Alhamdulilah

Ada budak tengah termenung

Last week SPM 2015 kan sudah diumumkan. Anak saudara aku kat atas nih salah sorang calon SPM 2015. Budak ni kerjanya main game kat PC jer. Tapi masa naik form 5 jer mak dia terus amik laptop dia. Suruh puasa game 1 tahun. Ye lah kan untuk masa depan dia gak. Nasib redha jer dia.

5 hari sebelum SPM keluar kitaorang gi ler Legoland Waterpark nak menghabiskan sisa-sisa Annual Pass yang dah nak expired tuh. Budak ni plak boleh dok termenung mengenang apa lah nasib dia hari Khamis nanti. Nak tergelak gak tengok gelagat dia time ni. Ada siap berbaring kat tempat di duduk tuh hihihi tak sempat nak amik gambar. Cam orang tak betul pun ada hihihi.


Dalam kul 11 pagi lebih kot mak dia whatapps kat group family slip kat bawah ni


Congrats Mad!

Alhamdulilah anak saudara ketiga yang dapat 10A. Memang tau dia boleh buat. Budak ni kalau betul-betul belajar insya Allah boleh dapat 10A+. Bila kat rumah belajar kejap dah tidur.  Tapi bila kat sekolah dia memang sangat fokus 200%. Dia ni lah yang aku bawak g Shanghai last two years. Patutnya tak dapat ikut sebab dia dpt 7A 1B PMR time tuh. Tapi ihsan mak dia dapat lah dia naik kapal terbang buat kali pertama.

Dengan kengkawan sekolah. Dapatlah naik pentas amik result lepas tak
berpeluang masa PMR.

Kali ni aku janji nak beli iPhone kalau dia dpt 10A+ tapi since tak dapat aku belikan dia Samsung A5. Dia pun jenis tak kisah happy jer dapat hp baru. Dia ni antara anak saudara yang manja ngan aku sebab mak aku jaga dia sejak dia baby. 

Abang aku merangkap pakcik dia ni pernah sekolah sini n amik aliran yang sama dengan budak ni. Kira macam super duper senior dia lah. Alhamdulilah abg aku pun dapat keputusan cemerlang masa SPM. Teringat dulu betapa bangganya arwah ayah aku naik pentas amik hadiah student terbaik aliran Pertanian mewakili abang aku yg tgh study kat Pusat Persedian Pelajar ITM. 

Bila ingat balik rasa nak mengalir air mata huhuhu
Sebab abg aku belajar guna lilin & pelita jer
Rumah setinggan mana ada elektrik :-)

Comments

Popular posts from this blog

Tabung Haji