Resepi: Mi Telur Goreng

Nyum! Nyum

Mee telur nih lain dari mee kuning. Ada yang dijual segar dan ada dijual kering di pasaraya-pasaraya. Tapi aku lebih suka beli yang segar kat Pasar Tani. Mee nih bagus dari mee kuning sebab tak guna bahan-bahan mcm dalam mee kuning. Cuma mee nih tak tahan lama. Kalau beli mesti kena masak dalam 2-3 hari kalau tak rasa dah tak sedap. Kalau beli mee nih mesti buat goreng basah-basah mcm nih. Haishhh tengah-tengah malam tgk gambar camni boleh buat orang lapar lah plak.

Bahan-bahan
1 peket Mee Telur
3-4 sudu besar Cili boh or lada kering giling.
1 biji bawang besar (dikisar)
3 biji bawang putih (dikisar)
Kicap manis & masin, sos tiram
Sayur Sawi
1 biji tomato
1 biji telur
Garam dan bahan perasa (kalau suka)
Minyak untuk menumis
Bahan perencah ikut suka (ayam, udang, fishball, crab stick dll)

Cara-cara
Tumis lada kering yg telah digiling or dikisar bersama bawang besar n bawang putih yang juga telah dikisar. Tumis sampai naik bau masukkan bahan-bahan rencah, kicap n sos tiram. Tumis sampai masak dan masukkan stgh cawan air, sawi dan tomato, garam n bahan perasa. Dah mendidih masukkan mee telur dan pecahkan telur. Gaul sampai rata dan siap!

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji