahap gaban. Bila balik rumah rasa macam lega sesgt lega lah. Lebih lagi kalau balik tuh rumah tu hari Jumaat lagi lah rasa mcm nyamannnn jer. 

Kekadang kat opis terpaksa buat perangai 'gonjol' (sila goggle kalau tak tau maksud) kalau tak tensionnnn memanjangggg jer. Stress betul kerja dgn orang yang suka buruk sangka. Baru tanya kita dia dah jawab sendiri. Pastu jawapan yang menyakitkan hati n memang mintak pelempang percuma je. Nasib baik dia bos kalau tak tahu ler. Semua kerja nak cepat. Baru suruh satu kerja, suruh satu lagi satu lepas tuh semua kerja nak sekarang. Gila ke apa? 

Aku kadang-kadang berimiginasi sendiri yang bukan-bukan sebab marah betul ngan perangai dia. Imiginasi Seksyen 302 Kanun Keseksaan pulak tuh. Nauzubillah ler. Mintak-mintak dijauhkan lah kan. Kekadang aku rasa mcam nak cabut jer amik handbag terus balik n tak balik-balik2 opis lagi. Tapi dok memikir kereta tak abis bayar lagi terus kansel niat aku. Kena cari kerja lain dulu baru boleh cabut.

Ya Allah tetapkan lah iman ku, berikan lah aku kesabaran yang tinggi untuk menghadapi manusia-manusia mcm ni...

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat